BANYAK yang terpesona dengan apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir hasil dari kebangkitan rakyat yang berdemonstrasi dan berarak di jalan-jalanraya hingga tumbangnya rejim Zen Al Abideen Ali dan Hosni Mubarak.
Kejatuhan rejim ini adalah sebagai simbol kemenangan rakyat yang hidup tertindas selama 30 tahun. Mereka bagaikan baru menghirup suasana bebas dan merdeka. Selama ini kehidupan mereka diselubungi dengan masalah pengangguran, taraf kehidupan yang rendah serta suasana ekonomi yang memeritkan.
Bila rejim yang bersifat diktaktor ini tumbang, maka harapan rakyat terbanyak akan ada satu perubahan ke arah kebaikan dalam kehidupan mereka terutamanya di segi ekonomi dan kestabilan negara.
Tetapi apa yang berlaku sekarang di Tunisia dan Mesir ? Apakah ianya semakin baik dari dulu atau keadaannya bertambah buruk ?
Memang benar rejim terdahulu adalah kejam, rasuah, nepotisme berleluasa dan sebagainya. Tetapi setelah rejim ini jatuh maka rakyat seharusnya mengharungi kehidupan yang lebih baik. Namun jika dilihat perkembangan terkini rakyat di Tunisia dan Mesir masih berada ditakuk yang lama, malah bertarung setiap hari bagi meneruskan kehidupan mereka.
Di Tunisia masih ramai lagi hidup melarat, menganggur dan peluang-peluang ekonomi untuk rakyat masih terbatas dan terhad. Di Mesir lebih teruk keadaannya, demonstrasi dan pertempuran orang awam dengan polis masih berlaku di Medan Tahrir.
Banyak malah beratus terkorban akibat pertempuran dengan pihak berkuasa. Mereka menuntut diadakan pembaharuan dan menggesa pihak kerajaan segera menghukum pegawai-pegawai yang rasuah semasa rejim Mubarak.
Apa yang menyedihkan lagi Ikhwanul Muslimin yang menjadi harapan rakyat melakukan perubahan di Mesir kini di ambang perpecahan. Wujud dua kumpulan dalam Ikhwan yang mempunyai pandangan politik yang berbeza dalam menangani politik di Mesir.
Para birokrat semasa Mubarak masih kekal dan ini memburukkan lagi keadaan. Dan Amerika pula sedang memainkan peranannya agar Mesir terus menjadi sekutu barat. Lawatan Senator John Mc Caine baru-baru ini untuk meningkatkan lagi pelaburan dan kepentingan Amerika di Mesir menjadi bukti.
Ke manakah haluan Mesir dan apakah impian rakyatnya untuk menikmati kehidupan yang lebih baik tercapai ? Atau ia akan menjadi suatu ilusi dan mimpi yang buruk ?
Di mana laungan dan teriakan Medan Tahrir sebagai suatu suara rakyat menuntut perubahan dan pembaikan ? Nampaknya semua tinggal impian dan angan-angan. Di negara kita pula sebahagian kecil cukup terpesona dan terpegun dengan apa yang berlaku di Medan Tahrir tempoh hari dan jatuhnya rejim Mubarak. Mereka merasakan boleh melakukan perkara yang sama di sini.
Namun Mesir dan Malaysia ibarat bumi dan langit. Para pemimpin Ikhwan baru-baru ini telah mengundang Tun Dr.Mahathir untuk berucap di sana bagi berkongsi pengalamannya mentadbir dan mengurus ekonomi negara. Ini adalah satu pengikhtirafan dan penghargaan sebagai seorang negarawan.
Bak kata orang, gajah di depan mata tidak nampak, semut yang jauh pula kelihatan.