Ahad, 30 April 2017

Dr Mahathir Kata Najib Pencuri, Perompak, Penyamun, Penyangak...

DR MAHATHIR MOHAMAD, pada setiap hari setiap malam semasa berceramah dipentas parti Bersatu dan Pakatan Harapan, akan mengucap perkataan pencuri, penyamun, penyangak dan perompak terhadap Perdana Menteri Najib Razak.

Dr Mahathir mengulang-ulang perkataan-perkataan tersebut tanpa rasa takut dan seolah ia adalah satu kebenaran.

Sehingga ada rakyat yang bertanya kenapa Najib tidak mengambil tindakan terhadap Dr Mahathir di atas tuduhan dan perkataan-perkataan yang digunakan terhadapnya.


Apakah Najib tidak mahu terperangkap dengan mainan politik Dr Mahathir?

Dengan tidak memberi sebarang respons terhadap Dr Mahathir itu maka rakyat boleh menganggap tuduhan tersebut adalah benar.

Seperti kata Dr Mahathir secara sinikal, "kulit Najib terlalu tebal" sehingga segala tuduhannya itu tidak memberi sebarang kesan pada Najib.

Najib mungkin tidak mahu melayan Dr Mahathir kerana tidak mahu diheret rentak politik orang tua itu.

Namun sikap konsisten Dr Mahathir dengan menuduh Najib sebagai perompak, pencuri, penyamun dan penyangak secara berulang-ulang kali telah memberi kesan mendalam pada khalayak umum.

Mungkin ia mampu menarik lebih ramai pengundi Umno beralih angin mengundi calon parti Bersatu pada PRU 14 ini.