Memaparkan catatan dengan label PRK Kuala Besut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK Kuala Besut. Papar semua catatan

Khamis, 25 Julai 2013

Isnin, 1 Julai 2013

Pas dalam dilema

APAKAH parti Pas akan meletakkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Besut ?

PRK ini masih akan dikendalikan SPR dibawah pimpinan Tan Sri Aziz Yusuf dan Wan Ahmad Wan Omar; dua personaliti yang dituntut pembangkang agar meletakkan jawatan kerana didakwa gagal menguruskan pilihan raya di negara ini dengan telus dan cekap.

Tan Sri Aziz dan Wan Ahmad sehingga kini tidak meletakkan jawatan dan tidak akan tunduk dengan tuntutan pembangkang, malah akan meneruskan tugas mereka seperti biasa.

Ada suara mahu keduanya melepaskan jawatan masing-masing sebelum PRK itu dijalankan. Berdasarkan sikap dan pendirian Pakatan Rakyat selepas PRU13 ia adalah sesuatu yang konsisten dan tegas.

Tetapi sekiranya Pas sebagai anggota Pakatan terlibat dalam PRK ini bermakna ia mengiktiraf SPR dan menerima kerja yang dibuat Tan Sri Aziz dan Wan Ahmad sebelum ini. Tidakkah berlaku kontradik dengan sikap Pas ini ?

Lebih lawak lagi ada pemimpin Pas menyuarakan ingin memberi peluang SPR agar berubah dalam menguruskan PRK Kuala Besut nanti. Nada memberi peluang kelihatan agak mengendur sedikit dari pendirian asal mereka terhadap kewibawaan SPR.

Jika tidak bertanding Pas akan rasa kerugian dengan keadaan dalam DUN Terengganu yang genting; BN 16 Pakatan 15. Pas mengira ini adalah peluang terbaik bagi menggugat kedudukan kerajaan BN.

Namun bagi pemimpin Umno Besut, Datuk Seri Idris Jusoh, sekiranya Pas menang sekali pun ia tidak boleh menubuhkan kerajaan kerana BN masih lagi mempunyai kelebihan satu suara di tangan Speaker DUN.

Justeru itu DAP tidak begitu ghairah dan berminat dengan PRK Kuala Besut ini. Pakatan Rakyat akan bermesyuarat untuk memutuskan adakah ada keperluan bagi mereka turut serta atau memberi kemenangan percuma pada BN.

PRK Kuala Besut tidak memberi banyak impak pada Umno dan BN secara keseluruhannya. Sebaliknya Pas dan Pakatan yang merasai tekanannya.


Ahad, 30 Jun 2013

SPR juga yang salah

BELUM apa-apa lagi Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menyalahkan SPR sekiranya Pas menang dalam pilihan raya kecil (PRK) di Kuala Besut yang dijangka diadakan bulan puasa ini.

Memang pelik jika Pas menang dalam PRK ini, Tuan Ibrahim mengesa Pas meletakkan kesalahan pada SPR kerana kedudukan kerusi DUN Terengganu akan menjadi seri BN 16 dan Pakatan 16.
Tuan Ibrahim

Selepas PRU13 BN menubuhkan kerajaan dengan majoriti dua kerusi; BN 17 Pakatan 15. Dengan kematian calon BN, kini kedudukan 16-15.

Menurut Tuan Ibrahim bila Pas menang dalam PRK ini kedudukan kerusi DUN menjadi seri 16-16 dan dia menyalahkan SPR kerana jumlah kerusi DUN menjadi genap. Ertinya, SPR silap menjadikan jumlah kerusi DUN  negeri itu genap dan bukan ganjil. Bila keadaan menjadi seri ia memberi masalah pada parti untuk menubuhkan kerajaan.

Begitulah cara berfikir pemimpin Pas yang juga seorang bertaraf ulama.

Selepas PRU13 Pas dan rakan-rakannya menyalahkan SPR dalam semua hal dari dakwat kekal, Bangla, blackout dan sebagainya. Tidak ada yang betul dengan SPR.

Himpunan haram anjuran Pakatan telah diadakan seluruh negara dengan tuntutan seluruh pimpinan SPR letak jawatan kerana didakwa menipu dalam pilihan raya. Dan mereka menggesa pilhan raya diadakan semula.

Tetapi bila kerusi DUN Kuala Besut kosong kerana kematian wakilnya dari BN, maka Pas dan rakannya PKR begitu ghairah ikut serta dalam PRK dan mencari calon.

Gema suara mereka membalun dan mencaci SPR belum lagi reda. Kini cukup beria-ria untuk meletakkan calon bertanding merebut kerusi Kuala Besut itu dan seterusnya berharap dapat menumbangkan kerajaan BN sekarang.

Mereka tidak yakin dengan SPR. Meragui kewibawaannya dalam mengurus pilihan raya. Namun kini bersedia tanpa halangan untuk turut serta dalam PRK, malah sudah bayangkan kerusi DUN akan seri 16-16.

Yang peliknya jika ia menang dan kerusi seri 16-16, pihak yang bersalah adalah SPR !

Kenyataan Tuan Ibrahim ini boleh dibaca dalam Harakah Daily, 29 Jun 2013.

Bila kalah PRU13 yang salah dan tipu adalah SPR. Dan PRK Kuala Besut yang belum lagi ditetapkan tarikhnya, sekiranya Pas menang menjadikan kerusi Pakatan 16 sama dengan BN 16 - kesalahan tetap diletakkan dibatang leher SPR lantaran kerusi DUN berjumlah angka genap.

Dan takdir Pas kalah dalam PRK Kuala Besut ini maka yang salah dan kambing hitamnya juga adalah SPR.