Isnin, 31 Mei 2021

Selepas Ogos Biar Parlimen Tentukan Kerajaan Baru

 Negara ada lagi baki tiga bulan menjelang Ogos. Selepas Ogos, kerajaan Darurat akan tamat. Apakah proklamasi darurat akan diteruskan? Ini lah persoalan yang bermain dikalangan rakyat marhaen. 

Alasan darurat yang dikuatkuasakan kerajaan (PN) Muhyiddin Yassin adalah untuk mengekang pandemik covid 19. Dan sehingga hari ini kerajaan kelihatan gagal melandai lengkungan kes covid yang sudah menjangkau lebih setengah juta kes dalam negara. Ia juga merekod antara yang terburuk dikalangan negara Asean. 

PM Muhyiddin telah berjanji akan mengadakan PRU 15 selepas Ogos - tempoh tamat nya undang -undang darurat. 

Namun berdasarkan kes covid negara yang semakin serius sekarang negara tidak mungkin bersedia mengharungi satu pilihanraya umum. 

Proses vaksinasi negara pun tidak mungkin akan mencapai sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus rakyat divaksinasi menjelang Ogos nanti. 

Sasaran 80 peratus rakyat menerima vaksin mungkin hanya dapat dicapai penghujung tahun ini atau selewatnya Februari 2022.

Ini berarti negara dan rakyat tidak akan bersedia menghadapi PRU 15 dalam suasana pandemik covid 19.

India yang mengalami lonjatan kes sehingga melumpuhkan sistem kesihatannya adalah berpunca dari beberapa pilihan raya negeri yang diadakan di negara itu. 

Malaysia perlu ambil iktibar dari kejadian di India itu agar tidak berlaku perkara yang sama berulang di negara ini. 

Jadi cara penyelesaian  dalam konteks negara kita adalah - selepas Darurat tamat Parlimen mesti kembali bersidang dan kesemua ahli Parlimen 222 tolak 2 wakil rakyat yang meninggal dunia - jumlah 220 menentukan calon  Perdana Menteri yang baru dan menubuhkan kerajaan baru. 

Apakah kerajaan PN Muhyiddin akan terus dapat sokongan atau pimpinan Pakatan Harapan dapat menubuhkan kerajaan. 

Apa keadaan sekalipun pilihanraya umum mesti ditangguhkan sehingga kes covid 19 dapat dikawal dan jumlah kes berjaya dilengkungkan seluruh negara. Sekurang-kurangnya kes dapat dilandaikan sehingga ke paras satu atau dua angka sehari. 

Yang paling penting peranan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong menggunakan kuasa Baginda untuk menolak cadangan Parlimen dibubarkan. 

Dengan ini memberi laluan Parlimen agar dibubarkan mengikut tarikh tamat tempohnya pada 2023.