Ahad, 6 Januari 2013

Risiko besar Anwar sebagai PM

PAKATAN Rakyat pada prinsipnya sudah bersetuju mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baru sekiranya pembangkang dapat memenangi PRU 13 ini dan seterusnya menawan Putrajaya.

Tidak ada calon lain lagi selain Anwar. Pemimpin DAP, Lim Guan Eng tentu tidak sesuai dan boleh diterima kerana majoriti penduduk negara ini adalah kaum melayu. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula tidak mempunyai sifat atau ciri-ciri seorang PM. Justeru itu Anwar adalah calon tunggal pembangkang.

Namun begitu kedudukan Anwar sebagai calon PM mempunyai risiko besar jika ia menjadi kenyataan. Dengan kes liwat II yang sedang dalam proses rayuan oleh Peguam Negara, negara mungkin bertukar PM yang baru dalam masa singkat tidak boleh ditolak.

Anwar dibebaskan mahkamah pada awal tahun lepas di atas faktor teknikal dari segi undang-undang. Hingga kini proses rayuan dari Peguam Negara belum lagi bermula. Dengan itu apa sahaja kemungkinan boleh berlaku.

Kecuali Anwar sebagai PM akan menggunakan kedudukannya mempengaruhi keputusan mahkamah kelak. Ini bukan mustahil berlaku kerana Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri telah menggunakan kuasanya mengarahkan polis 'gempaq' beberapa orang saksi dalam kes liwat I dahulu.

Lantaran campurtangannya dalam urusan polis itulah dia meringkuk di Sungai Buloh selama enam tahun. Barangkali inilah matlamat Anwar yang sebenar untuk menjadi PM dan menduduki Putrajaya. Sehingga kini walaupun dua kali mahkamah membebaskannya dari tuduhan liwat, namun dia seolah belum bersih sepenuhnya dari tuduhan tersebut.

Bekas rakan-rakan yang meninggalkannya terus dengan berani menuduh beliau sebagai seorang peliwat dan tidak layak menjadi PM negara ini.  Bagi bekas Setiausaha Politiknya, Senator Ezam Mohd Nor, Anwar bukan sahaja tidak layak sebagai PM, malah tidak layak bertanding sebagai wakil rakyat.

Keyakinan Ezam terhadap salah laku Anwar berdasarkan keputusan bertulis Hakim Mahkamah Persekutuan     pada 2004 yang membebaskan Anwar. Walaupun mahkamah membebaskannya dari tuduhan liwat, namun ketiga Hakim dalam hujah bertulis menerima dan mengakui ada berlaku kegiatan liwat pada tertuduh.

Yang lebih menyakinkan Ezam dan rakan-rakannya ialah keputusan bertulis itu masih berada di dalam rekod mahkamah dan Anwar sehingga hari ini tidak pernah mencabarnya di mahkamah agar fakta tersebut dibuang atau dihapuskan dalam rekod penghakiman.

Dengan fakta penting tersebut membuktikan Anwar tidak berusaha bersungguh-sungguh mahu membersihkan peribadinya dari segala tuduhan. Dia hanya melakukannya melalui ceramah-ceramah politik.

Ramai orang sudah mulai sedar dan menerima hakikat perkara yang sebenar. Ada sebahagian pemimpin Pas pun mengakui yang mereka mengetahui siapa Anwar yang sebenar. Tetapi demi kepentingan politik pembangkang ia ditutup begitu sahaja.

Adalah satu risiko besar dalam PRU 13 ini rakyat memilih Pakatan Rakyat dengan memberi laluan pada Anwar Ibrahim menjadi PM yang baru.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan