DATUK Seri Anwar Ibrahim telah menyaman Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pada 2007 kerana telah membuat kenyataan memfitnah dan menjejaskan reputasinya. Samannya berjumlah RM 100 juta.
Kelmarin perbicaraan kes itu bermula. Tetapi hari ini bila kes itu bersambung untuk hari kedua dikhabarkan ia ditarik balik di atas persetujuan kedua pihak bagi menyelesaikannya di luar mahkamah.
Pada hari pertama kes itu bermula, Peguambela Khairy, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah(gambar) telah menyoal balas Datuk Seri Anwar. Dan Shafee telah mengadu pada Hakim bahawa Anwar tidak menjawab soalan yang ditanya. Dia kerap memberi penjelasan dan mengelak dari menjawabnya.
Muhammad Shafee adalah seorang peguam yang mempunyai rekod dan reputasi yang tinggi. Soalannya tentulah berkait dengan soal liwat dan penyalahgunaan kuasa; sesuatu yang telah menjadi perkara umum kerana telah pun dibicarakan di mahkamah Tinggi hingga ke mahkamah Rayuan. Hakim membenarkan Shafee menyoal Anwar.
Di dalam mahkamah saksi hanya perlu menjawab Ya atau Tidak. Tidak perlu dia menjawab panjang dan membuat penjelasan. Menurut laporan akhbar, bila Shafee bertanya, Anwar cuba memberi penjelasan.
Mahkamah bukan seperti pentas ceramah politik. Dan Anwar sering dan lebih selesa mempertahankan imejnya di pentas-pentas politik. Di situ tidak ada yang akan membantah atau mempertikai apa yang disampaikannya. Orang ramai yang mendengar hanya bersorak dan bertepuk tangan.
Hingga kini belum jelas apakah faktor kes ini ditarik dan diselesaikan di luar mahkamah. Apakah Anwar atau Khairy yang mengalah ?
Namun disisi yang lain kalau kes ini diteruskan suasana akan menjadi lebih tidak menguntungkan Anwar yang menjadi calon Perdana Menteri, Pakatan Rakyat.
Barangkali, Anwar tidak sanggup berdepan dengan soalan-soalan yang akan ditanya Muhammad Shafee. Ia boleh memerangkap dan menjejas kedudukannya di mata umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan