Menurut Musa, para pemimpin pembangkang lebih suka cari kesalahan kerajaan tanpa mempunyai idea yang bernas.
Bagi beliau bukan semua pendirian dan pandangan pembangkang itu betul. Dan beliau mengakui pihak kerajaan juga mempunyai kelemahannya yang perlu diperbaiki.
Tan Sri Musa berharap kelantangannya bersuara dalam isu-isu semasa tidak disalah tafsir sebagai anti kerajaan atau pro pembangkang. Beliau tidak memihak sesiapa sebaliknya berniat demi kebaikan negara.
Sikap terbuka Tan Sri Musa harus dipuji. Dengan kedudukannya sebagai bekas IGP, beliau dihormati semua pihak. Tidak perlulah beliau melibatkan diri dengan parti politik buat masa ini.
Dengan statusnya yang tidak terikat dengan sesiapa beliau mampu bersuara dalam isu apa sahaja tanpa dikongkong.
Tan Sri Musa perlu berhati-hati agar reputasi dan kredibilitinya tidak tercemar dan diragui khalayak. Beliau perlu teruskan peranannya 'without fear or favour' dalam memberi pandangan pada semua pihak.
Sudah pasti beliau mampu menjadi 'suara rakyat' yang lebih ada kredibiliti berbanding para pemimpin NGO yang lain.
Apa yang pasti buat masa ini Tan Sri Musa tidak akan menyertai mana-mana parti politik, terutamanya parti pembangkang. Yang paling kecewa tentunya PKR yang mengharapkan Tan Sri Musa menyertai mereka sebagaimana desas-desus baru-baru ini.
Kalaulah betul Tan Sri Musa masuk PKR, maka beraya sakanlah puak pembangkang !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan