AHLI Pas sakit kepala lagi bila melihat gambar anggota Majlis Syura Ulama parti itu yang juga bekas Timbalan Presiden , Ustaz Nasharuddin Mat Isa kelihatan bersama PM Datuk Seri Najib Razak, dalam lawatan bersejarah PM ke Palestin di wilayah Gaza.
Ustaza Nasharuddin kelihatan berada disebelah kiri Najib di samping pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.
Pas yang sering mendabik dada mempunyai hubungan dan perjuangan politik yang sama dengan Hamas, seperti kena penampar di muka dengan kehadiran Ustaz Nasha bersama Najib serta Ismail Haniyeh.
Ustaz Nasha masih ahli Pas. Dia belum dipecat. Dengan sikap dan tindakannya sebelum ini yang banyak bertentangan dengan pucuk pimpinan parti memang sewajarnya dia dikenakan hukuman.
Bukan rahsia lagi, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat cukup marah dengan tindak-tanduk Ustaz Nasha sebelum ini yang pernah digelarnya sebagai lidah bercabang.
Pas tidak berani memecat Ustaz Nasha, bukan kerana soal prinsip, tetapi tindakan itu tidak popular lebih-lebih lagi dekatnya pilihanraya. Seperti biasa segala tindakan Pas banyak bergantung pada faktor politik dari menjaga maruah dan prinsip politiknya.
Justeru itu ia sanggup menjadi khadam Anwar Ibrahim dan kuda tunggangan DAP dalam memusuhi UMNO.
Di mana Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang hendak letak muka bila Ustaz Nasha bertemu dan bercakap dengan Ismail Haniyeh ?
Sudah tentu Ustaz Nasha akan mengatakan pada pemimpin Hamas itu bahawa kedua ulama Pas itu tidak boleh dipakai dan suka memusuhi sesama Islam.
Ustaz Nasha tentu akan memberi gambaran dari sudut perspektifnya yang orang semua sudah tahu sikap dan pendirian politiknya.
Dalam pada itu Pas setakat ini hanya mampu memaki hamun Ustaz Nasha dengan sikapnya yang gatal dan suka berdampingan dengan Najib. Nampak mainan politik lick Ustaz Nasha. Dia ahli Pas, namun boleh terbang ke sana ke mari bersama Najib.
Tentunya Ismail Haniyeh keliru dengan politik Pas seperti mana yang disampaikan Ustaz Nasha dengan apa yang diketahuinya sebelum ini.
Nik Aziz dan Hadi Awang belum bertemu lagi dengan Ismail Haniyeh, pemimpin Hamas yang begitu terkenal dan dikenali di dunia antarabangsa itu.
Najib dan Nasha pintas dulu !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan