Tamrin bercakap dalam satu ceramah yang UMNO juga adalah sebuah parti korup dan mengamalkan rasuah politik.
Apakah adil dia bercakap tentang apa sikap bapanya yang sudah tiada ? Tun Ghafar tentu tidak dapat memberi penjelasan lanjut.
Tetapi Tamrin perlu sedar beliau bukan Tun Ghafar. Tun Ghafar adalah seorang tokoh bertaraf negarawan sedangkan dia hanya politikus setakat Exco Pemuda UMNO.
Kedudukan paling tinggi dicapai Tamrin ialah sebagai Pengerusi MARA. Itu pun ehsan dari bapanya yang masa itu sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tun Ghafar juga adalah salah seorang bekas Naib Presiden UMNO paling lama memegang jawatan itu. Beza Tamrin dengan bapanya ibarat bumi dan langit.
Mengapa dia tidak bertanya siapakah yang menjatuhkan Tun Ghafar melalui rasuah politik semasa merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dulu ?
Semua orang tahu Tun Ghafar gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO gara-gara mainan politik wang dan rasuah dari pencabarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar masih hidup. Kenapa dia tidak bertanya pada Anwar apa yang berlaku menyebabkan bapanya tersungkur dan berundur dari politik secara tidak bermaruah.
Kalau Tamrin menuduh UMNO sebuah parti yang mengamalkan politik wang dan rasuah yang mendorongnya masuk Pas serta menjangka bapanya turut sama - dia perlu sedar bahawa Anwar turut terlibat mengamalkannya.
Sehingga kini Tamrin tidak pernah menempelak Anwar. Mungkin dia sedar siapa Anwar kerana itulah dia tidak masuk PKR.
Boleh jadi Tamrin sendiri tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri. Barangkali, dia sendiri lebih sukakan Haji Hadi Awang memegang jawatan itu. Siapa tahu ?
Bila Tamrin Ghafar berkata UMNO mengamalkan politik rasuah, dia menyindir Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan