ISU tuntutan royalti minyak oleh Pas di Kelantan lebih banyak dikuasai emosi dan semangat kenegerian. Seolah kerajaan pusat zalim dan berlaku kejam terhadap rakyat negeri itu. Datuk Husam Musa, Pengerusi Ekonomi dan Kewangan negeri seperti sudah kemaruk dengan duit royalti sehingga isu ini seperti soal hidup atau mati. Husamlah yang menjadi kepalanya sehingga dibawa ke mahkamah.
Apa yang zalimnya ? Segala pembangunan dan kemudahan yang disediakan di negeri itu untuk rakyat adalah dari bantuan kerajaan pusat. Kerajaan Pas negeri tidak buat apa-apa pun. Tumpuan mereka hanya pada tazkirah dan ceramah politik sentimen serta soal Islamnya Pas dan tidak Islamnya Umno. Buat sembahyang hajat di stadium, di situ di sini mendoakan kehancuran Umno.
Orang ramai ikut sahaja kerana ia diketuai pemimpin yang bertaraf Tok Guru dan ulama. Logiknya pemimpin yang bertaraf itu selalu betul dan benar dan tidak akan buat silap. Pemimpin seperti itu juga adalah lebih Islam dari pemimpin yang bukan sealiran dengan mereka - walau pun mempunyai ilmu agama yang selayaknya.
Apa susahnya, bila Pakatan Rakyat sudah menang PRU 13 dan menawan Putrajaya, soal royalti ini dapat diselesai dengan mudah. Pas boleh tuntut berapa banyak peratus komisen yang perlu diberi pada negeri Kelantan. Pada masa itu Pas boleh buat apa sahaja yang diinginkannya. Sama ada hendak beri seribu seorang setiap rakyat negeri itu atau ia mahu menggunakannya bagi memperkuatkan parti, itu adalah haknya.
Tetapi sekarang Pas masih di bawah kerajaan pusat dan Kelantan masih berada di dalam persekutuan. Pas bertindak dalam soal royalti ini seolah ia adalah sebuah negeri asing dan baru merdeka dan terkeluar dari Malaysia. Walau pun minyak ditemui di Kelantan ia adalah hak kerajaan pusat menentukan kerana negeri itu masih dalam persekutuan. Lainlah kalau Pas mahu Kelantan keluar dari Malaysia seperti yang berlaku pada Singapura.
Selagi Putrajaya di bawah kerajaan BN, Pas perlu akur dengan kaedah dan peraturan sedia ada berkenaan dengan royalti minyak di setiap negeri berkenaan. Kalau Pas anggap pusat berlaku tidak adil hanya satu cara sahaja iaitu mendirikan kerajaan di Putrajaya dan membuat apa yang dihajatinya termasuk membahagi-bahagi royalti pada rakan-rakan seperti PKR dan DAP.
Dan tentunya semua saman kerajaan negeri terhadap Petronas dan kerajaan pusat yang masih tertangguh di mahkamah akan menjadi akademik sahaja bila pembangkang dapat memenangi PRU 13 ini. Pas dan rakyat Kelantan seharusnya syukur dan berterima kasih dengan apa yang disalurkan segala dana untuk negeri itu.
Rakyat Kelantan perlu membuka mata dan sedar apa yang telah dilakukan kerajaan pusat. Jangan pandang sebelah mata dan hanya nampak apa Islam dan tidak Islam dari skop para pemimpin Pas. Politik Islam yang di bawa Pas pun sering berubah-ubah hanya kerana meraih undi pilihanraya.
Berita terbaru kononnya sumber minyak ada ditemui di kawasan atau tapak Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Dan Husam Musa semakin bertambah kemaruk dengan royalti minyak seolah itu sahaja perjuangannya untuk rakyat negeri Kelantan. Yang lebih karut ada dungu Pas menganggap penemuan minyak itu adalah dari karomah tok guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan