BEKAS Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang memegang jawatan itu dari 2007 hingga 2008 adalah seorang yang dikenali mempunyai peribadi dan integriti tinggi. Semasa beliau menjadi Ketua Hakim Negara, motonya ialah "Buat kerja".
Tun Hamid ialah seorang yang serius dan tegas dalam menunaikan tugasnya sebagai pengamal undang-undang. Imejnya bersih dan kewibawaannya tidak pernah dipertikaikan sesiapa, baik dari dunia perundangan dan politik.
Seorang politikus Pas dan kolumnis terkenal, Subky Latif pernah menulis memuji peribadi Tun Hamid yang dikenalinya semasa muda dahulu.
Secara kebetulan pada 2004, Tun Hamid adalah salah seorang dari tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat. Alasan atau hujah para Hakim dalam kes itu ialah kekurangan bukti yang boleh menyabitkan tertuduh. Justeru Anwar dbebaskan.
Namun kemudian setelah hujah bertulis dikeluarkan didapati para Hakim ada menyatakan dan bersetuju bahawa aktiviti seks ada berlaku. Tetapi Anwar memberi respons bahawa hujah bertulis itu diselitkan dengan unsur politik !
Reaksi balas Anwar hanya setakat itu sahaja sehingga hari ini. Tidak ada apa-apa tindakan beliau ambil bagi membersihkan dan membetulkan apa yang disifatkannya berunsur politik.
Bekas Setiausaha Politiknya, Senator Ezam Mohd Nor pernah berdepan dengannya bagi mendapatkan penjelasan. Menurut Ezam, Anwar cuba menyakinkan beliau dan berjanji akan mengarahkan para peguamnya bagi mencabar keterangan itu.
Ternyata hingga kini kosong - tiada apa-apa tindakan dari Anwar. Dan ini merupakan faktor penting Ezam membuat keputusan meninggalkan bossnya itu.
Apakah masuk akal Tun Hamid sebagai salah seorang dari tiga Hakim itu dipengaruhi unsur politik ?
Tindakan segelintir para penyokong Pas bergerak keluar dari Stadium Merdeka ketika Anwar mula berucap di perhimpunan pembangkang baru-baru ini memberi gambaran kredibiliti Anwar sebagai pemimpin mulai goyah. Keyakinan orang terhadapnya mulai merosot. Dan semakin ramai orang mula mempercayai tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau.
Ada beberapa pemimpin Pas tahu perkara yang sebenar. Namun terpaksa simpan dulu demi menjaga projek tawan Putrajaya tidak tersangkut di tengah jalan !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan