Terbaru Mohd Noor bersedia berdepan dan berhujah dengan Hadi berkaitan Amanat Hj.Hadi yang menjadi isu besar sekarang. Cara Mohd Noor memberi kesanggupan untuk berdebat dengan Presiden Pas itu menunjukkan dia betul-betul serius dan bersungguh.
Prof. Mohd. Noor Deris |
Tidak lama dahulu dia pernah mencabar Nik Aziz berdebat dengannya berkenaan isu kerjasama Pas dan DAP. Mohd Noor menentang keras isu kerjasama Pas-DAP yang baginya telah menyimpang dari dasar Islam Pas yang sebenar.
Dia bersungguh-sungguh mahu berdebat dengan Nik Aziz dalam isu tersebut. Namun Nik Aziz bersikap dingin dengan cabaran itu. Nik Aziz menolak untuk berdebat dengannya di atas faktor Mohd Noor tidak mewakili pihak pembuat dasar parti iaitu UMNO.
Dengan alasan itu usaha untuk menemukan kedua tokoh agama itu gagal dan sepi begitu sahaja. Tetapi sekiranya Nik Aziz sambut cabaran itu tanpa alasan ia mungkin menjadi kenyataan kerana Mohd Noor kelihatan begitu ghairah sekali untuk berdepan dengan Tok Guru Pas itu.
Nik Aziz Nik Mat |
Khabarnya, salah seorang pemimpin Pas, Nik Amar yang mengiringi Nik Aziz ke tempat itu dapat meleraikan dan menyejukkan suasana yang panas itu. Lepas itu tidak ada apa yang berlaku. Ia selesai di situ saja.
Dari apa yang berlaku dan keberanian Mohd Noor untuk berdepan dengan Nik Aziz membuktikan dia tidak gentar dengan Menteri Besar dan ulama Pas itu. Kalaulah Nik Aziz tidak mengelak dan memberi alasan sudah tentu debat kedua tokoh ini menjadi kenyataan.
Ini tentunya memberi peluang pada masyarakat Islam di negara ini menilai dan mempertimbangkan hujah masing-masing berkenaan isu-isu berkaitan agama yang melibatkan UMNO-Pas. Tetapi inilah hakikat politik di negara ini. Memang cukup payah program debat untuk dijayakan. Bila Pas sanggup, UMNO menolak. Begitu juga sebaliknya - Mohd Noor siap, Nik Aziz pula memberi alasan.
Namun apa pun sikap dan keberanian Mohd Noor itu patut diberi pujian. Nampak dia begitu yakin dan beria-ria mahu berdebat dengan seorang yang dianggap ulama besar atau Ayatollah bagi para pengikut Pas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan