PAS ganti UMNO ? Apakah ia akan menjadi satu kenyataan atau akan hanya tinggal angan-angan ? Sikap dan pendirian para pemimpin Pas yang sering berubah-ubah dan tidak konsisten memberi petunjuk mereka tidak mempunyai kelas dan kualiti sebagai parti yang mahu menawan Putrajaya.
Isu kalimah Allah jelas terbukti pendirian di kalangan pemimpin mereka berterabur ! Perkara yang sudah terang lagi bersuluh; Nik Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang masih tidak mengakui kelemahan mereka yang pada awalnya menyokong penuh saranan Lim Guan Eng agar kerajaan membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible. Alasan Nik Aziz boleh dakwah pada orang Kristian. Satu hujah bertaraf 'half past six'.
Pendirian ini disahkan dan dipersetujui bersama dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu. Tetapi selang kemudian Majlis Syura Ulama Pas pula membuat ketetapan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang Islam. Satu keputusan U turn dan bertentangan dengan pendirian asal para pemimpin Pakatan Rakyat yang disokong Abdul Hadi dan Nik Aziz.
Sebelum itu Timbalan Mursyidul Pas, Dr. Haron Din, Ketua Dewan Ulama, Harun Taib, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Ismail Kamus menentang keras saranan Lim Guan Eng itu. Dan dipercayai mereka adalah antara ulama yang memainkan peranan dalam Majlis Syura Ulama menolak cadangan pemimpin DAP itu.
Dan kini Karpal Singh(DAP) dan Azmin Ali (PKR) telah menggesa Abdul Hadi agar mengubah keputusan dan pendirian Majlis Syura itu dengan kembali pada ketetapan dan pendirian bersama yang diputuskan pada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat baru lalu.
Apakah Hadi dan Nik Aziz akan melakukan U turn sekali lagi ? Jangan terkejut ia tidak mustahil berlaku. Pas akan lakukan apa sahaja demi menjaga hati DAP dan PKR demi kelangsungan 'road map' ke Putrajaya.
Sekiranya keputusan Majlis Syura berubah sekali lagi akibat tekanan dari DAP dan PKR, maka mana hendak diletak muka Haron Din dan Harun Taib ?
Desas-desus Haron Din sudah tidak tahan lagi dan mahu berundur dari politik parti dan menumpukan pada bidang perubatan dan dakwah mungkin ada benarnya. Hanya masa yang menentukan.
Seperti kata Azmin Ali, Pakatan Rakyat tidak mampu berubah setiap hari dalam membuat keputusan. Namun bagi parti Pas ia adalah perkara biasa. Keputusan hari ini boleh bertukar bila-bila bergantung pada keadaan dan keperluan politik semasa. Bukti jelas dalam isu penggunaan kalimah Allah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan