Sabtu, 1 September 2018

Dr Mahathir : Seorang Menteri Hanya 10 Pegawai

Perdana Menteri Dr Mahathir telah memutuskan setiap menteri kabinet hanya dihadkan mempunyai tidak lebih dari 10 orang pegawai dan pembantu dibawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Para pegawai dan pembantu yang maksudkan itu seperti Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar dan pembantu-pembantu lain yang berkaitan tugas seorang menteri.

Ini tidak lain sebagai langkah berjimat cermat bajet kewangan negara.

Tetapi ini tidak bermakna Dr Mahathir akan berkompromi tentang soal efisiensi, kompeten dan kekesanan seseorang pegawai dan pembantu itu menjalankan tugas. Walaupun jumlah kecil namun setiap kerja mestilah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.


Cerita dan pengalaman yang berlaku dibawah kerajaan dahulu pimpinan Datuk Seri Najib Razak mestilah dihindarkan. Sehinggakan setiap menteri mempunyai sehingga 35 pegawai dan pembantu !

Najib sendiri sebagai PM ketika itu mempunyai begitu ramai pegawai disekelilingnya. Dan yang menjadi persoalan ramai antara pegawai tersebut boleh dipertikai kompetensi mereka dalam tugas masing-masing.

Ini belum lagi dikira lantikkan "politik" yang dianggarkan sejumlah 17 ribu orang diatas arahan dan kuasa Najib Razak !

Begitu pun umum mengetahui salah satu faktor kekalahan Najib dalam PRU14 lalu ialah kerana kelemahan dan ketidakberkesanan tugas yang dijalankan para pegawai dan mereka yang dilantik secara politik bagi membantunya sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti. Faktor ini adalah salah satu dari banyak faktor kekalahan Najib yang tidak boleh dinafikan sesiapa.

Ramai pegawai dan pembantu  namun kerja tidak berkesan malah banyak menjadi liabiliti pada parti dan Najib.

Justeru itu langkah Dr Mahathir adalah betul dan tepat. Selain dapat menjimatkan kos kerajaan ia juga untuk memastikan apa yang berlaku terhadap Najib tidak berulang dibawah kerajaan Pakatan Harapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan