Rabu, 28 Disember 2016

SPRM Bertindaklah Dengan Berani

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) perlu bertindak berani dan tegas tanpa memilih bulu dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan pada mereka. Ia perlu menjaga imej pada badan itu agar tidak tercemar kredibiliti di mata majoriti rakyat.

Sejak mempunyai Ketua Pengarah yang baru, ada beberapa tangkapan melibatkan kes pengubahan wang haram dan rasuah di kalangan pegawai kerajaan dan orang awam. Ada kes sudah selesai dengan pesalah dijatuhkan hukuman. Ada juga kes masih dalam proses mahkamah dan masih berjalan - belum selesai.

Semua tangkapan ini memberi gambaran betapa SPRM sedang dan akan terus membuat kerja. Namun perlu diingat hampir sebahagian besar kes-kes tersebut melibatkan mereka yang boleh dianggap sebagai "ikan bilis".

Bagaimana kes-kes yang melibatkan "jerung" dan mereka yang berprofil tinggi ? SPRM mesti bertindak tanpa mengira apa jawatan dan kedudukan mereka. Jangan rakyat menganggap SPRM hanya berani dengan ikan bilis dan takut sangat dengan "jerung".

Jho Low

Majoriti senyap rakyat sedang memerhatikan dari jauh. Macam mana kes penyelewengan 1MDB ? Apakah ia perlu dibuka semula siasatan secara menyeluruh ?

Memang tidak masuk akal langsung sekiranya tiada kes dalam 1MDB. Di Singapura, Swiss, Amerika, London dan lain-lain berlaku tangkapan dan bicara kes di mahkamah melibatkan individu tertentu berkaitan skandal 1MDB.

Di Singapura tiga individu dijatuhkan hukuman penjara dan denda di atas kesalahan jenayah perbankan, bersubahat berkait urusan dana dari 1MDB. Mereka semua dianggap hanya macai dan menjadi alat pada pihak tertentu.

Semua modus operandinya dibawah arahan individu tertentu. Dan mereka semua masih bebas. Mereka bukan saja bebas malah boleh bergerak ke sana ke mari seolah tiada apa yang berlaku.

Individu paling jelas adalah jutawan Jho Low.  Umumnya dia adalah "perancang" segala-galanya dalam skandal 1MDB.


Kenapa sehingga sekarang baik pihak SPRM atau polis gagal menyoal dan menahan Jho Low dalam membantu siasatan kes ini yang telah tersebar seluruh dunia.

Apakah yang menghalang tindakan terhadap jutawan muda itu ? Apakah ada kuasa tertentu yang sedang melindunginya ?

SPRM atau polis mesti bertindak cepat bagi menyelesaikan kes terbesar ini. Dari tahun 2015 hingga 2016 dan kini melangkah 2017, tidak kelihatan kes ini dapat dimuktamadkan.

Bertindaklah dengan segera. Seluruh dunia dah tahu semua cerita 1MDB. Malu lah !!

Jumaat, 9 Disember 2016

Datuk Seri Najib, "Terjun La"...



Di atas adalah tweet Najib Razak yang mendapat respons daripada orang awam dan menjadi viral dalam media sosial.

Beginilah kedudukan Najib sebagai pemimpin yang sering dipersendakan negara-negara luar malah daripada rakyat sendiri.

Siapa yang tweet? Najib sendiri atau pegawai-pegawainya yang dikatakan tidak kompeten ?

Ejaan untuk perkataan "sunggoh" pun salah. Ejaan yang betulnya adalah "sungguh". Bukan "o" tapi "u".

Adoi lah....serba-serbi tidak cekap dan memalukan.

Bila lagi nak turun ??

Khamis, 8 Disember 2016

RM 2.6 Billion Pi Mana ??

ERA Najib Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri segalanya mungkin. Termasuklah cerita duit derma daripada Pak Arab sebanyak RM 2.6 Billion masuk ke dalam akaun peribadinya.

Orang bertanya betulkah duit itu daripada Pak Arab ? Jawaban yang dapat diberikan adalah berpuluh-puluh jenis jawaban. Soalan cuma satu : Dari mana 2.6 billion itu dan ke mana dibelanjakan ??

Berpuluh-puluh jawaban yang diberikan bukannya datang daripada Najib sendiri. Tetapi yang memberikan jawaban adalah mereka yang telah termakan dedak dan cuba mempertahankan Najib apa cara sekalipun.


Ada jawaban mengatakan duit itu untuk menentang ISIS.

Untuk digunakan dalam pilihanraya.

Kemudian dikatakan sebahagian besar duit itu telah dipulangan kepada pendermanya.

Zahid Hamidi pula mengesahkan penderma bukan satu pihak tetapi dua ?

Menteri Luar Saudi Arabia pula membuat kenyataan duit itu untuk pelaburan atau investment.

Dan berbagai lagi jenis jawaban yang diberikan.

Satu soalan mudah namun jawaban berbelit-belit, berpusing-pusing.

Apa pun mereka yang cuba mempertikaikan dan mempersoalkan duit 2.6 billion itu telah pun dikenakan berbagai tindakan.

Sama ada ahli Umno atau di luar Umno atau dari mereka yang berjawatan dan tidak mempunyai jawatan; kesemuanya telah dan bakal diambil tindakan. Tindakan itu berupa hukuman dalam parti dan tindakan undang-undang dibawah berbagai Akta.

Skandal 2.6 Billion telah pun menjadi satu rahsia negara. Tidak boleh disoal. Tidak boleh dibahaskan.

Yang peliknya mereka yang disebut terlibat secara langsung dalam skandal ini bagaikan tidak boleh disentuh. Mereka masih bebas dari segala tindakan. Seolah mereka dilindungi.

Tidak perlu disebut nama-nama mereka kerana bukan sahaja di Mesia, malah seluruh dunia antarabangsa mengenali dan mengetahuinya.

Semuanya berlaku dalam era Najib Razak !!

Rabu, 23 November 2016

Presiden Umno Sama Taraf Dengan Jamal ?



KELIHATAN tiga tokoh pahlawan melayu yang konon-kononnya memperjuangkan demi bangsa dan negara.

Dari kiri, pemimpin gerakan baju merah, Jamal Yunus, Noh Omar dan Presiden Umno, Najib Razak. Mereka sedang menikmati buah durian. Hahaha....

Jamal mempunyai banyak gelaran. Ada yang panggil Jamal Ikan Bakar atau Jamal Ikan Tongkol. Yang terbaru depa panggil dia Jamal Jamban kerana dia orang pertama di Malaysia mengadakan sidang akhbar dalam jamban.

Kehebatan Jamal adalah dia boleh tunjuk kuasa lebih daripada pihak polis. Kadang-kadang seolah dia pula mengambil alih tugas polis. Konon-kononnya hendak sekat gerakan Bersih.

Dia sering buat kacau dan suka membuli para pengikut Bersih termasuklah tindakan para pengikutnya memukul dan berkonfrontasi dengan mereka yang menyertai gerakan tersebut.

Sikapnya yang suka mencabar dan suka tunjuk samseng dijalanan kerana ingin tunjuk dia kuat dan kebal. Dia mengucap berbagai ugutan termasuk mengeluarkan perkataan "perang' dan 'darah'.

Namun akhirnya baru-baru ini dia sendiri yang berdarah akibat ditumbuk oleh polis. Dia sendiri yang mengaku "polis tumbuk saya". Orang yang dicabarnya belum lagi berdarah sebaliknya dia yang kena terlebih dahulu. Kah, kah, kah...

Ini orang cakap bukan saya cakap yang Jamal ini adalah budak suruhan Noh Omar. Entah betul entah tidak. Tetapi kelihatan dalam gambar di atas mereka bersebelahan di atas satu meja.

Apa pun Jamal ini boleh lah dianggap sebagai pemimpin 'low class" dan jenis standard half past six. Pemimpin bertaraf tepi jalan.

Apa yang lebih menarik orang seperti Jamal boleh duduk satu meja dengan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri.

Persoalannya gi mana seorang bertaraf Presiden parti dan Perdana Menteri boleh duduk semeja bersebelahan dengan seorang yang low class dan bertaraf half past six ??

Atau sememangnya PM kita sama standard dan sama taraf dengan Jamal ??

Tetapi dengan perkembangan nilai ringgit yang jatuh menjunam; 1 USD - RM 4.40 dan nilai ringgit yang jauh lebih murah berbanding Thai Baht - memberi gambaran betapa negara kini sudah jadi negara half past six.

Ditambah dengan skandal 2.6 billion dan 1MDB yang menjadi tumpuan diseluruh dunia, negara ini telah menjadi negara pariah dan korup.

Seperti kata Dr Mahathir, kalau tidak kerana Najib negara ini sudah pun maju membangun mengatasi Singapura.

Apakan daya kerana kini negara sedang dipimpin oleh seorang pemimpin bertaraf Jamal ??

Selasa, 22 November 2016

Maria Chin Seorang Pengkhianat ??

KERAJAAN pimpinan Najib Razak melakukan kesilapan besar menahan Maria Chin Abdullah dibawah Akta Sosma.

Dulu kerajaan berjanji akan menggunakan Sosma hanya untuk pengganas yang mampu menggugat keamanan negara.

Maria Chin hanya seorang wanita yang lemah memimpin Bersih berjuang menuntut kerajaan yang bersih dari segala rasuah dan ketidakadilan.

Maria Chin Abdullah

Maria tidak berbahaya pada negara atau mana-mana pihak. Buktinya perhimpunan Bersih 5 di ibu kota pada 19 November lalu berjalan dengan aman tanpa kekacauan.

Yang peliknya pihak yang mengancam dan mengugut dengan perkataan darah dan ingin meruntuh bangunan tidak diambil tindakan dan dilepas bebas.

Kerajaan perlu berhati-hati kerana majoriti senyap rakyat sedang memerhati apa yang berlaku.

Sikap pemimpin Umno jelas kontradik dalam isu gerakan baju merah yang kelihatan ingin menunjuk gedebe dan samseng.

Ada pemimpin Umno mengatakan baju merah tidak mewakili Umno. Tetapi Ketua Penerangan Umno, berkata Umno tidak menghalang ahli-ahlinya menyertai gerakan baju merah.

Pemimpin baju merah pula adalah Ketua Umno Bahagian di Selangor. Dia pula mendapat jolokan dan gelaran seperti ikan bakar, ikan tongkol dan terbaru gelaran jamban.

Nampaknya Umno telah mengheret imej parti sama taraf dengan jamban. Kerana parti merestui pemimpin samseng bertaraf jamban untuk mempertahankan bangsa dan negara.

Nak tanya sikit pada pemimpin Umno. Jho Low yang menjadi "gate keeper" dalam skandal 1MDB dan duit 2.6 billion itu tidak merbahaya ke ??

Tak malu ke isu 1MDB kecoh seluruh dunia ? PM Najib Razak tidak tahu malu ke ?

Orang ini lah yang perlu ditahan kerana telah menyamun duit rakyat dan membusukkan nama negara seluruh dunia.

Namun hingga sekarang tiada apa-apa tindakan pada si malaun ini.

Ya Allah ya Tuhan Ku laknat lah mereka yang menjadi pengkhianat negara ini !!

Jumaat, 28 Oktober 2016

Cakap "direct to the point" macam Dr M

PERDANA MENTERI dan Presiden Umno, Najib Razak sering dikritik dan dibalun oleh Tun Dr Mahathir Mohamad secara terus terang baik dalam sidang akhbar atau tulisan-tulisan dalam blognya.

Banyak kenyataan Dr Mahathir tidak dijawab oleh Najib. Malah kebanyakannya para menteri kabinet dan para pegawainya yang bertungkus lumus menjawab bagi membela pihak Najib.

Tetapi sejak akhir-akhir ini Najib sudah mula bersuara membalas dan membuat kritikan terhadap Dr Mahathir. Barangkali, dah tak boleh tahan gamak nya...


Namun setiap kali Najib mengkritik balas terhadap Dr Mahathir, dia tidak menyebut nama bekas negarawan itu. Dia banyak menggunakan perkataan, "pemimpin lama", " pemimpin berusia 91 tahun" dan sebagainya. Dia tidak menyebut nama Dr Mahathir secara khusus.

Sedangkan bila Dr Mahathir mengkritik dan membalun cara Najib mentadbir negara dia sebut nama "Najib" dan menghentamnya kaw-kaw tanpa berselindung.

Alahai...Najib, pasai apa hang payah sangat nak sebut nama orang tua itu ?

Dia balun ko hidup-hidup. Pasai apa hang nak berkias-kias, berselindung ?

Cakap aje terus terang namanya. Tak payah sindir-sindir, berkias-kias.

Cakap direct to the point macam Dr M !!

Isnin, 24 Oktober 2016

Penjual Nasi Lemak Dan Pemandu Teksi Uber

LEBIH 20 tahun dahulu pemimpin negara telah menyemai semangat "Boleh" dan keyakinan diri dikalangan rakyat dalam mencapai kejayaan dalam semua bidang.

Kejayaan rakyat Malaysia mendaki gunung Everest, anak melayu pertama menjadi angkasawan sehingga berjaya ke bulan dan banyak lagi adalah bukti semangat "Boleh" dalam mencapai cita-cita dan berjaya.

Tetapi hari ini seorang Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, semasa membentangkan Bajet 2017 dengan bangganya menceritakan perihal seorang graduan Elektronik Engineering yang gagal dapat kerja telah menjadi penjual nasi lemak di tepi jalan.

Graduan itu adalah berbangsa melayu. Apa mesej yang hendak disampaikan oleh PM ? Kisah perihal kejayaan menjadi penjual nasi lemak ?


Bukan untuk menghina penjual nasi lemak tetapi sekiranya graduan atau siswazah berniaga nasi lemak; makcik-makcik, pakcik-pakcik, mamak-mamak etc. nak jual apa pula ?

Belajar bertahun-tahun dengan perbelanjaan puluhan ribu untuk mendapatkan ilmu tiba-tiba menjadi penjual nasi lemak !

Apakah kerajaan yang gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada graduan-graduan ini ?

Bukan itu sahaja malah PM dalam ucapan bajet 2017 juga telah mengesyorkan agar (orang melayu juga) berusaha menjadi pemandu teksi Uber sebagai sumber pendapatan tambahan.

Adoi mak ! PM menggalakkan orang-orang melayu menjadi penjual nasi lemak dan pemandu teksi Uber. Wakaka.....

Ya Allah ya Tuhan Ku Kau selamatkan lah negara ku ini dari diperintah oleh kaum-kaum yang bodoh !

Selasa, 6 September 2016

Azmin Ali Pertemukan Mahathir - Anwar

DR MAHATHIR mengambil langkah diluar jangkaan bila sanggup ke mahkamah bertemu serta bersalaman dengan Anwar Ibrahim.

Banyak reaksi dan persepsi pro dan kontra hasil pertemuan dua tokoh yang menjadi seteru selama 18 tahun. Inilah julung kalinya Mahathir dan Anwar bersemuka. Ironinya pertemuan itu berlaku di mahkamah.

Mahathir bersemuka dengan Anwar...

Mahathir berkata dia ke mahkamah bukan mahu berdamai dengan Anwar tetapi sebagai memberi sokongan pada Anwar dalam samannya perihal Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bukan isu Akta MKN sahaja tetapi juga isu-isu lain yang mereka mempunyai pendirian sama dalam usaha menentang Najib Razak.

Mahathir memperlihatkan sikap terpuji bila sanggup turun bertemu dan memberi sokongan moral pada Anwar dalam tindakan samannya  ke atas kerajaan berkait Akta MKN.

Pertemuan bersejarah dua tokoh besar ini tidak  akan berlaku secara kebetulan begitu sahaja. Ia  tentunya ada perancangan dibelakang tabir.

Siapakah pemimpin yang berperanan menjadikan pertemuan bersejarah itu menjadi kenyataan ?

Ia  tidak lain dari MB Selangor Azmin Ali. Azmin adalah orang kepercayaan Anwar. Kesetiaan Azmin terhadap Anwar tidak ada sesiapa boleh mempertikaikannya. Susah senang dan jatuh bangun Azmin tetap bersama Anwar.

Namun ramai tidak ketahui hubungan Azmin dan Mahathir.

Sebelum Azmin bekerja dengan Anwar, Azmin adalah pegawai di  pejabat Mahathir. Mahathir telah pinjamkan Azmin pada Anwar yang ketika itu memerlukan seorang setiausaha di Kementerian Kewangan.

Ertinya, Azmin bertugas dengan Mahathir terlebih dahulu sebelum mengenali Anwar.

Foto Azmin Ali ketika berkhidmat dengan Dr Mahathir

Namun bila krisis kedua tokoh itu berlaku Azmin memberi kesetiaan penuh pada Anwar. Sehingga satu ketika hubungan Mahathir - Azmin menjadi hancur luluh sampai tahap tidak boleh dibaiki. Kerana Azmin sanggup berkorban demi Anwar.

Tetapi segalanya mulai berubah sejak Mahathir mulai menyerang Najib. Lebih-lebih lagi tertubuhnya sektariat Deklarasi Rakyat yang dapat menghimpun Mahathir dan Azmin duduk sebelah menyebelah di atas satu pentas.

Bertolak  dari situ mereka  berdua semakin kembali bertaut dan mempunyai pendirian sama bagi menjatuhkan Najib Razak.

Adalah jelas Azmin berjaya memainkan peranannya dalam menyatukan kembali kedua mentornya yang tidak  diduga ramai pihak.

Selebihnya yang memungkinkan pertemuan sejarah ini berlaku adalah sikap Mahathir dan Anwar yang memperlihatkan politik matang mereka dalam usaha kerjasama menyelamatkan negara dari terjerumus ke jurang  lembah.







Ahad, 21 Ogos 2016

Antara Najib Dan Mahathir Siapa Tidak Bermaruah ?

SUDAH acap kali Perdana Menteri Najib Razak dalam ucapannya bercakap soal maruah. Antaranya, dia membidas Dr Mahathir sebagai tidak bermaruah kerana bersekongkol dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya.

Najib juga mempersoal penubuhan parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir. Najib juga menganggap mereka semua tidak ada maruah dan prinsip kerana menentang Umno yang dianggap sebagai parti keramat orang melayu.

Najib berhujah lagi bahawa dalam Umno perbezaan pendapat adalah perkara biasa dan setiap masalah perlu diselesaikan melalui proses dalaman parti.

Dr Mahathir

Namun segala alasan Najib itu tidak relevan dan menepati punca masalah dalam parti Umno sekarang. Kerana isu sekarang bukan soal perbezaan pendapat atau soal maruah iaitu dalam konteks Najib; bekas para pimpinan Umno sanggup bekerjasama dengan pembangkang terutama parti DAP.

Persoalan sekarang adalah masalah "maruah" yang Najib bangkitkan. Maruah apa yang dimaksudkan itu ?  Siapa sebenarnya yang tidak bermaruah ?

Apakah isu 1MDB dan duit derma RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya itu tidak berkait soal maruah ?

Duit SRC International sebanyak RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaunnya dan dibelanjakannya melalui kad kredit - tetapi Najib mengakui tidak tahu menahu dari mana datangnya wang tersebut ?

Penglibatan anak tirinya, Riza Aziz dalam skandal 1MDB dan bersabit pembikinan filem unsur lucah di hollywood. Begitu juga apakah hubungannya dengan ahli perniagaan Jho Low yang dikira sebagai orang yang cukup berpengaruh dalam skandal 1MDB itu ?

Bagaimana dengan cerita bekas CEO Sharol Halmi yang didapati "cuai" dalam pengurusan 1MDB yang mengakibatkan syarikat itu bermasalah ? Laporan PAC sendiri mencadangkan agar siasatan dan tindakan diambil terhadap Sharol.

Sehingga sekarang tiada apa-apa tindakan terhadap Shahrol, malah dia masih berkhidmat di Putrajaya dibawah jabatan Perdana Menteri.


Dan negara kita dibawah Najib sudah tersohor di dunia antarabangsa kerana isu 1MDB. Paling memalukan negara adalah antara paling korup di dunia disamping Brazil.

Najib bercakap soal maruah. Dia menuduh Dr Mahathir sebagai tidak ada maruah dan prinsip.

Ini nak tanya siapa pula Malaysia Official 1 (MO1) yang disebut DOJ (Jabatan Keadilan Amerika) sebanyak 36 kali sebagai orang yang mempunyai kaitan dalam isu wang yang dicuri dari 1MDB.

Tetapi DOJ ada menyebut bahawa Riza Aziz ada hubungan atau kaitan dengan MO1.

Siapa tidak ada maruah ? Siapa tidak bermaruah ?

Menteri Abdul Rahman Dahlan pernah berkata mereka yang bodoh sahaja tidak kenal siapa itu MO1 !

Memang tidak ada yang pelik dengan kenyataan para menteri kabinet Najib akhir-akhir ini. Semua kenyataan mereka lebih bersifat para badut dan persis pak lawak dalam usaha mempertahankan Najib.

Termasuklah seorang badut yang mengatakan MO1 itu adalah Agong !






Khamis, 18 Ogos 2016

Antara Najib Razak Dan Jho Low

SOALAN Lim Kit Siang pada Najib Razak ; siapa peralatkan siapa antara Najib dan Jho Low dalam skandal 1MDB yang dikira seperti bom atom di negara ini dan dunia ? Najib diperalatkan atau sebaliknya ?

Apa yang nyata 1MDB adalah ilham Najib dan dia berkuasa penuh sebagai Menteri Kewangan dan Penasihat Lembaga Pengarahnya. Segala yang berlaku dalam syarikat itu adalah dalam pengetahuannya.

Jho Low

Jho Low pula tidak boleh dipisahkan dengan apa yang berlaku dalam 1MDB. Dia seperti watak penting dan utama. Semua laporan yang diterbitkan melibatkan Jho Low amat sukar dinafikan sebegitu mudah. Dia sendiri membisu tidak mempertahankan dirinya ke atas segala tuduhan.

Najib sendiri tidak menjelaskan setakat mana hubungannya dengan Jho Low.

Lebih menimbulkan syak lagi adalah perihal Jho Low seperti begitu kebal dari disentuh pihak berkuasa seperti polis, SPRM dan PAC dalam siasatan mereka.

Apakah dengan penahanan Jho Low akan membuka banyak lagi rahsia yang tersembunyi dalam skandal money laundering negara dan antarabangsa ?

Apakah Najib sendiri menyedari kelemahan dan kesilapannya dalam isu 1MDB ? Dan dia tidak banyak pilihan melainkan berusaha menutupkan segera isu ini yang kelihatannya semakin hari semakin terdedah.

Jika benar antara Najib dan Jho Low saling memperguna dan memperalatkan diri masing- masing untuk kepentingan tertentu sudah pasti ianya satu ancaman pada negara.

Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno perlu selesaikan isu 1MDB secara menyeluruh dan memberi kesan. Bukan lagi bermain dipinggiran seolah ingin menutup dan menyembunyikan kisah sebenar 1MDB yang telah menjadikan Malaysia begitu tersohor di dunia.

Isnin, 8 Ogos 2016

Tan Sri Badruddin Hina Dr Mahathir

PENGERUSI Tetap Umno, Tan Sri Badruddin Amiruldin menganggap Tun Dr Mahathir Mohamad lebih binatang dari binatang kerana menuduh ahli-ahli Umno sudah termakan dedak.

Badruddin berkata demikian semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Jerai 2016 di Guar Chempedak.

Tan Sri Badruddin Amiruldin

Banyak reaksi dan komen dalam Facebook menghentam dan membidas ucapan Badruddin itu yang dianggap keterlaluan dan biadap terhadap Dr Mahathir sebagai seorang negarawan yang banyak berjasa pada negara.

Sekiranya dia tidak bersetuju dengan Dr Mahathir sekalipun dia sepatutnya lebih berhikmah dalam membuat sebarang kenyataan. Sebagai seorang tokoh veteran dalam parti dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan biadap itu.

Atau mungkin Badruddin telah terlampau makan dedak sehingga dia terpaksa membodek "Tuan Presideng" bagi menarik perhatian. Tindakannya itu adalah terlampau dan "over acting" serta kelihatan kebodohannya !




Ahad, 7 Ogos 2016

Rahman Dahlan Kata PM Najib Paling Stress

PENGARAH Strategik dan Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan membuat pengakuan bahawa Perdana Menteri (PM) Najib Razak adalah PM paling stress di dunia. Dan Malaysia adalah antara negara paling stress di dunia kerana parti pembangkang di negara ini tiada otak dan bertindak berdasarkan emosi.

Hahaha...betul ke apa yang Rahman Dahlan cakap itu ?

Cuba kita cek tengok;
Siapakah sebenarnya Malaysia Official 1 (MO1) yang disebut sebanyak 36 kali oleh DOJ Amerika berkaitan wang 1MDB yang dicuri ?

Apa hubungan PM dengan Jho Low sejak 2009 bermula di Terengganu Investment Authority (TIA) hingga ditukar menjelma menjadi 1MDB ?

Bagaimana anak tirinya Riza Aziz boleh terlibat bersama Jho Low dalam skandal 1MDB ?

Bagaimana PM tidak tahu menahu mengenai wang RM42 juta dari SRC International dimasukkan ke dalam akaun peribadinya ?

Lebih menakjubkan lagi PM telah berbelanja dengan wang tersebut dan mengira ia datang daripada derma  Pak Arab.

Dan yang melebihkan stress rakyat Malaysia ialah pak-pak menteri badut tidak tahu siapa itu MO1 !

Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB telah di OSA kan. Tiada siapa tahu apa kandungan siasatannya. Dan macam-macam lagi cerita bodoh dan pandir mengenai skandal 1MDB.

Hello Pengarah Strategik Rahman Dahlan, macam manalah PM tidak stress dan rakyatnya juga terlebih-lebih stress dengan semua cerita tak masuk akal ini ?

Pengarah Strategik...

Antara Lim Guan Eng Dan Jho Low

LIM GUAN ENG percaya dia akan masuk penjara kerana kes rasuah yang dihadapinya. Kes itu adalah tuduhan dia membeli rumah banglonya dengan harga dibawah pasaran sebenar dan cubaannya mengubah status tanah pertanian di Pulau Pinang.

Kes Guan Eng boleh dikatakan menyerupai kes yang dihadapi bekas MB Selangor Khir Toyo. Ia bersabit dengan tindakan atau kuasa yang ada padanya sebagai Ketua Menteri dalam menjalankan tugasnya.

Apakah Guan Eng bersalah atau tidak ia bergantung pada mahkamah dalam perbicaraan kelak.

Kes Guan Eng adalah melibatkan jumlah wang RM2.8 juta !

Jho Low

Ironinya kita kini sedang berhadapan dengan skandal terbesar negara sebanyak RM2.6 Billion ! Peliknya sehingga sekarang tiada seorang pun dihadapkan ke mahkamah.

Nasib Guan Eng tidak sebaik nasib seorang billionair muda yang juga berasal dari Pulau Pinang. Dia adalah Low Taek Jho atau Jho Low. Usia masih dalam 30an. Tetapi amat kencang dalam dunia korporat antarabangsa.

Bila sebut skandal 2.6 billion ini nama Jho Low tidak boleh dipisahkan. Semua tahu dan dunia tahu penglibatan Jho Low dalam skandal pengubahan wang haram itu.

Namun Guan Eng bukan Jho Low. Sehingga kini Jho Low kelihatan kebal dan tidak boleh disentuh.

Sekiranya Guan Eng mencabar atau menghina ketuanan melayu dan sebagainya ia tidak perlu tunggu lama bagi pemuda Umno atau kumpulan Baju Merah berdemo dan membakar patung Guan Eng sama ada dirumahnya atau di depan pejabat parti DAP sebagai tindakan protes.

Lim Guan Eng

Tetapi senario ini tidak berlaku pada Jho Low. Tiada protes atau demo terhadapnya yang jelas terlibat dalam skandal yang telah memalukan dan mencemar bukan saja nama Umno tetapi juga nama negara dan khasnya Perdana Menteri.

Setakat ini tiada tindakan terhadap Jho Low. Hanya kenyataan daripada DOJ atau Jabatan Keadilan Amerika yang menyebut namanya dalam skandal money laundering itu. Selepas kenyataan DOJ itu, Jho Low masih bebas dan membisu seribu bahasa.

Tiada kenyataan bela diri atas segala tuduhan DOJ atau mengambil tindakan membersih namanya.

Ya, Guan Eng kamu akan ke penjara kerana RM2.8 juta.

Namun Jho Low yang telah melesapkan berbilion-billion masih bebas seperti God Father !

Kerana yang membezakan kamu berdua adalah UMNO Putra !!

Sabtu, 6 Ogos 2016

1MDB : Tindakan Kerajaan Tidak Telus

PERDANA MENTERI (PM) Najib Razak menjelaskan tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) untuk merampas asset berjumlah US $ 1 billion tiada kaitan dengan kerajaan Malaysia, syarikat 1MDB dan dirinya secara peribadi. Najib menjelaskannya dalam satu wawancara dengan Metro TV Indonesia.

Tindakan DOJ itu katanya hanya melibatkan beberapa individu seperti Jho Low, anak tirinya, Riza Aziz serta dua warga Arab, Husseiny dan Al Qubaisy.


Para menteri kabinet dan pemimpin Majlis Tertinggi Umno juga tidak dapat memastikan siapakah Malaysia Official 1 (MO1) yang disebut sebanyak 36 kali dalam kenyataan DOJ itu yang dikatakan menerima wang dan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Apa yang menariknya dalam kenyataan DOJ itu ada menyebut perihal MO1 yang mempunyai pertalian dengan Riza Aziz. Siapa lagi yang mempunyai pertalian dengan Riza selain tiga nama yang disebut itu ?

Semua kenyataan ini tidak jelas dan berbelit-belit serta banyak percanggahan.

Sekiranya kerajaan mahukan ketelusan dan menjernihkan suasana yang serabut ini adalah baik kerajaan bertindak dengan membenarkan laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB dibaca umum.

Bukan lagi laporan itu diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Itu saja cara yang mampu membuktikan tiada apa perkara yang ingin disembunyikan kerajaan. Bahkan seluruh rakyat dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam 1MDB.

Ini juga akan melenyapkan segala persepsi dan berita palsu kononnya ada pihak mahu menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.

Najib tetap konsisten dia tidak bersalah dalam skandal 1MDB. Tetapi dalam masa yang sama banyak persoalan 1MDB tidak jelas dan lebih banyak menimbulkan persoalan. Namun kerajaan kelihatan ingin menyembunyikan sesuatu.

Adalah lebih baik kerajaan bersikap terbuka isu ini dan tidak melengah-lengahkan penyelesaiannya supaya tidak timbul banyak lagi spekulasi dan persepsi.

Khamis, 4 Ogos 2016

Parti Baru Muhyiddin Boleh Lulus Ke ?

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan akan mendaftar parti baru dengan Pendaftar Pertubuhan bagi membuka laluan bertanding dalam PRU14 dan seterusnya menyaingi Umno yang kini dianggap seperti kereta buruk.

Umno kini mengalami masalah defisit keyakinan rakyat dalam caranya menangani isu rasuah dan ketelusan skandal 1MDB yang telah menjadi isu antarabangsa.

Parti baru terpaksa ditubuhkan setelah usaha yang diterajui Dr Mahathir bagi memberi tekanan pada Najib Razak meletakkan jawatan tidak berhasil.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Segala cara atau saluran dalam Umno sudah tertutup rapat kerana Najib telah berjaya mengunci rapat kedudukannya dari segala cabaran dan ancaman.

Tetapi persoalannya apakah permohonan parti baru ini akan segera diluluskan tanpa sebarang halangan?

Melihat pada cara institusi kerajaan bertindak dan membuat keputusan dalam isu-isu sensitif yang telah lepas ia sedikit membayangkan keraguan.

Seperti isu ROS dengan DAP yang belum selesai, isu ketelusan Jabatan Peguam Negara , PAC dan lain-lain dalam mengendali skandal 1MDB. Semuanya banyak  menimbulkan persoalan dari jawaban.

Apakah kerajaan begitu mudah mahu memberi laluan pada parti baru apa lagi ia mahu menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak.

Bukan mustahil kelulusan permohonan parti baru ini akan berjaya diperolehi hanya pada tahun 2020 !!

Ini bukan mustahil dengan semua pak-pak menteri yang mengatakan tidak tahu siapa itu Malaysia Official 1 (MO1) yang disebut DOJ Amerika.

Dan sikap polis yang tidak bertindak terhadap Naib Ketua Pemuda Umno yang membuat laporan palsu di balai polis mengenai konspirasi tiga Tan Sri mahu menjatuhkan Perdana Menteri.


Selasa, 26 Julai 2016

MyKMU.net Sahkan Najib MO1



Portal berita pro Umno, My KMU.net

Dah mengaku dan mengesahkan 

Malaysia Official 1 adalah Najib !!

Hahaha...thank U...thank U...

U have done a good job

Makanlah dedak banyak-banyak

Barangkali ini yang Najib maksudkan blogger bangang !

Blogger pre paid blogger post paid

US$2.5 Billion Pi Mana ?


Kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) 

US$3.5 Billion wang 1MDB telah dirompak para penyamun

DOJ akan bertindak merampas asset milik penyamun berjumlah US$1 Billion.

Baki lagi US$2.5 Billion Pi Mana ???


Bila Baju Merah Nak Demo Depan Kedutaan Amerika ?

Jamal Yunus Baju Merah beri amaran

Kuala Lumpur akan diliputi warna kemerahan

Sekiranya Bersih teruskan hasrat tunjuk rasa

Tanda protes kepimpinan Najib


Cuma satu nak tanya 

Bila agaknya Baju Merah 

Mahu tunjuk rasa di Kedutaan Amerika

Desak mereka siapakah sebenarnya Malaysia Official 1

Yang berpengaruh dalam skandal 1MDB seperti kenyataan DOJ !!

Nothing 2 Hide

Dah sahih lagi benar

Najib adalah Perdana Menteri Malaysia paling karut 

Boleh kena tipu dengan dua orang budak mentah

Jho Low dan Riza Aziz

Duit berbeliyon hilang dek dua ek_r tu belanja sakan

Najib tak tahu apa

Main pakai tanda tangan buta

Peliknya duit masuk akaun dia hanya tahu belanja

Tak pernah tanya daripada mana puncanya

Nak mengaku ditipu oleh dua ek_r tu rasa malu

Kerana nanti orang kata PM low class

Nasib baik Jho Low bukan ahli DAP

Kalu tidak habis hangus kafir harbi

Dikerjakan Jamal Yunus Baju Merah




Isnin, 25 Julai 2016

Depa Tak Terima Kredit Kad

Menurut laporan semua kerabat Malaysia Official 1 (MO1) tak boleh lagi membeli-belah diluar negara menggunakan kredit kad kerana depa para peniaga tak mahu terlibat dengan money laundering.

Salah haribulan boleh kena saman sivil !!

Adoiii....macam-macam...



Ya Sheikh Jho Low...

Ya Al Sheikh Jho Low Apa Enta Sudah Buat Pada Negara Ana Pasir Dua Butir ??



Dia Tidak Rasa Terhina

Najib bidas Dr M kerana menghina rakyat yang menerima duit BR1M sebagai pemakan dedak.


Tapi Najib tidak terasa terhina bila DOJ mendedahkan duit 1MDB dicuri anak tirinya, Riza dan kenalannya ahli perniagaan Jho Low.

Dia juga tidak terasa terhina skandal 1MDB telah memalukan negara diseluruh dunia dan maruah dirinya.
Dia tidak rasa apa-apa. Dia buat muka tebal. Muka tembok.

Adoi...!!

Sabtu, 23 Julai 2016

Tanya PM Siapa Malaysia Official 1 ?

SILA ambil perhatian kepada semua para petugas media terutama media arus perdana. Tolong ajukan soalan kepada Perdana Menteri Najib Razak, siapakah yang dimaksudkan dengan Malaysia Official 1 (MO1) seperti yang disebut dalam kenyataan Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ), berkaitan skandal 1MDB yang melibatkan kehilangan US 3.5 billion.

MO1 telah disebut sebanyak 32 kali dalam kenyataan 136 muka surat itu. Ia berkaitan dengan penerimaan wang ke dalam akaun dan semua keterangan yang ada kaitan aktiviti pengubahan wang haram.

Juga jangan terlepas peluang bertanya kepada isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor, apakah perasaannya dengan apa yang menimpa anak lelakinya, Riza Aziz yang dituduh terlibat bersama rakannya Jho Low dalam skandal 1MDB itu.

DOJ menyatakan kerajaan Amerika akan merampas segala harta kepunyaan Riza dan Jho Low hasil dari aktiviti pengubahan wang haram mereka berdua hasil puncanya dari dana 1MDB.

Tanya jangan tak tanya.







Ahad, 17 Julai 2016

Tan Sri Abdul Gani Patail Tidak Mahu Terlibat Dengan Politik

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sejak tidak lagi memegang jawatan AG lebih banyak berdiam diri dan bersikap membisu seribu bahasa.

Gani tiba-tiba bersuara mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatannya dalam penubuhan parti baru yang akan diasaskan Dr Mahathir Mohamad. Berita viral namanya adalah antara barisan pimpinan tertinggi parti baru itu.

Tan Sri Abdul Gani Patail

Sejak dipecat semasa mengetuai satu Task Force bagi menyiasat isu RM2.6 billion dalam akaun peribadi Perdana Menteri (PM) Najib Razak, Gani tidak memberi sebarang penjelasan mengenai tuduhan yang beliau sedang dalam menyiapkan kes pertuduhan terhadap PM.

Sehingga kini tidak siapa dapat mengesahkan apakah benar wujudnya kertas pertuduhan itu ?

Adalah jelas Gani tidak mahu dirinya terlibat dalam persengketaan politik semasa negara. Dia pernah menegaskan bahawa dia mahu terus kekal sebagai seorang profesional dan tidak akan terlibat dalam politik.

Ertinya, selepas tidak lagi menjadi AG dan digantikan dengan Tan Sri Apandi Ali, Gani mengira setakat itu sajalah tugasnya sebagai pegawai kerajaan dan pengamal undang-undang. Apa yang berlaku semasa dia menganggotai Task Force bersama dengan Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara dan Ketua SPRM bagi menyiasat isu 2.6 billion itu disimpan dalam dirinya sahaja.

Gani tidak pernah menafikan adanya kertas pertuduhan itu dan dia juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan semua berita yang tersebar berkait badan Task Force itu dan hasil siasatannya.

Tan Sri Abdul Gani Patail kini telah bersara dari kerajaan dan terus mengamal profesionnya sebagai peguam.

1MDB...We Shouldn't Have 1MDB At All - Mahathir


Sabtu, 16 Julai 2016

Kes 1MDB: Pencuri & Penyamun Belum Lagi DiTahan Polis

PERDANA MENTERI (PM) Najib Tun Razak tidak mempunyai banyak pilihan melainkan hanya meletakkan jawatan dan berundur dari jawatan PM dan Presiden Umno. Ia tidak perlu tunggu pilihan raya umum bagi menentukan kedudukannya.

Banyak perkembangan yang berlaku dalam negara mutakhir ini menunjukkan gambaran beliau tidak mungkin dan tidak mampu lagi meneruskan tugasnya sebagai pemimpin nombor satu negara.

Isu terbesar dan paling utama adalah skandal penyelewengan syarikat pelaburan strategik negara 1MDB yang berada dibawah kawalannya dan beliau sebagai pengasasnya menghadapi krisis hutang dan penipuan secara terangan.


Skandal 1MDB melibatkan berbillion ringgit bersabit dengan pengubahan wang haram dan penipuan individu tertentu yang telah diketahui umum malah seluruh dunia. Segala butiran penyelewengan berbillion ringgit sudah dapat dibaca umum dan sukar disekat terutama dalam dunia internet.

Jawaban dan alasan kerajaan pimpinan Najib terhadap semua laporan tersebut sebagai fitnah bagi menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih rakyat tidak mencukupi dan tidak memuaskan. Malah segala jawaban tidak pun mampu merungkai segala persoalan malah menambahkan lagi keyakinan umum terhadap penyelewengan yang berlaku.

Yang paling ketara kerajaan tidak menunjukkan sikap telus dalam menangani isu 1MDB. Ia seperti ingin menyembunyikan sesuatu pada pengetahuan umum. Bukti laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB telah dikategorikan dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Bukan sahaja rakyat disekat membaca laporan tersebut malah semua wakil rakyat tidak dibenarkan memilikinya.

Kenapa kerajaan ingin merahsiakan segala pendedahan Ketua Audit Negara tentang penyelewengan dan salah laku mereka yang terlibat dalam pengurusan 1MDB ?

Apa yang paling trajis dalam kes ini sehingga kini ialah tidak seorang pun mereka yang didedahkan sebagai bertanggungjawab dan bersubahat menipu dan menyamun berbillion ringgit dibawa ke muka pengadilan atau ditahan polis.

Malah paling menakjubkan adalah individu tertentu masih lagi bertugas di Putrajaya dan dibawah Jabatan Perdana Menteri !!

Individu korporat yang bersubahat dan merancang segala penipuan ini juga masih bebas berada di luar negara dan seolah tidak boleh disentuh.

Dari segi logiknya, apakah laporan yang telah di OSA kan itu sekiranya didedahkan pada umum akan membuat ramai individu tertentu akan dihantar ke penjara ? Juga pada mereka yang cuba bersubahat dan mahu menutup kes ini dibawah carpet ?

Khabarnya, sudah ada yang tidak nyenyak tidur dan terpaksa menelan pil ?

PM Najib perlu melakukan sesuatu bagi menyelesaikan secara muktamad isu 1MDB. Bukan memberi berbagai alasan remeh dan cuba menutup isu pokok yang sebenarnya.

Kemenangan BN di Sarawak dan dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang lalu terbukti bukan jaminan beliau boleh berasa selesa. Isu 1MDB akan terus timbul dari masa ke semasa sehingga lah semua penyamun dan penipu dibawa ke muka pengadilan.

Rabu, 22 Jun 2016

Good Star Limited Milik Jho Low

BARISAN NASIONAL (BN) menang di kedua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah mengejutkan semua pihak. Perdana Menteri Najib Razak sendiri terkejut dengan keputusan tersebut. Calon BN di Sungai Besar, YB Budiman juga tidak menyangka dia akan menang jumlah undi yang begitu selesa.

Ini kerana pihak kerajaan dari awal lagi sebelum pengundian menganggap kedua calon BN turun sebagai "underdog" walaupun mereka bertanding mempertahankan kerusi di kedua kawasan tersebut.

BN juga menghadapi serangan bertalu-talu daripada pihak pembangkang terutama dalam isu rasuah. Ramai meramalkan sama ada BN menang tipis atau kalah tipis.

Tetapi akhirnya keputusan di luar dugaan semua pihak termasuk kerajaan sendiri. BN menang dengan majoriti lebih besar berbanding pada PRU 13 dahulu.

Ada pendapat mengatakan para pengundi kedua kawasan tersebut lebih mudah tertarik dengan isu dan janji-janji pembangunan dari isu 1MDB, rasuah dan sebagainya. Malah ada yang mengira para pengundi tidak memahami dan ambil pusing isu berkaitan 1MDB.

Apatah lagi media perdana seperti RTM, TV3, Utusan, Berita Harian dan lain-lain tidak memberikan liputan sepenuhnya isu 1MDB.

Sebaliknya, butiran laporan skandal 1MDB lebih banyak dan meluas dilaporkan media antarabangsa di dalam bahasa Inggeris. Ertinya, laporan-laporan terperinci berkaitan skandal 1MDB adalah dalam bahasa Inggeris.

Yang pastinya sebahagian besar para pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar lebih-lebih lagi orang melayu tidak membaca dan memahaminya. Jadi isu penyelewengan dalam 1MDB tidak melekat dalam fikiran mereka.

Sebelum ini Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report banyak mendedahkan butiran penyelewengan dalam pengurusan dana 1MDB. Dan banyak laporan mereka didapati benar bila beberapa kes mahkamah berlangsung di Singapura dan beberapa buah negara lain yang ada kaitan dengan 1MDB.

Jho Low sedang berpoya


Berita terbaru pula dari sumber Reuters melaporkan ada bukti mengesahkan syarikat Good Star Limited adalah kepunyaan Jho Low. Good Star dilaporkan menerima wang sebanyak US $1.03 billion dari 1MDB.

Sedangkan wang tersebut bukan milik Good Star tetapi hak milik PetroSaudi. Dan Good Star bukan syarikat subsidiary PetroSaudi. Sehingga kini semua pihak termasuk Jho Low, PetroSaudi dan 1MDB enggan memberikan sebarang reaksi.

Bank Negara sendiri ada mengesahkan bahawa Good Star adalah milik Jho Low. Dan surat Bank Negera itu telah diklasifasikan sebagai Rahsia Rasmi atau OSA.

Kerajaan mungkin belum lagi habis bergembira dengan kemenangan cemerlang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Rakyat di kedua kawasan tersebut telah membuat keputusan berdasarkan pengetahuan terhad mereka dalam isu tersebut.

Atau mungkin mereka lebih tertarik dengan isu ketuanan melayu dan isu agama yang dimainkan yang lebih menyentuh perasaan mereka.

Namun isu Jho Low dan 1MDB tidak mudah padam kerana bukti terlalu jelas dan terang. Begitu pun perlu diakui setakat ini tidak dilaporkan bahawa Najib terlibat secara langsung.

Bagaimanapun, Jho Low yang tidak dapat dikesan di mana dia berada perlu dibawa kembali ke tanah air bagi membantu siasatan kes besar ini yang telah mencemar imej Perdana Menteri  dan negara.


Isnin, 20 Jun 2016

Kes Saman 26 Billion 1MDB Di Mahkamah Timbang Tara

RAKYAT di Sg Besar dan Kuala Kangsar telah membuat keputusan dengan memberi kemenangan pada calon Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 18 Jun lalu.

Calon Umno bukan sahaja menang tetapi jumlah majoriti telah bertambah dari PRU 13 lalu.

Sebagai pengamal sistem demokrasi keputusan ini perlu dihormati dan diterima semua pihak dan lapisan masyarakat. Penduduk kedua kawasan tersebut telah pun bersuara.

Tetapi jangan lupa laporan mutakhir berkenaan dengan tindakan IPIC menyaman 1MDB dan Kementerian Kewangan sebanyak RM 26 billion di Mahkamah Timbang Tara di London dalam masa terdekat ini.


IPIC mengambil tindakan undang-undang akibat kegagalan 1MDB membayar sejumlah wang hasil jaminan bond yang diberikan sejumlah 3.25 juta US Dollar.

1MDB mengakui telah pun membuat bayaran pada IPIC. Namun IPIC telah menafikan ada menerima sebarang pembayaran wang daripada 1MDB. Inilah punca masalah; 1MDB kata dah bayar. Tetapi IPIC kata belum bayar lagi !

Dari laporan-laporan yang telah diterbitkan dan tersiar seluruh dunia, pembayaran 1MDB pada IPIC telah dibuat namun wang tersebut telah disalurkan ke dalam akaun yang tidak mempunyai kaitan dengan IPIC. Ertinya, sejumlah wang telah disalurkan ke dalam akaun palsu oleh mereka yang bertaraf penyamun !

Inilah masalah 1MDB yang diakui sendiri oleh PAC dalam laporannya tentang kelemahan dalam pengurusan kewangannya. Dan PAC telah mencadangkan agar kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak pengurusan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

Tetapi sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan dari kerajaan terhadap mereka yang terlibat.

RM 26 billion bukan sedikit. Tidak pasti rakyat di Sungai Besar dan Kuala Kangsar faham dan mengerti isu ini yang boleh menjejaskan kedudukan kewangan negara.

Dalam ceramah kempen PRK baru-baru ini ada seorang penceramah menerangkan betapa besarnya jumlah RM 2.6 billion, jika dibelanja RM 5,000 sehari ia mampu dihabiskan selama 1,400 tahun !! Itu 2.6 billion. Sedangkan kes IPIC adalah 26 billion. Bezanya hanya satu titik.

Sekiranya 1MDB dan Kementerian Kewangan menang dalam kes tuntutan ini, maka Najib boleh terus nyenyak tidur sebelum menghadapi PRU 14.

Namun sekiranya kalah siapa yang akan bayar dan memikul 26 billion itu ?


Rabu, 15 Jun 2016

Calon PAS Pasti Kalah Di Sungai Besar dan Kuala Kangsar

TIMBALAN MENTERI BESAR Kelantan merangkap Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah, seperti orang tiada isu dan tiada hujah bila mengaitkan warna oren lambang parti Amanah sebagai warna persamaan dengan pakaian Tok Sami.

                                                               Dr Dzulkefly Ahmad

Mohd Amar mempersoalkan kenapa parti Amanah memilih warna oren sebagai lambang warna parti itu dan mengira ia sebagai sasau dan "nanar".

Inilah seorang lagi jenis pemimpin PAS yang sama dengan Nik Abodoh bercakap isu remeh temeh yang tidak memberi sebarang manfaat dan kesan terutamanya pada rakyat.

Sudah tiada isu lagi ke ? Apakah kaitan jenis warna pada sesebuah parti kecuali ianya tidak berkesan memberi khidmat pada para pengundi.

Mungkin Mohd Amar hanya berfikir bahawa warna hijau lambang parti PAS itu sahaja yang Isle. Selain dari warna hijau maka ia bukan Isle. Begitukah ? Kenapalah sampai sempit dan bodoh begitu sekali.

Barisan Pimpinan Parti Amanah

Nak tanya sikit dengan Amar dan rakan Nik Abodoh tu dalam Quran ada sebut ke tentang warna hijau atau oren ?

Dan Mohd Amar janganlah terkejut nanti keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini calon Amanah akan mendapat undi lebih banyak dari PAS.  Belum pasti calon mana yang akan menang dalam PRK tersebut yang melibatkan tiga dan empat penjuru.

Namun berita yang sahih lagi benar calon PAS akan tewas di kedua kawasan tersebut. Bukan sahaja akan tewas tetapi juga mendapat undi lebih rendah dari calon Amanah.

Mohd Amar Nik Abdullah




Sabtu, 11 Jun 2016

Dr Mahathir Seorang Pengkhianat Atau Jho Low ?

DR MAHATHIR mula berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dengan memberi sokongan pada calon parti Amanah, Azhar Shukur. Tokoh negarawan itu turun berkempen kerana Azhar menyokong Deklarasi Rakyat bagi menyingkirkan Najib Razak sebagai Perdana Menteri (PM).

Dalam kempen itu Dr Mahathir telah berucap dan berada dipentas bersama-sama pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

Ini bukan pertama kali Dr Mahathir berada satu pentas dan berpegang tangan dengan Kit Siang. Semuanya berpunca daripada Najib dan skandal 1MDB yang telah merebak ke peringkat antarabangsa - menyebabkan kedua tokoh veteran tersebut bergabung bagi menjatuhkan Najib.


Bagi orang melayu dan ahli Umno, tindakan Dr Mahathir bergabung dengan Kit Siang dianggap sebagai pengkhianat pada bangsa dan negara. Apa lagi beliau adalah bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri (PM).

Di satu sudut Dr Mahathir sanggup bekerjasama dengan Kit Siang (DAP) kerana beliau bukan lagi ahli Umno. Keduanya, berbagai cara telah diusahakan melalui saluran parti Umno bagi menegur Najib, namun semuanya menemui jalan buntu. Semuanya telah tertutup rapat. Najib berjaya mengunci semua saluran parti melalui strategi "Cash Is King".

Dr Mahathir juga telah menganggap ahli-ahli Umno telah memberi sokongan pada Najib secara membabi buta tanpa mahu mengambil kira kerosakkan yang berlaku terhadap parti dan negara ekoran skandal 1MDB yang melibatkan kes pengubahan wang haram.

Kes berkaitan dengan 1MDB kini sedang berjalan di mahkamah Singapura. Beberapa tangkapan dan penahanan dilakukan pihak berkuasa negara Seberang Tambak itu; disamping pembekuan akaun tertentu dan penutupan bank BSI yang berpangkal di Swiss. Semuanya mempunyai kaitan dengan urusniaga 1MDB.

Lanjutan perbicaraan kes-kes ini akan terus berlanjutan sehingga Ogos dan Oktober ini. Apa yang jelas bila kes berjalan banyak lagi pendedahan tentang penyelewengan yang berlaku. Dan tentunya banyak bukti-bukti baru akan muncul mengenai penglibatan jutawan muda Jho Low dan rakan-rakan proksinya.

Itu di Singapura. Tetapi di Malaysia, Peguam Negara telah mengambil keputusan tiada kes penyelewengan melibatkan 1MDB ! Wow !!

Apabila Dr Mahathir berpakat dengan Kit Siang, beliau dituduh sebagai pengkhianat bangsa. Sehingga sekarang Dr Mahathir masih dalam siasatan polis dalam dua atau tiga kes ekoran ucapan beliau berkaitan isu-isu nasional.

Jho Low

Namun jutawan muda yang masih berusia 35 tahun, Jho Low masih bebas seperti pelarian antarabangsa. Baik SPRM atau pihak polis belum lagi dapat mengesan jejak langkah jutawan muda itu.

Skandal penipuan 1MDB tidak dapat dipisahkan dengan Jho Low. Satu dunia tahu peranan Jho Low dalam skandal penipuan terbesar dalam sejarah negara.

Tetapi anehnya ahli-ahli Umno seperti kata Dr Mahathir telah buta dan tidak dapat membaca apa yang berlaku dalam 1MDB. Mereka sanggup berdiam diri seolah-olah memberi perlindungan pada Jho Low.

Jho Low dan Kit Siang adalah satu bangsa dan keturunan. Tidak ada perbezaan.

Sekiranya bekerjasama dengan Kit Siang boleh dianggap pengkhianat. Bagaimana pula dengan perbuatan berdiam diri, pekak dan buta terhadap segala kerosakkan berlaku angkara Jho Low terhadap parti dan negara ? Bukankah itu juga dianggap sebagai pengkhianat ?




Jumaat, 10 Jun 2016

Pengundi Cina Tidak Bodoh



INI adalah salah satu papan iklan yang dipasang sekitar Sungai Besar dalam PRK 18 Jun ini. Khabarnya, parti DAP yang memasangnya bagi memperingati para pengundi Cina akan kenyataan yang pernah dibuat oleh Jamal Yunus, Ketua Bahagian Umno Sungai Besar.

DAP berkempen menarik para pengundi Cina agar mengundi untuk calon parti Amanah.

Namun papan iklan itu telah diarahkan pihak polis untuk diturunkan kerana dianggap berbau perkauman.

Masalahnya orang yang mengeluarkan kenyataan perkauman itu beberapa bulan dahulu tidak menafikan kebenaran kenyataan dipapan iklan tersebut.

Paling auta dia cuba berdalih kononnya kenyataannya itu telah disalahtafsirkan.

Inilah perangai buruk setengah pemimpin Umno yang sering bercakap bernada perkauman. Kerana ingin menjadi juara dan popular dikalangan ahli mereka sanggup bercakap apa sahaja tanpa berfikir panjang.

Masa bukan dalam demam pilihan raya mereka menghentam kaum Cina dengan berbagai gelaran dan tuduhan. Tetapi bila sampai saat pilihan raya mereka mengemis dan seperti orang meminta sedekah pada kaum Cina agar mengundi mereka. Bodoh !

Orang Cina bukan pengundi yang bodoh. Mereka tidak mudah lupa apa yang dilemparkan pada mereka. Kaum Cina walau pun mewakili lebih 20% penduduk negara ini namun undi mereka dapat menentukan faktor kemenangan sesebuah parti.

Bukti PRU 12 dan PRU 13 kerajaan BN hilang majoriti dua pertiga kerana tidak mendapat sokongan dari para pengundi Cina.

Begitu juga pada zaman Dr Mahathir ketika berhadapan krisis pemecatan Anwar Ibrahim dari kerajaan, para pengundi Cina lah yang memberi kemenangan dua pertiga kepada kerajaan.

So, pada para pemimpin Umno yang rasis - dont play play !!

Khamis, 9 Jun 2016

Hudud : Apakah Umno Serius ?

CALON Umno di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Budiman Mohd Zohdi dan Mastura Mohd Yazid telah mengelak dari menjawab soal hukum hudud yang bakal dibahaskan di Parlimen Oktober ini.

Budiman menjawab, "Tunggu lepas saya menang dulu". Mastura pula kata, dia akan komen selepas pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun ini. Mereka berdua tidak berani berterus terang dalam isu hudud.


Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan Akta Mahkamah Syariah yang dibawa Hadi Awang di Parlimen baru-baru ini mendapat lampu hijau daripada PM Najib Razak dan Timbalannya, Zahid Hamidi. Pindaan RUU ini memberi laluan pada PAS melaksanakan hukum hudud bermula di Kelantan.

Semasa Hadi membentangkannya ia kesuntukan masa untuk dibahaskan. Ia dibawa ke sesi Oktober ini.

Dalam isu ini pendirian Umno tidak jelas dan samar-samar. Antara sokong dan tidak. Semuanya kelihatan bergantung pada keadaan. Ertinya, Umno lebih mengambil kira faktor politik yang akan diterimanya.

Budiman dan Mastura yang akan bertanding dalam PRK  Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak berani membuat pendirian tegas soal hudud kerana bimbang akan kehilangan sebahagian besar undi kaum Cina di kawasan tersebut.

Mastura Mohd Yazid

Sebab itu mereka bermain taici bila ditanya para petugas media dalam isu hudud. Pendirian mereka setakat ini yang enggan membuat penegasan sebenarnya mendapat restu dan lampu hijau daripada pucuk pimpinan tertinggi parti.

Seperti catatan saya sebelum ini ada menjelaskan bahawa isu hudud ini adalah mainan politik Umno dan PAS bagi mendapat undi sokongan dari para pengundi Melayu. Keikhlasan mereka dalam membawa isu hudud di Parlimen adalah diragui.

Apa pun Oktober akan tiba bagi menentukan apakah Umno dan PAS berjaya bekerjasama bagi meluluskan pindaan RUU tersebut.

Namun Umno kini sudah pun menerima ancaman dari parti-parti komponen dalam BN terutamanya dari Sarawak sekiranya terus bersekongkol dengan PAS dalam isu hudud.

Umno memerlukan PAS bagi menguatkan kedudukan orang melayu yang kini semakin lemah sehingga berpecah menjadi empat parti; termasuk PKR dan Amanah.

Dalam masa yang sama Umno tidak mampu kehilangan rakan-rakannya dalam BN lebih-lebih lagi parti PBB di Sarawak.

Isu hudud akan terus dipolitikkan oleh Umno dan PAS untuk kepentingan muslihat masing-masing. Umno tidak berminat dengan hudud PAS itu. PAS pula cukup sedar yang ia tidak mampu laksanakannya secara sendirian. Ia perlu bantuan dari Umno.

Tetapi adakah Umno serius dalam melaksanakan hudud ? Atau ia hanya mainan politik dengan PAS ?










Rabu, 8 Jun 2016

Hudud Mainan Politik Umno - PAS



ISU hudud adalah isu yang dimainkan parti PAS sejak 26 tahun dahulu ketika berjaya menguasai negeri Kelantan.

Sejak tahun 1990 hingga sekarang isu hudud hanya menjadi mainan politik bagi menarik minat para pengundi. Hingga kini hudud yang dibawa parti PAS hanyalah sebuah deraf kertas yang tidak sempurna.

Persoalannya; apakah hudud ini adalah hudud berdasarkan Al Quran atau hanya hudud parti PAS yang berdasarkan tafsiran manusia ? Ertinya ia hanya tafsiran para pemimpin ulama dalam parti itu.

Isu hudud seperti biasa akan datang dan pergi. Timbul dan tenggelam. Ia akan semakin memuncak terutamanya musim kempen pilihan raya.

Umno yang jelas terang tidak menyokong hudud PAS sebelum ini telah pun mengubah pendirian. Umno kelihatan memberi dorongan dan laluan pada PAS, bila menteri Azalina Othman mengesahkan bahawa Perdana Menteri Najib Razak dan Timbalannya Zahid Hamidi, memberi lampu hijau kepada Hadi Awang membawa usul RUU mengenai hudud di parlimen baru-baru ini.

Tetapi anehnya RUU itu tidak pun dibahaskan dan ditangguh sehingga Oktober depan !

Semua ini menimbulkan tanda tanya kejujuran Umno dan PAS dalam isu hudud. Najib kata usul yang dibawa Hadi tiada kaitan dengan hudud. Ia hanya bertujuan mempertingkatkan kuasa mahkamah syariah.

Tetapi bagi para pemimpin PAS pula usul tersebut adalah langkah awal perlaksanaan hudud terutamanya di negeri Kelantan.

Hudud akan terus menjadi mainan politik Umno dan PAS bagi mendapat sokongan rakyat. Pada Oktober ini bila sesi parlimen bersambung; apakah Umno akan memberi sokongan pada PAS dalam isu hudud ?

Para pemimpin kerabat BN di Sabah dan Sarawak yang merupakan kotak fixed deposit terhadap pimpinan Najib telah pun memberi amaran pada Umno tentang isu hudud itu.

Apakah Najib lebih sayangkan PAS dengan mengorbankan Sabah dan Sarawak ?

Pada Oktober ini semua akan mengetahui belang sebenar Umno dalam isu hudud. Apakah mereka serius tentang hudud atau hanya mainan politik dengan PAS ?

Ada analisis politik mengatakan isu hudud kembali timbul hanyalah sebagai kabberap pada isu lebih utama seperti laporan yang mengesahkan syarikat Good Star adalah milik jutawan muda Jho Low yang telah menerima berbillion dollar dana dari 1MDB.

Sedangkan Good Star bukanlah milik Petro Saudi yang mempunyai hubungan perniagaan dengan 1MDB. Dengan kata lain, dana berbillion dollar yang sepatutnya dihantar ke akaun Petro Saudi telah dilencongkan ke dalam akaun Good Star milik Jho Low. Dan Jho Low dikatakan cukup berpengaruh ke atas Perdana Menteri.

Orang melayu memang amat sensitif dengan hudud. Penolakkan terhadap hudud dianggap sebagai menolak perintah Allah.

Namun dalam konteks politik di Malaysia, perspektif dan persepsi tentang hudud perlu diperbetulkan. Ia terlalu banyak salah anggapan dan tafsiran. Contohnya, mengikut hudud PAS, hukuman terhadap kesalahan murtad adalah bunuh ! Sedangkan dalam Al Quran tidak ada satu ayat pun menjelaskan tentang hukuman bunuh tersebut.


Sabtu, 28 Mei 2016

Shahrir Samad Cadang Mahathir Tubuh Parti Baru

TAN SRI SHAHRIR ABDUL SAMAD, ahli Parlimen Johor Bahru dan veteran Umno telah menggesa Dr Mahathir Mohamad agar menubuhkan parti baru dan bertanding dalam pilihan raya bagi membuktikan sokongan rakyat terhadap beliau.

Shahrir mencadangkan agar Dr Mahathir menjadikan Deklarasi Rakyat sebagai parti baru itu yang dikatakan dapat mengumpul 1.2 juta tandatangan bagi menggesa Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (PM).

Apakah Shahrir cuba menyindir Mahathir atau memang dia serius mahu negarawan itu menubuhkan parti baru untuk melawan Umno dan BN ?

Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Apa pun tujuan Shahrir, bagi saya cadangannya itu tidak perlu dilayan dan ia bukan satu perkara utama dan penting. Ertinya, ia satu isu remeh dan tidak perlu diberi perhatian pun.

Dr Mahathir telah menjelaskan berkali-kali bahawa agenda utama beliau adalah menjatuhkan Najib. Dalam konteks ini parti-parti politik yang telah ada sudah pun memadai dan tidak perlu lagi pada parti yang baru.

Walau pun Dr Mahathir kini bukan lagi ahli Umno, tidak bermakna beliau akan berada di luar Umno selama-lamanya. Buktinya ketika era Abdullah Ahmad Badawi, beliau keluar Umno sebentar sebagai tanda protes terhadap pimpinan Pak Lah.

Tetapi setelah agendanya selesai berjaya mempengaruhi keadaan dengan pengunduran Pak Lah sebagai PM, beliau kembali semula pada Umno.

Begitu juga dalam suasana kini, beliau keluar sekali lagi dari Umno dengan tujuan agar Najib berundur. Apakah beliau akan berjaya atau tidak hanya masa yang akan menentukan.

Dengan itu soal beliau perlu tubuh parti baru seperti yang diluahkan Shahrir tadi adalah tidak berbangkit. Kerana Mahathir masih mampu bergerak tanpa parti dengan bergabung dengan parti-parti dan badan NGO yang ada bagi mengumpul mereka dalam satu barisan bagi mencapai matlamat utama iaitu pengunduran Najib dari jawatan PM.

Semua orang tahu Dr Mahathir masih lagi berjiwa Umno. Perjuangan beliau sekarang bukan melawan parti yang pernah dipimpinnya tetapi adalah untuk melawan Najib.

Sebab itu bagi Dr Mahathir, gerakan Deklarasi Rakyat adalah satu gerakan mewakili suara rakyat bukan parti-parti politik.

Ada pun gesaan Dr Mahathir agar rakyat tidak mengundi calon BN dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini adalah satu tanda protes dan mesej pada Najib agar cepat berundur bagi memulihkan imej parti dan kerajaan yang tercemar dengan skandal 1MDB.

Dalam usia 90 tahun, Dr Mahathir tidak perlu dan tidak relevan dengan penubuhan parti baru. Oleh itu cadangan Shahrir itu boleh dibakul sampahkan sahaja.