Sabtu, 31 Mac 2012

Srikandi Ummi Hafilda Ali

Calon BN di Permatang Pauh ?

APAKAH ini bakal calon BN menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kawasan parlimen Permatang Pauh dalam PRU 13 ini ?

Ummi Hafilda Ali adalah wanita yang bertanggungjawab mendedahkan rahsia sulit Anwar Ibrahim sehingga dipecat dari kerajaan dan UMNO.

Hingga kini ia terus mencabar Anwar dan bertekad untuk melawan habis-habisan tokoh yang dianggapnya sebagai hipokrit.

Ummi Hafilda juga berikrar akan mendedahkan banyak lagi bukti "kepalsuan" Anwar Ibrahim dalam kempen PRU 13 nanti.

Dia juga telah beberapa kali bersumpah bahawa segala tuduhannya adalah benar dan mencabar Anwar berdepan dengannya bagi menafikan semua tuduhannya.

Sehingga kini Anwar tidak pernah melayan dan menjawab segala tuduhan Ummi. Beliau hanya menyatakan bahawa Ummi Hafilda ibarat seperti seekor nyamuk. Ertinya, Ummi adalah perkara remeh dan kecil yang tidak perlu dilayan.

Ummi Hafilda pula menjawab sekiranya ia dianggap nyamuk, maka nyamuknya ialah jenis AEDES yang boleh membawa maut. Kerana gigitan nyamuklah Anwar tersungkur dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan hingga sekarang terus meroyan mahu jadi Perdana Menteri.

Orang boleh memberi pelbagai persepsi tentang Ummi Hafilda. Namun keberanian dan sikap konsistennya dari dahulu hingga sekarang perlu diberi perhatian. Tidak ada orang yang siuman akan menuduh orang sebarangan jika tanpa bukti dan asasnya.

Barangkali itu agaknya orang memberi gelarannya Srikandi !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan