Ahad, 2 September 2018

Abdullah Sani Cabar Azmin Ali Dan Zuraida

Ahli Parlimen PKR (Kapar), Abdullah Sani mencabar Datuk Seri Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin agar menawarkan kerusi mereka pada Anwar Ibrahim sebagai bukti taat setia dan sokongannya menjadi Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir.

Abdullah Sani sebelum ini bersuara lantang menuduh ada konspirasi pihak tertentu mahu menghalang Anwar dari menjadi PM ke 8. Dia juga secara terang menuduh Dr Mahathir tidak akan memberi laluan pada Anwar sebaliknya mahu Azmin sebagai calon PM.

Namun dia memohon maaf pada Dr Mahathir di atas kenyataan terbukanya itu.

Hari ini dia mencabar kesetiaan Azmin dan Zuraida pada Anwar.

Abdullah Sani Abdul Hamid

Anwar telah pun membayangkan dia akan kembali ke Parlimen selewat Oktober ini.

Sebelum ini terdapat banyak tawaran dari ahli Parlimen PKR bagi mengosongkan kerusi mereka masing-masing untuk memberi laluan pada Anwar kembali ke Parlimen seterusnya bersedia mengambil alih jawatan PM dari Dr Mahathir.

Sayugia cabaran Abdullah Sani terhadap Azmin dan Zuraida adalah tidak masuk akal sama sekali. Mereka berdua adalah pemimpin tertinggi parti dan menteri kabinet.

Tidak mungkin mereka begitu naif dan bodoh untuk mengosongkan kerusi mereka.

Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin

Adalah lebih adil dan logik sekiranya Abdullah Sani mencadangkan agar isteri dan anak Anwar iaitu Dr Wan Azizah atau Nurul Izzah mengosongkan kerusi mereka untuk Anwar. Cara itu lebih aman dan harmonis kerana tidak melibatkan orang luar.

Cadangan Abdullah Sani itu lebih pada sentimen anti Azmin dan Zuraida kerana dia penyokong kuat Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Saya sarankan agar Abdullah Sani orang yang paling tepat mengosongkan kerusinya di Kapar bagi memberi laluan pada Anwar dan sekaligus membuktikan kesetiaannya pada bakal PM ke 8 itu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan