TRIO Datuk T telah mengaku bersalah atas tuduhan penayangan secara terbuka video seks yang dikatakan menyerupai Ketua Pembangkang dengan seorang wanita Cina. Mahkamah Majistret telah menjatuhi hukuman denda terhadap mereka.
Dalam kandungan fakta kes juga disahkan bahawa video tersebut adalah tulen dan tidak ada pertindihan gambar. Ia juga disahkan oleh dua pakar dari Amerika Syarikat.
Sekarang mahkamah telah pun mengesahkan dan membuat keputusan berkaitan video tersebut. Terpulanglah pada orang ramai untuk membuat penilaian dan kesimpulan. Ada yang menerima keputusan ini dengan hati terbuka. Tidak kurang juga yang menolak dan memberi pelbagai pandangan dan tuduhan yang negatif.
Soalnya sekarang, mahkamah sebagai suatu institusi tertinggi negara yang bebas dari segala fahaman bukan mudah boleh diperalatkan oleh sesiapa. Kita perlu yakin dan percaya tanpa rasa ragu.
Pihak pembangkang sendiri telah menunjukkan bahawa mereka juga masih yakin dengan proses perundangan negara di mana banyak kes-kes saman melibatkan mereka dan kerajaan. Kes saman terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan berkaitan royalti minyak, kes saman malu terhadap Utusan Melayu dan sebagainya membuktikan bahawa mereka masih yakin dengan proses mahkamah dalam negara.
Dan kerap kali pihak pembangkang banyak menang dalam kes-kes saman malu mereka terhadap kerajaan. Kes terbaru melibatkan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar lawan Utusan. Dalam konteks ini pihak pembangkang tidak boleh selektif dalam menilai sesuatu kes.
Adalah tidak adil sekiranya sesuatu kes itu tidak berpihak pada mereka, maka akan timbul berbagai tuduhan bahawa mahkamah tidak adil dan bebas.
Justeru keputusan mahkamah majistret melibatkan Trio Datuk T dan kesahihan video seks tersebut perlu diterima dengan baik oleh semua pihak. Tidak perlulah timbul lagi berbagai tohmahan tentang keputusan tersebut.
Malah diharap proses mahkamah seterusnya akan berjalan lancar dalam mendakwa pelaku dalam video tersebut serta laporan palsu yang dibuat oleh pelaku tersebut yang mendakwa beliau difitnah.
Tidak kira apa pendapat umum tentang kes ini, tetapi kebenaran akan muncul juga lama kelamaan. Kebenaran tidak boleh disembunyikan sepanjang masa, ia akan terdedah akhirnya.
Siapa sebenarnya pembohong ? Inilah satu persoalan yang cukup menarik perhatian ramai. Tetapi bagi salah seorang dari Trio Datuk T itu pelaku dalam video seks tersebut bukan lagi "mirip" seorang tokoh, bahkan ia adalah sah sebagaimana dituduh.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan