Jumaat, 10 Julai 2026

Debat Umno - Pas Tahun 80an

 Pada tahun 1982 hingga 1983 semasa Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Tun Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri berlaku permusuhan politik yang tajam antara parti Umno dan Pas.

Permusuhan politik ini lebih terarah pada isu kafir mengkafir antara dua pihak. Pas menuduh Umno kafir kerana bekerjasama dengan parti Cina MCA.

Ketika itu Presiden Pas adalah Fadzil Noor. Timbalannya, Hadi Awang. 

Isu tersebut menjadi panas sehingga tahap cabar mencabar bagi mempertahankan pendirian masing-masing. Sehingga pada suatu ketika timbul cadangan agar diadakan debat secara terbuka dalam tv antara wakil Umno dan Pas. 

Akhirnya cadangan debat itu menjadi kenyataan. Tajuk perdebatan itu lebih kurang berkaitan soal kafir mengkafir. 

Format debat tersebut adalah Umno menamakan tiga orang pemimpin tertinggi parti sebagai pendebat. Begitu juga Pas - tiga orang.

Wakil Umno tersebut adalah Menteri Besar Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad yang juga merangkap Naib Presiden parti, Ketua Pemuda Umno, Anwar Ibrahim dan Ustaz Ibrahim Azmi, seorang pemimpin Umno Terengganu.

Manakala pendebat Pas tiga orang adalah Timbalan Presiden parti, Hadi Awang, Naib Presiden, Nakhaei Ahmad dan Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Harun Taib.

Mengikut rancangan dan perkiraannya debat tersebut hampir seratus peratus menjadi kenyataan. Kerana pihak Umno dan Pas memang cukup bersedia dan menantikan hari yang telah ditetapkan. 

Seluruh negara memberi tumpuan serius pada program debat tersebut kerana isu kafir mengkafir telah menjadi isu besar dan serius yang telah mengheret rakyat dan negara ke satu tahap yang merbahaya.

Namun apakah yang berlaku seterusnya selepas segala persiapan program itu dimuktamadkan??

Dua hari sebelum tarikh debat tersebut diadakan - YDP Agong telah mengeluarkan titah agar debat tersebut dibatalkan.

Antara titah dan hujah Agong adalah debat tersebut akan memecahkan lagi perpaduan orang-orang melayu. Dan ia tidak memberi apa apa manfaat pada rakyat dan negara. 

Saya tidak pasti apakah Umno dan Pas terutamanya para pendebat seramai enam orang itu berasa bersyukur kerana dibatalkan atau sebaliknya.

Antara enam pendebat tersebut, tiga masih hidup lagi. Tiga lagi sudah pun almarhum. 

Selasa, 7 Julai 2026

Antara Zahid Hamidi dan Onn Hafiz

 Semasa dalam kempen PRN Johor dalam satu majlis warga Felda, PMX Anwar Ibrahim berada di pentas bersama dengan TPM Zahid Hamidi. Mereka berdiri bahu membahu, tersenyum dan tersengeh antara satu sama lain. Orang tengok pun jadi pening.

Macam mana tidak pening dibawah akar umbi para penyokong Umno dan PH saling balun membalun, sindir menyindir kerana hendak mempengaruhi para pengundi. 

MB Onn Hafiz mengecam DAP dan Pakatan Harapan. Anwar juga turut memperleceh Onn Hafiz sebagai MB Johor yang tidak matang dan sebagainya. 

Tetapi disisi lain pula Anwar dan Zahid kelihatan seperti berada dalam satu parti. Manakala Onn Hafiz adalah musuh yang mesti dijatuhkan. Jadi apa sebenarnya kedudukan antara Zahid Hamidi dan Onn Hafiz?

Apakah Zahid Hamidi ini bukan Ketua parti yang diwakili MB Johor itu? 

Nampaknya orang dibawah bergaduh dan berhentam sedangkan ketua di atas boleh duduk sebaris, tersenyum dan tersengeh antara satu sama lain. 

Inikah yang dikatakan Anwar garu belakang Zahid. Zahid garu belakang Anwar? 

Pelik sungguh drama Anwar dan Zahid sebagai PM dan TPM. 

Onn Hafiz sebagai MB Johor tidak terkilan kah dengan cara politik Presiden partinya itu??

Sebab itu saya sejak dari dulu lagi menyarankan agar Zahid disingkirkan dari jawatan Presiden Umno baru selesai masalah. 

Kalau tidak beginilah jadinya. Antara Presiden parti dan para pemimpin dibawahnya mempunyai pendirian dan prinsip yang bertentangan dan tidak sehaluan. 

Belum ada dalam sejarah parti Umno, seorang Presiden parti bercakap dan bertindak kontradik dengan para ahli akar umbi.

Apakah Zahid Hamidi sudah tidak mampu mengawal haluan dan perjalanan parti?? 

Kalau tidak kenapa tindakan dan gerak gerinya bercanggah dengan Onn Hafiz sebagai pemimpin Umno Johor? 

Isnin, 6 Julai 2026

Jangan Cakap Sombong - Anwar Ibrahim

 PMX Anwar Ibrahim telah membidas MB Johor, Onn Hafiz agar jangan cakap sombong setelah MB Johor itu berjanji tidak akan bekerjasama dengan DAP mentadbir negeri Johor.

Sebelum itu Anwar membuat kenyataan bahawa apa pun keputusan PRN Johor, dia tetap menjadi Perdana Menteri.

Nadanya pun dua kali lima sombong. Bak kata pepatah, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Anwar Ibrahim perlu ingat dia jadi Perdana Menteri bukan hasil dari mandat rakyat dalam pilihan raya umum yang lalu. 

Rakyat yang mengundi pada PRU 15 yang lalu tidak memberi mandat padanya. 

Dia dilantik sebagai PM setelah parlimen tergantung kerana tiada parti yang menang majoriti yang mudah. 

Partinya Pakatan Harapan hanya menang 82 kerusi. 

YDP Agong telah menggunakan kuasanya melantik dia sebagai PM ke 10 setelah mendapat sokongan dari lain lain parti bagi mencukupkan jumlah majoriti. 

Anwar bukan pilihan rakyat yang mengundi. Ertinya rakyat tidak memberi mandat kepadanya. Yang memilihnya adalah YDP Agong mengikut perlembagaan negara.

Jadi jangan cakap sombong. 

Tunggu PRU ke 16, apakah Anwar Ibrahim akan diberi mandat oleh rakyat secara majoriti mudah bukannya melalui parlimen tergantung kerana tiada parti yang menang secara majoriti. 

Ahad, 5 Julai 2026

PRN - Johor Kubu Kuat Umno

 Rakyat Johor akan turun mengundi pada 11 Julai ini dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Yang menariknya parti BN dan Pakatan Harapan yang merupakan gabungan kerajaan persekutuan menentang antara satu sama lain dalam PRN ini.

Ertinya di peringkat pusat mereka duduk semeja, berpeluk dan tidur sebantal namun di Johor ini mereka bersepak terajang dan bertikam sama sendiri. 

Belum pernah berlaku dalam sejarah negara sejak merdeka parti - parti yang mentadbir negara tetapi diperingkat negeri mereka saling menjatuhkan antara satu sama lain. Kebodohan apakah ini?? Barangkali inilah yang dikatakan kerajaan songsang atau kerajaan luar tabie.

Apa pun negeri Johor adalah kubu kuat Umno dan BN. Kemungkinan besar BN akan menang dan menubuhkan kerajaan negeri.

Manakala parti DAP mampu menang tidak lebih dari 10 atau 11 kerusi. Ertinya DAP tidak mampu tubuhkan kerajaan melainkan ada gabungan parti lain. 

Parti PKR pula saya ramalkan tidak akan menang banyak kerusi. Paling banyak PKR boleh menang hanya satu atau dua kerusi sahaja. Ini berdasarkan prestasi mereka di PRN Sabah dahulu hanya menang satu kerusi.

Prestasi parti PKR dalam PRN terdahulu adalah buruk dan tidak mengambarkan ia adalah parti Perdana Menteri yang menguasai Putrajaya. 

Sekiranya takdir parti PKR menang besar atau sekurang kurangnya boleh menang lebih 10 kerusi, saya rasa dunia sudah hampir hendak kiamat.!! 

Isnin, 29 Jun 2026

Debat Onn Hafiz dan Maszlee Malik

 Menteri Besar Johor, Onn Hafiz menolak cabaran berdebat dengan Maszlee Malik, calon PKR dalam Pilihan Raya Negeri Johor.

Onn Hafiz ada alasannya sendiri bagi menolak perdebatannya dengan Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan.

Saya bukanlah terpesona dan tertarik sangat dengan gaya politik dan pimpinan Onn Hafiz. Tetapi saya lebih rasa geli geleman melihat reaksi para penyokong PKR yang membidas Onn dengan label penakut, lemah dan sebagainya.

Amboi, seronok mereka menghantam Menteri Besar Johor itu sampai lupa melihat cermin muka sendiri. 

Apapun Onn mempunyai hak menolak perdebatan tersebut kerana dia tahu tidak ada apa yang akan dicapai hasil perdebatan tersebut. 

 

Pada para pentaksub PKR apakah mereka lupa semasa pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR antara Rafizi dan Nurul Izzah - Rafizi telah mencabar Nurul berdebat.

Apa reaksi Nurul Izzah dan para penyokongnya? Yilek...!!

Mereka memberi berbagai alasan menolak cabaran Rafizi itu. Malah Nurul seperti ibarat bersembunyi dalam gua tidak berani menjawab apalagi bersemuka dengan Rafizi. 

Kalau ditakdirkan debat tersebut menjadi kenyataan barangkali Nurul Izzah lunyai dikerjakan Rafizi. 

Tidak mengapalah perkara itu sudah lepas. Namun saya ingin memberi cadangan pada seluruh ahli PKR pada waktu ini kenapa tidak cadangkan sahaja debat antara Rafizi Ramli dengan Presiden PKR merangkap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim?

Apa macam boleh tak? Can or cannot?

Saya percaya dan cukup yakin Anwar Ibrahim pun akan ikut jejak macam Onn Hafiz menolak cadangan berdebat dengan Rafizi.

So, apa bising sangat menghentam Onn sampai begitu sekali... Tengok cermin brader...

Sekarang pun sejak Rafizi talak tiga dengan PKR, dia telah bersikap offensif dan menyerang Anwar dan PKR. Anwar pula bukan sahaja bersikap defensif malah bisu bungkam tidak menjawab segala persoalan yang ditimbulkan Rafizi. 

Boleh dikatakan 90 persen isu isu yang dibangkitkan Rafizi tidak dijawab oleh Anwar. So how?? 

Sebab itu bila saya baca reaksi para ahli PKR tentang debat Onn - Maszlee ini saya senyum kambing sahaja. Mengarut semua...!!