Tidak ada dalam sejarah negara sejak merdeka 1957, seorang Perdana Menteri telah memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) sebanyak lima kali secara berturut-turut dengan majoriti dua pertiga di Parlimen melainkan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sejarah ini tercatat bermula dari tahun 1981 bila beliau menjadi Perdana Menteri ke 4 sehinggalah beliau meletakkan jawatan pada 2003. Dr Mahathir sebagai Presiden Umno merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) berjaya mengepalai parti mencapai satu rekod yang cemerlang.
Walaupun tempoh 22 tahun itu beliau menghadapi berbagai cabaran dan rintangan seperti perpecahan dalam parti Umno pada tahun 1980an sehingga tertubuhnya parti Semangat 46 yang di pimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Dan kemudian isu pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno dalam tahun 1998.
Kedua cabaran tersebut berjaya dihadapi dan ditangani dengan sempurna sehingga parti Umno dan BN sebagai tulang belakang kerajaan terus mencapai kemenangan dalam setiap kali PRU diadakan - di dalam keadaan perpecahan terutama di kalangan orang-orang melayu begitu serius.
Manakala kaum Cina, India dan lain-lain kaum terus memberi sokongan dan dukungan sehingga kemenangan majoriti dua pertiga itu dicapai setiap kali PRU diadakan.
Selepas Dr Mahathir letak jawatan sebagai PM pada 2003, BN hanya mencapai kemenangan majoriti dua pertiga hanya satu kali sahaja di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004. Kemudian pencapaian BN seterusnya dalam setiap kali PRU jatuh merosot sehingga hilang beberapa buah negeri pada parti pembangkang.
Kemerosotan dan kegagalan BN terus berlaku zaman Datuk Seri Najib Razak sehingga jatuhnya kerajaan BN pada 2018 setelah lebih 60 tahun berkuasa. Abdullah Badawi dan Najib Razak gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Parlimen yang dikecapi BN selama ini. Najib pula bukan sahaja gagal mempertahankan majoriti dua pertiga, malah menjadi faktor tumbangnya kerajaan BN sejak 1957.
![]() |
| Tun Dr Mahathir Mohamad |
Ironinya, Dr Mahathir menjadi pemimpin yang mengetuai barisan pembangkang menumbangkan kerajaan BN dan Najib Razak dengan majoriti yang selesa. Dengan itu membolehkannya menjadi PM kali kedua selama 22 bulan.
Setelah Dr Mahathir berundur sekali lagi sebagai PM, beliau diganti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seterusnya Datuk Ismail Sabri. Muhyiddin dan Ismail memegang jawatan PM dalam masa yang singkat antara 17 bulan dan 14 bulan. Mereka berdua tidak memenangi dan tidak mendapat mandat rakyat melalui PRU.
Selepas Muhyiddin dan Ismail Sabri, giliran Anwar Ibrahim sebagai PM ke 10. Anwar Ibrahim juga tidak mendapat mandat rakyat dalam PRU 15. Parti Pakatan Harapan pimpinan Anwar hanya menang 82 kerusi dari 222 kerusi parlimen.
Anwar dipilih sebagai PM ke 10 oleh Seri Paduka Yang di Pertuan Agong setelah tiada parti yang memenangi secara majoriti. Parlimen tergantung. Anwar dipilih setelah Tan Sri Muhyiddin menolak cadangan di tubuhkan kerajaan perpaduan.
![]() |
| Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Ertinya selepas 2003, Dr Mahathir letak jawatan hanya Abdullah Badawi mencapai kejayaan dua pertiga di parlimen. Itu pun pada tahun 2004. Selepas itu tiada lagi kejayaan seumpamanya.
Bermula dari Najib, Muhyiddin, Ismail dan terakhir Anwar Ibrahim, tiada pemimpin yang mampu memperolehi kemenangan majoriti dua pertiga di parlimen.
Dan PRU 16 sudah semakin hampir lebih kurang setahun sahaja lagi. Lihat pada perkembangan politik semasa kedudukan Anwar Ibrahim dan partinya PKR semakin tenat selepas para pengundi menolak mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan, PKR hanya menang satu dan dua kerusi sahaja. Manakala di Melaka, PKR bertanding 10 kerusi namun kalah semuanya. PKR dapat 0 kerusi.
Masalah Anwar dan PKR ini bukan lagi soal untuk mendapatkan majoriti dua pertiga, tetapi apakah PKR mampu menang 10 atau 15 kerusi parlimen pada PRU 16 ?
Apa yang pasti rekod kejayaan yang dicapai Dr Mahathir dari 1981 hingga 2003 itu tidak akan dapat di atasi malah tidak mungkin dapat menyamai apa yang telah dicapai oleh negarawan tersebut.

.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan