Khamis, 29 Oktober 2026

Menulis Tanpa By Line

 Di sini saya lampirkan dua tulisan dari beberapa tulisan yang diterbitkan di dalam akhbar mingguan Watan pada tahun 1983. Watan ketika itu adalah surat khabar politik. Ia sebuah akhbar yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana parti politik. Semua parti politik mendapat liputan dan berita secara adil.

Pengasas Watan ialah Tan Sri Khir Johari, bekas menteri kabinet Tunku Abdul Rahman. Beliau juga bekas Setiausaha Agung Umno.

Subky Latif adalah Pengarangnya yang pertama dan kemudiannya meletakkan jawatan kerana masuk bertanding menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil di Pelabuhan Kelang, Selangor pada tahun 1979. 

Dalam beberapa rencana saya yang disiarkan dalam Watan, ada dua rencana yang berupa ulasan politik diterbitkan tanpa mempunyai nama penulisnya. Ertinya, tulisan tersiar tetapi tidak disertakan nama penulis. Dalam istilah suratkhabar ia disebut 'By Line'.

Ini adalah hak dan kuasa pengarang setiap akhbar menentukan rupa dan bentuk bahan yang akan diterbitkan. Apa alasannya - hanya Pengarang sahaja yang mengetahuinya.

Di bawah ini adalah dua rencana tanpa by line yang disebutkan itu.







Kedua rencana tersebut di atas disiarkan secara sekaligus pada 4 Januari, 1983.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan