MAJLIS Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) telah mengeluarkan borang untuk permohonan lot bazaar ramadan di sekitar kawasan Petaling Jaya beberapa hari yang lalu. Lebih kurang 1,559 borang permohonan telah habis dijual dalam masa tiga jam. Setiap borang dijual dengan harga RM5..
Kebanyakan orang ramai telah menunggu sejak dari awal tiga pagi lagi untuk mendapatkan borang tersebut. Ia dijual di dua lokasi iaitu di stadium PJ dan Kompleks Sukan Kelana Jaya bagi mengelakkan kesesakkan dan insiden tolak menolak seperti mana berlaku pada tahun lepas.
Menurut pegawai MBPJ, borang ini mesti dikembalikan selewatnya akhir bulan ini. Dan para pemohon mesti membayar antara RM145 dan RM365 bergantung pada jenis perniagaan yang akan dijalankan. Semua borang mempunyai cop mohor dan siri nombor untuk mengelak dari penipuan.
Namun banyak juga yang kecewa kerana gagal mendapatkan borang tersebut. Ruang lot bazaar agak terhad sedangkan orang yang memohonnya lebih tiga atau empat kali ganda. Sudah tentu banyak yang tidak berjaya memenuhi hajat untuk berniaga menambah pendapatan di bulan puasa nanti.
Kita berharap tidak akan berlaku kejadian seperti tahun lepas di mana banyak mereka yang berjaya mendapatkan lot bazaar itu menjual atau menyewakan pada pihak ketiga bagi mendapatkan keuntungan segera dan mudah. Ada yang menyewakan atau menjual lot tersebut hingga mencecah RM10,000.
Apa yang peliknya, ada yang sanggup membayar dengan harga yang mahal sedangkan perniagaan yang akan dijalankan hanyalah sebulan. Barangkali, sesetengah peniaga itu ingin mempromosi atau memperkenalkan terutamanya resipi atau produk makanan yang baru dihasilkan. Tempat seperti ini memang sesuai kerana ia menjadi tumpuan orang ramai.
Tetapi pihak berkuasa tidak boleh terlepas pandang dan bertindak pada mereka yang menyalahkgunakan lot-lot bazaar tersebut. Ia mestilah diberikan kepada mereka yang "geniune" untuk berniaga. Adalah tidak adil sekiranya perkara ini berlaku kerana banyak lagi di luar sana yang mampu tetapi tidak berjaya mendapatkan lot-lot tersebut.
Inilah beberapa sifat dan sikap sebahagian kecil para peniaga melayu yang mahu mengaut keuntungan secara mudah dan cepat. Pihak berwajib haruslah memastikan perkara ini tidak berlaku lagi.
.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan