![]() |
| Keratan akhbar harian Waspada, 17 Jun 1981. Foto Datuk Harun |
Datuk Harun Idris ialah seorang tokoh dan pemimpin Umno yang penting dan terkemuka pada era 70an dan 80an. Beliau adalah bekas Menteri Besar Selangor (1964-1976) dan Ketua Pemuda Umno (1971-1976) yang kontroversial semasa Tun Razak dan Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri.
Datuk Harun adalah orang yang memainkan peranan penting membawa pertandingan tinju heavyweight dunia di Kuala Lumpur pada 1975 antara Muhammad Ali dan Joe Bugner.
Selepas Tun Hussein Onn menggantikan Tun Razak sebagai Perdana Menteri, isu pertuduhan rasuah terhadap Datuk Harun menjadi satu cabaran dan dugaan besar terhadap ahli-ahli Umno. Kerana Datuk Harun dikira sebagai antara pemimpin Umno yang penting dan mempunyai ciri-ciri calon Perdana Menteri.
Pertuduhan rasuah terhadap Datuk Harun ada kaitan dengan peranannya membawa pertandingan tinju dunia itu pada 1975. Datuk Harun disabit bersalah pada tahun 1977 dan dihukum penjara enam tahun.
Tetapi bila Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri pada 1981, beliau mengusahakan proses pengampunan untuk Datuk Harun daripada Yang di Pertuan Agong. Datuk Harun mendapat pengampunan dan dibebaskan pada 1981.
Ramai pemerhati politik melihat usaha Dr Mahathir itu sebagai mengenang jasa Datuk Harun sebagai salah seorang pemimpin yang mempengaruhi Tun Razak membawanya kembali ke dalam Umno setelah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman pada 1969.
Selepas dibebaskan Datuk Harun kembali aktif dalam politik dan memenangi salah satu jawatan dari tiga jawatan Naib Presiden Umno.
Keratan akhbar di atas adalah rencana saya yang tersiar dalam Harian Waspada, Medan, Sumatera Utara pada 17 Jun 1981. Dalam rencana itu saya mengulas dan memberi sedikit gambaran tentang latarbelakang dan masa depan politik Datuk Harun.
![]() |
| Dari Kiri Joe Bugner, Tun Razak, Datuk Harun dan Muhammad Ali |
.jpeg)

.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan