Selasa, 10 November 2026

Muzakarah Isu Anjing Di Istana Kelantan Tahun 1937

 




Pada tahun 1937 Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Ibnu Sultan Muhammad  IV serta Tengku Ibrahim berminat untuk memelihara anjing.

Baginda meminta pandangan ulama mengenai status hukum memelihara anjing serta hukum jilatan dan najisnya dalam Islam.

Ada pertembungan dua aliran ulama ketika itu.

Pertama: Golongan Tradisionalis (Kaum Tua). Mereka terdiri daripada Mufti Kelantan Haji Ibrahim Yusoff, Ketua Kadi Haji Ahmad Ismail dan Haji Abdullah Tahir. Mereka berpegang teguh kepada pendirian rasmi Mazhab Syafi'i yang menganggap anjing sebagai najis berat dan mewajibkan samak bagi jilatannya.

Kedua: Golongan Reformis atau Kaum Muda yang diwakili oleh tokoh seperti Haji Wan Musa (Bekas Mufti Kelantan), anaknya Haji Nik Abdullah, Haji Abbas Taha ( Kadi Singapura ) dan Dr Burhanuddin Al Helmy. Mereka mengemukakan pendekatan "Talfik" ( mengabungkan pandangan ) dengan merujuk kepada Mazhab Maliki, yang berpandangan bahawa anjing secara fizikalnya tidak dianggap najis berat (mughallazah) secara mutlak dalam keadaan tertentu.

Kedua golongan ini melakukan debat dan muzakarah di Istana Kelantan.

Peristiwa ini dilaporkan secara meluas dalam sejarah intelektual Islam Tanah Melayu sebagai simbol kebebasan  berhujah dan perbezaan mazhab dalam kalangan ulama.

Kesimpulan dari muzakarah dan debat tersebut merumuskan bahawa umat Islam diberi keleluasaan untuk mengikut pandangan sama ada Mazhab Syafi'i atau Mazhab Maliki berdasarkan keperluan dan keadaan tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan