Sabtu, 12 September 2026

Parti Anak Beranak...

 Tidak ada dalam seantero dunia tiga beranak - suami, bini dan anak bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi ahli parlimen kecuali di sebuah negara Darul Ketimbang. Tetapi anak tersangkut. Kalau tidak tercatat hari ini dalam sejarah tiga beranak berada dalam satu parlimen.

Dalam PRU 16 nanti entah tiga beranak ini akan terus bertanding kerusi parlimen? Lihat pada suasana semasa mereka bertiga terpaksa bertanding bagi mencukupkan "jumloh" kerana parti mereka berada dalam keadaan tenat selepas di tolak para pengundi dalam pilihan raya di tiga buah negeri.

Bukan hanya tiga beranak ini ada lagi bapa dan anak. Si bapa menjawat sebagai Speaker Parlimen dan merupakan penjilat tegar Perdana Menteri. Si anak pula dilantik menjadi menteri. 

Hmm... Nak buat reformasi lah konon...!!

Jangan lupa dalam PRU 16 nanti sepak mereka keluar dari parlimen.

Just kick them out !!! 

Ahad, 6 September 2026

PRU 16 Anwar Ibrahim Bertanding Di Mana?

 Pada PRU 16 ke mana PM Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi parlimen?

Selepas dia keluar penjara pada 2018 dia bertanding di Port Dickson, Negri Sembilan. Kemudian pada PRU 15 dia pindah bertanding di Tambun, Perak.

Selepas ini dia hendak pindah dan lari ke mana lagi? Apa yang jelas Anwar tidak akan berani mempertahankan kerusi Tambun pada PRU 16. Sekiranya dia cuba mempertahankan kedudukannya di Tambun, dia bakal bungkus!

So, mana dia hendak lari? Dia hendak ke Permatang Pauh? Tidak mungkin!

Permatang Pauh adalah rumahnya dan kubu kuat sejak 1982 bila dia menyertai Umno.

Namun sekarang tidak lagi. Para pengundi Permatang Pauh menolaknya pada PRU 15 lalu dengan tumbangnya Nurul Izzah Anwar di tangan calon Pas.

Anwar tidak akan berani kembali ke Permatang Pauh. Sekiranya dia beranikan diri bertanding di situ bermakna dia telah melakukan "kamikaze".

Jadi hendak ke mana dia?

Mungkin dia ambil alih kerusi isterinya Dr Wan Azizah di Bandar Tun Razak. Nampak dia ada harapan selamat di situ. Namun berdasarkan suasana politik semasa peluang dia untuk menang belum tentu. 

Kerana rakyat sedang memerhati tindak tanduknya sebagai Perdana Menteri. Rakyat tidak bodoh. Dan ini telah dibuktikan semasa PRN di Sabah, Johor dan Negri Sembilan. Para pengundi hanya bagi sebiji dan dua biji kerusi sahaja pada PKR. Ia adalah satu tamparan pada Anwar.

Anwar cuba beri gambaran pada rakyat bahawa dia melawan rasuah habis-habisan. Slogannya, sakau sana, sakau sini memang hebat.

Tetapi realitinya, semua kroni dan sekutu politiknya tidak boleh disentuh. Kalau ada tindakan pun ia seperti kura-kura berjalan. Lambat dan bertangguh-tangguh. 

Tetapi kalau bukan kroni dan sekutunya tindakan begitu pantas dan cekap sekali. 

Isu Farhash Salvador, isu korporat Mafia, isu saham Azam Baki masih tergantung-gantung di awan biru. 

Anwar Ibrahim sendiri mempunyai kes peribadi dengan Yusof Rawther. Kes ini sudah masuk tahun kelima. Tidak ada kemajuan. Statik. Beku. 

Anwar sendiri bertukar peguambela sebanyak empat kali. Kes sering tertangguh. Meleret-leret pada isu-isu yang tidak relevan. 

Sekiranya tuduhan tidak berasas, mahkamah boleh menentukan secepat kilat tanpa membuang masa dan membazir wang pembayar cukai. Namun ini tidak berlaku. 

Saya kira kes ini tidak akan ke mana sehinggalah parlimen dibubarkan. 

Apapun yang berlaku rakyat sedang memerhati. Rakyat bukan bodoh dan lembab. 

Dont play play with the silent majority. 

Dont say that i didnt warn you! 


Biarkan Si Luncai Terjun Dengan Labu Labu nya

 Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ada masa setahun berada di Putrajaya. Lepas itu Parlimen mesti dibubarkan dengan memberi laluan PRU 16 diadakan.

Tempoh setahun tidak panjang untuk Anwar Ibrahim yang ibarat seperti nyawa-nyawa ikan setelah keputusan Pilihan Raya Negeri di Sabah, Johor dan Negri Sembilan, di mana rakyat menolak parti PKR secara jelas dan terang.

Di Sabah PKR menang satu kerusi. Johor juga satu kerusi dan Negri Sembilan hanya dua kerusi. 

Keputusan tersebut memberi petanda jelas para pengundi menolak pimpinan Anwar Ibrahim. 

Masalah Anwar bertambah kusut lagi dengan isu hubungan PH dan Umno ( BN) yang kini semakin mesra dengan Pas. 

Dengan ertikata lain kedudukan Anwar semakin lemah bagi menghadapi PRU 16. Perlu diingat Anwar menjadi PM ke 10 selepas PRU 15 bukanlah hasil dari kemenangan dan pilihan para pengundi. Tetapi dia dipilih menjadi PM ekoran tiada parti yang menang secara simple majoriti. Parlimen jadi tergantung kerana tiada parti yang menang mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi bagi menubuhkan kerajaan. 

PKR menang 31 kerusi. Itu dulu pada PRU 15. Namun kini jumlah tersebut semakin berkurangan dengan beberapa wakil rakyat PKR keluar parti seperti Rafizi, Nik Nazmi, Wong Chen dan beberapa orang lagi yang hanya menunggu masa mengumumkan keluar dari parti. 

Justeru itu kekuatan PKR bukan lagi seperti empat atau lima tahun dahulu. Ia semakin lemah dan berpecah. 

Lebih tidak masuk akal Timbalan Presiden parti yang baru menang bertanding telah meletakkan jawatan dan pergi sambung belajar. Satu tindakan yang menghina dan memperbodohkan para ahli parti yang memilihnya. Juga satu tindakan seolah olah main-main dan tidak serius serta bertanggungjawab pada para ahli parti. 

Namun semuanya boleh dan halal kerana takdirnya dia anak papa. Dan anak papa semasa memberi ucapan terakhir sebagai Timbalan Presiden parti dengan berangan-angan Mat Jenin bahawa Anwar Ibrahim akan terus menjadi PM buat penggal kedua. 

Nampaknya ia hanyalah satu harapan dan angan-angan yang tidak berpijak di bumi dan berdasarkan realiti dan kenyataan. 

Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan...