Wow. What a slap in his face.
Shame on you, Pete.
Wow. What a slap in his face.
Shame on you, Pete.
Kini sudah memasuki bulan yang kesembilan sejak Amerika melancarkan serangan terhadap Iran. Setelah diserang, Iran telah menutup laluan Selat Hormuz. Sebelum Amerika menyerang Iran, Selat Hormuz adalah laluan antarabangsa yang bebas bagi seluruh kapal-kapal dagang di dunia.
Hingga sekarang Selat Hormuz dikuasai sepenuhnya oleh Iran. Mana-mana kapal yang ingin melalui selat tersebut mestilah meminta izin dari pihak berkuasa Iran terlebih dahulu.
Tindakan Iran ini adalah sebagai satu tindakan balas dan hukuman terhadap Amerika di bawah arahan Presiden Donald Trump menceroboh kedaulatan Iran pada 28 Februari 2026.
Banyak yang menjadi korban dari serangan Amerika itu yang dibantu rejim Israel. Kemuncaknya ialah terkorbannya pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khameini bersama ahli keluarganya. Dan bukan sedikit sejumlah para pemimpin tertinggi tentera Iran turut terkorban.
Yang paling menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa adalah tindakan tentera Amerika menyerang dan membunuh lebih 160 kanak-kanak sekolah di Minab. Kes ini telah dibawa ke International Criminal Court (ICC) sebagai kes penjenayah perang
Presiden Trump, Setiausaha Negara, Marco Rubio dan Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth sentiasa memberikan naratif pada pihak media dan dunia bahawa Iran telah berjaya dilemahkan dan sebahagian besar kekuatan militer Iran telah dihancurkan. Ertinya, Iran sudah tidak ada kemampuan dan hanya menunggu masa rejim Ayatollah dijatuhkan.
Namun hakikat dan kenyataan sebenar adalah sebaliknya. Iran terus berdiri teguh dengan kekal penguasaannya terhadap Selat Hormuz. Setiap kali serangan Amerika dibalas dengan serangan balas menghancurkan seluruh pangkalan tentera Amerika di Timur Tengah, termasuk Qatar, Kuwait, Bahrain, Jordan dan Arab Saudi.
Para penganalisis militer mentaksir kini seluruh pangkalan tentera Amerika di Timur Tengah telah lumpuh. Bagi menyelamatkan saki baki aset militer dari serangan Iran, Amerika kini sedang memindahkan semua aset dan logistik itu ke wilayah Israel.
Tetapi Presiden Trump sering berkata Amerika telah memenangi perang dengan Iran. Kenyataan Trump itu sering diketawakan oleh masyarakat antarabangsa, malah dipersenda oleh rakyat Amerika sendiri. Mereka bertanya, kalau Amerika telah menang kenapa Iran masih menguasai Selat Hormuz ?
Lebih memalukan adalah permintaan Trump pada negara-negara pakatan NATO bagi membantu memerangi Iran ditolak mentah-mentah. Mereka enggan campurtangan atas alasan perang itu bukan perang pilihan mereka. Dan Trump tidak pernah berbincang sebelum perang dilancarkan terhadap Iran.
Justeru itu perang dengan Iran ini Trump kelihatan terasing dan hanya bersama Benyamin Netanyahu. Para pemerhati antarabangsa berpendapat Presiden Trump tidak mempunyai jalan keluar atau 'exit plan' dalam kancah perang dengan Iran yang beliau sendiri mulakan.
Trump cuba melakukan rundingan dengan Iran melalui orang tengah namun setakat ini tidak berhasil. Kerana Iran bersikap tegas dan tidak kompromi sedikit pun dalam mempertahankan hak kedaulatannya. Bagi Iran, Amerika adalah pihak penceroboh dan pihak yang memulakan perang.
Trump dalam keadaan serba salah kerana pihak Amerika gagal dalam beberapa rundingan sebelum ini bagi mencapai persetujuan kedua pihak. Trump juga mempunyai pilihan terbatas melalui operasi ketenteraan kerana para penasihatnya di Pentagon berpendapat risiko besar jika Iran diserang sekali lagi. Kekuatan militer Iran tidak boleh diduga lebih-lebih lagi apa yang telah ditunjukkan Iran dalam menghancurkan seluruh pangkalan tentera Amerika di Bahrain, Kuwait dan Jordan.
Berita terkini Naib Presiden JD Vance sedang berusaha gigih melalui proses diplomasi bagi mencapai persetujuan dengan Iran untuk menamatkan perang sia-sia ini.
Bagaimanapun, Iran seperti biasa tetap tidak berganjak dan meminta Amerika memenuhi tujuh syarat dan permintaan Iran sebelum sebarang rundingan dimulakan. Tanpa memenuhi syarat-syarat ini tiada perundingan akan dijalankan dengan pihak Amerika.
Berikut adalah tujuh tuntutan dan syarat Iran yang perlu dilaksanakan pihak Amerika terlebih dahulu;
1- Menarik balik sekatan ekonomi terhadap Iran.
2- Amerika mesti mengundurkan sejumlah tenteranya di Timur Tengah.
3- Mengaktifkan kembali pengecualian impot minyak Iran yang diberikan pada Jun lalu.
4- Membebaskan dana dan aset Iran yang dibekukan di luar negeri, termasuk dana yang disimpan di Qatar.
5- Menerima secara rasmi laluan baru Selat Hormuz yang ditetapkan oleh Iran dan Oman serta menutup laluan pelayaran lainnya.
6- Menamatkan dan menghentikan seluruh operasi ketenteraan, terutama menghentikan serangan Israel terhadap Lebanon.
dan 7- Menghentikan blokade tentera laut dan maritim Amerika terhadap pelabuhan di Iran.
Wanted by Interpol since 2016...
Jho Low is a Malaysian businessman and fugitive who has been wanted by Interpol since 2016 for his role in the 1MDB scandal. Low is alleged to have stolen over U$4.5 billion from the state owned company 1MDB.
Disappeared - 24 December, 2019, Shanghai Disneyland, China.
Rencana di atas diterbitkan dalam Berita Harian, halaman Sastera dan Budaya pada 1985. Saya mengulas satu ucapan Pak Sako kepada para peserta kursus penulisan anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang. Ucapan Pak Sako itu dilaporkan dalam Berita Harian , di bawah tajuk " Sifat penulis yang mudah angkuh perlu dikikis ".
Pak Sako atau Dr Ishak Haji Muhammad (1909 - 1991) ialah seorang sasterawan, wartawan, nasionalis dan pejuang kemerdekaan yang terkemuka.
Saya ulas ucapan Pak Sako itu panjang lebar dengan menokok tambah dari sudut pandangan saya dari inti ucapannya itu.
Antaranya saya membuat beberapa perbandingan sikap para penulis yang sudah terkenal dengan sikap para penulis muda pada waktu itu. Saya mengaitkan nama Kassim Ahmad bagi menghuraikan sudut pandangan saya dalam rencana tersebut.
Kassim Ahmad (1930 - 2017) ialah seorang penulis, pengarang yang terkenal. Beliau juga seorang ahli falsafah, pemikir intelektual, ahli politik dan penyair. Bukunya yang tersohor, " Hadis Satu Penilaian Semula " telah diharamkan oleh kerajaan.
Selepas rencana tersebut disiarkan saya terkejut dan tidak menyangka bila membaca reaksi Kassim Ahmad dalam Berita Harian, halaman Surat Pembaca. Dalam surat itu beliau meminta saya memberi bukti bilakah dia memandang rendah terhadap para penulis muda.
Di bawah ini adalah keratan Surat Pembaca yang ditulis oleh Kassim Ahmad itu.
![]() |
| Allahyarham Kassim Ahmad |
Pada tahun 1937 Sultan Kelantan ketika itu, Sultan Ismail Ibnu Sultan Muhammad IV serta Tengku Ibrahim berminat untuk memelihara anjing.
Baginda meminta pandangan ulama mengenai status hukum memelihara anjing serta hukum jilatan dan najisnya dalam Islam.
Ada pertembungan dua aliran ulama ketika itu.
Pertama: Golongan Tradisionalis (Kaum Tua). Mereka terdiri daripada Mufti Kelantan Haji Ibrahim Yusoff, Ketua Kadi Haji Ahmad Ismail dan Haji Abdullah Tahir. Mereka berpegang teguh kepada pendirian rasmi Mazhab Syafi'i yang menganggap anjing sebagai najis berat dan mewajibkan samak bagi jilatannya.
Kedua: Golongan Reformis atau Kaum Muda yang diwakili oleh tokoh seperti Haji Wan Musa (Bekas Mufti Kelantan), anaknya Haji Nik Abdullah, Haji Abbas Taha ( Kadi Singapura ) dan Dr Burhanuddin Al Helmy. Mereka mengemukakan pendekatan "Talfik" ( mengabungkan pandangan ) dengan merujuk kepada Mazhab Maliki, yang berpandangan bahawa anjing secara fizikalnya tidak dianggap najis berat (mughallazah) secara mutlak dalam keadaan tertentu.
Kedua golongan ini melakukan debat dan muzakarah di Istana Kelantan.
Peristiwa ini dilaporkan secara meluas dalam sejarah intelektual Islam Tanah Melayu sebagai simbol kebebasan berhujah dan perbezaan mazhab dalam kalangan ulama.
Kesimpulan dari muzakarah dan debat tersebut merumuskan bahawa umat Islam diberi keleluasaan untuk mengikut pandangan sama ada Mazhab Syafi'i atau Mazhab Maliki berdasarkan keperluan dan keadaan tertentu.
![]() |
| Keratan akhbar Harian Waspada, 7 Mei 1981 |
Ketika rencana itu ditulis Perdana Menteri, Hussein Onn berada dalam keadaan uzur. Khabar angin bertiup kencang bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Dr Mahathir Mohamad pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Siapa pengganti Hussein Onn tidak menjadi persoalan kerana jelas Dr Mahathir akan mengambil alih jawatan PM seterusnya.
Yang menjadi tumpuan ramai adalah siapa yang akan mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri ?
Saya fokus rencana itu pada tiga calon yang bakal mengisi jawatan tersebut.
Mereka ialah tiga Naib Presiden Umno iaitu Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba dan Musa Hitam.
Dari ketiga Naib Presiden Umno itu Tengku Razaleigh adalah Naib Presiden paling kanan, diikuti Ghafar Baba dan Musa Hitam, Naib Presiden ketiga.
Bila Hussein Onn mengundur diri, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri merangkap Presiden Umno. Dr Mahathir memecah tradisi parti dengan tidak memilih calon Timbalan Perdana Menteri.
Sebaliknya Dr Mahathir menyerahkan pada para perwakilan Umno menentukan siapa calon Timbalan Perdana Menteri melalui pertandingan jawatan Timbalan Presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno.
Akhirnya berlaku pertandingan satu lawan satu antara Tengku Razaleigh dan Musa Hitam. Musa Hitam menang dalam perebutan jawatan itu dengan kelebihan 200 undi dari sejumlah 1,500 para perwakilan Umno seluruh negara.
Tajuk rencana tersebut menggunakan perkataan ' Deputi' menggantikan perkataan Timbalan yang saya gunakan. Bahasa Indonesia gunakan istilah tersebut bagi maksud Timbalan.
Setelah rencana itu tersiar, saya mendapat berbagai respon daripada para pelajar Malaysia di sana yang rata-ratanya lebih senior daripada saya. Ada seorang pegawai di Konsulat Malaysia, di Medan turut memberi reaksi.
Perkataan Bahasa Inggeris " Incompetence" bermaksud ketidakcekapan , kurang kebolehan, kemahiran atau tidak kompeten dalam Bahasa Melayu.
Makna terperinci mengikut konteks :
- Ketidakcekapan : Kekurangan kebolehan, kepakaran atau kemahiran untuk melakukan sesuatu tugas dengan baik.
- Tidak kompeten ( dalam undang-undang/rasmi ) : Tidak mempunyai kelayakan, kuasa atau keupayaan yang sah dari segi undang-undang untuk bertindak. (Petikan dari Geogle).
Majoriti rakyat Amerika dan para penganalisis politik sependapat bahawa Presiden Donald Trump ialah seorang Presiden yang tidak kompeten. Segala perkembangan terkini membuktikan kenyataan tersebut.
Kempennya MAGA (Make America Great Again) telah bertukar menjadi Make America Alone. Amerika telah tersisih dalam dunia diplomasi antarabangsa. Peranan Amerika kini di ambil alih China dan Russia. China dan Russia pula menjadi sekutu rapat dalam percaturan politik dunia.
Segala-galanya berpunca dari tindakan Trump yang menjadikan Amerika berada dalam kedudukan yang lemah lebih-lebih lagi perang yang dilancarnya terhadap Iran. Semua negara NATO seperti Britain, Jerman, Perancis, Sepanyol dan Itali tidak mahu membantunya memerangi Iran. Ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Amerika dan pakatan NATO.
Trump bukan sahaja berkonfrontasi dengan NATO, malah dia bertegang dengan negara Kesatuan Eropah atau EU dalam isu ekonomi. Bukan itu sahaja, dia bertegang dengan siapa sahaja bila tidak sehaluan dengannya.
Banyak tindakan Trump telah melemahkan kedudukan Amerika sebagai kuasa besar dunia dan akhirnya yang paling terkesan ialah nasib rakyat Amerika sendiri. Mereka sudah tidak mampu lagi berhadapan dengan kos kehidupan yang melambung tinggi ekoran terkesan perang dengan Iran.
Rakyat Amerika menganggap perang dengan Iran adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak perlu. Mereka sudah pun menghukum Trump melalui pilihanraya separuh penggal dengan memberi kemenangan pada calon-calon parti Demokrat. Kini parti Demokrat menguasai dewan senate dan dewan perwakilan. Kemenangan parti Demokrat ke atas parti Republikan adalah kemenangan majoriti terbesar sejak skandal Watergate.
Langkah parti Demokrat seterusnya adalah mengerakkan proses 'impeachment' iaitu mengemukakan tuduhan atau dakwaan salah laku serius terhadap Presiden Donald Trump.
Impeachment pada asasnya ialah tindakan atau tuduhan rasmi tidak semestinya keputusan automatik untuk memecat seseorang dari jawatannya. Bagaimanapun, jika didapati bersalah dalam perbicaraan selepas itu, pegawai tersebut boleh dilucutkan daripada jawatannya.
Selain daripada Presiden Trump, Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth juga akan menjadi sasaran 'impeach' oleh parti Demokrat.
Sejak Presiden Donald Trump berjaya menjadi Presiden Amerika buat kali kedua pada Januari 2025, beliau bertekad mengembalikan zaman kegemilangan Amerika sebagai kuasa besar di dunia. Moto kempennya ialah MAGA (Make America Great Again).
Majoriti rakyat Amerika memilihnya dan menaruh harapan tinggi terhadap segala janjinya dalam kempen pemilihan Presiden yang lalu.
Namun selepas setahun dia berkuasa segala-galanya berubah dan diluar jangkaan majoriti rakyat Amerika.
Dasar tarif dan cukai yang dikenakan Trump terhadap negara-negara yang berdagang dengan Amerika telah memberi kesan amat besar pada struktur ekonomi dunia. Dunia terkejut dengan langkah Trump yang dianggap sebagai diluar sistem konvensional.
Negara-negara seperti China dan Kanada telah bertindak balas dengan mengenakan tarif yang sama terhadap Amerika. Ini memberi kesan terhadap kenaikan harga barang-barang keperluan di negara berkenaan. Suasana ekonomi dunia kelihatan kucar kacir dan tidak teratur kesan dari dasar dan polisi Trump yang lebih utamakan MAGA.
Kesan perang ekonomi ini turut dilanda majoriti rakyat Amerika bila jiran terdekat Kanada mengambil tindakan balas dan tidak berdiam diri dengan langkah Trump. Apalagi Trump dengan angkuhnya mengistiharkan Kanada adalah wilayah Amerika ke 51.
Sebelum itu Trump telah menyatakan hasratnya mengambil alih Greenland dari Denmark. Justeru itu kerajaan Denmark telah mempersiapkan militernya dari serangan tentera Amerika. Perdana Menteri Denmark tidak rela nasib Greenland berlaku seperti di Venezuela.
Dibawah arahan Trump, tentera Amerika menawan Venezuela dalam masa 24 jam dengan menjatuhkan dan menangkap Nicolas Maduro.
Yang paling tidak masuk akal ialah sikap dan dasar Trump memusuhi negara-negara sekutu NATO seperti Britain, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Itali. Trump mengancam bahawa Amerika akan menarik diri dari pakatan NATO. Trump tidak pernah bersetuju dengan anggota NATO lain dalam isu mempertahankan Ukraine dari pencerobohan tentera Russia.
Ditambah pula dengan keputusan Trump berpakat dengan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari 2026. Sehingga kini sudah lebih sembilan bulan perang antara Amerika dan Iran belum berakhir.
Ironinya, kini selepas Iran diserang Amerika - Selat Hormuz masih di kuasai Iran. Sedangkan sebelum perang Selat Hormuz adalah laluan bebas pada kapal-kapal dagang seluruh dunia. Seluruh dunia mengetahui secara umumnya Amerika gagal mengalahkan Iran di medan perang. Amerika bukan sahaja gagal di medan perang malah Amerika gagal di meja rundingan.
Kini Iran memberi amaran pada Trump bahawa Selat Hormuz tidak akan dibuka kembali kecuali Amerika memenuhi beberapa tuntutan Iran yang telah dipersetujui dalam perundingan sebelum ini.
Kesan dari perang dengan Iran harga minyak naik melambung terutama diesel. Rakyat Amerika sendiri sudah tidak mampu menghadapi kos sara hidup yang membebankan. Segala janji Trump pada rakyat Amerika untuk menurunkan kos sara hidup dan mengembalikan maruah Amerika melalui MAGA telah bertukar menjadi malapetaka.
Rakyat Amerika sudah hilang sabar dengan dasar dan polisi Trump yang telah menyusahkan kehidupan mereka. Dan dalam pilihanraya separuh penggal yang baru selesai rakyat Amerika telah mengundi calon-calon parti Demokrat menewaskan calon-calon parti Republikan bagi menguasai dewan senate dan dewan perwakilan. Dengan itu kuasa Trump sebagai Presiden Amerika semakin terbatas.
Melihat pada langkah dan tindakan Trump dalam isu-isu dalam negeri dan hubungan antarabangsa selepas sahaja dia menjadi Presiden Amerika ke 47, seolah-olah dia sedang menggali kuburnya sendiri. Banyak keputusannya telah menjejaskan imej Amerika dan melemahkan statusnya sebagai kuasa besar. Para penganalisis berpendapat Trump adalah satu-satunya Presiden Amerika yang terburuk dalam sejarah di White House.
Seorang pesara pegawai tentera darat India yang terkenal, Major Jeneral Gagan Deep Bakshi, yang juga seorang penganalisis pertahanan dan pakar keselamatan negara berkata dasar-dasar atau polisi Donald Trump dalam dan luar negeri telah memberi imej buruk dan melemahkan Amerika sebagai satu kuasa besar dunia.
Major Jeneral GD Bakshi berkata, Donald Trump is The Genius Stupidity !!
Keratan akhbar di atas adalah salah satu dari empat tulisan saya yang diterbitan oleh akhbar harian WASPADA di Medan, Sumatera Utara pada tahun 1981. Akhbar WASPADA adalah satu-satunya akhbar pertama yang menyiarkan tulisan saya dan bukannya akhbar di tanahair. Dan tahun 1981 adalah tahun pertama saya berjaya menembusi atau " breakthrough" dalam bidang penulisan dan kewartawanan. Sebelum itu semua hasil tulisan ditolak dan dibakul sampahkan oleh pengarang.
Dalam tulisan di atas saya mengulas mengenai pertandingan jawatan Timbalan Presiden Umno antara Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Saya mengambil kesempatan mengisi ruangan akhbar tersebut yang sentiasa mengalu-alukan liputan dan ulasan perkembangan di tanahair, lebih-lebih lagi pemenang dalam perebutan jawatan tersebut akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Pada tahun 1981 ketika itu usia saya genap 19 tahun.