Memaparkan catatan dengan label K.Rajagopal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label K.Rajagopal. Papar semua catatan

Khamis, 15 Mac 2012



K.Rajagopal kena tegur

TIMBALAN Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa telah menegur prestasi pasukan kebangsaan
dibawah kendalian jurulatih K.Rajagopal yang tidak begitu memberansangkan akhir-akhir ini.

Ini termasuklah dua perlawanan persahabatan baru-baru ini menentang Sabah dan pasukan kebangsaan Filipina. Dengan Sabah pasukan negara menang 1-0 dan Filipina seri 1-1.

Menurut Annuar, K.Rajagopal perlu menghasilkan keputusan yang menasabah dan tidak memberi berbagai alasan dengan hasil perlawanan persahabatan itu. Sebagai juara Piala Suzuki AFF dan pingat Emas Sukan SEA, pasukan negara harus mula tunjukkan prestasi sebenar sebagai persediaan mempertahankan Piala AFF November ini.

K.Rajagopal ada memberi alasan beliau sedang mencuba beberapa pemain baru. Tetapi beliau tidak boleh terlalu banyak bereksperimen dengan skuad yang sedia ada. Apa yang perlu dilakukan ialah memperbaiki beberapa kelemahan yang sering menghantui pasukan kebangsaan seperti hilang fokus di barisan pertahanan, hantaran bola yang sia-sia dan sebagainya.

Selain dari mengekalkan para pemain yang menjulang Piala AFF, Rajagopal perlu mengambil beberapa pemain senior atau kuda tua sebagai pelengkap pasukan. Pemain-pemain itu seperti Hairuddin Omar, Shukur Adan atau seumpamanya yang mampu memperkuatkan lagi pasukan kebangsaan.

Seperti kata Tan Sri Annuar, Harimau Malaya mulai dari sekarang perlu menunjukkan taringnya dengan menghasilkan keputusan yang menyakinkan dari perlawanan-perlawanan persahabatan. Dan kemampuan K.Rajagopal sebagai jurulatih memang tidak diragui dengan rekod kejayaan yang telah beliau capai.

Dengan barisan pemain yang ada Harimau Malaya mampu mempertahankan kejuaraan AFF dan membuktikan ia sebagai sebuah pasukan terkuat di Asia Tenggara.









Ahad, 4 Disember 2011

Cabaran menanti K. Rajagopal

SETELAH berjaya membawa Harimau Malaya
menjadi juara di Sukan SEA 2009 dan Piala AFF
Suzuki pada 2010 kini K.Rajagopal memikul tugas
menghadapi Piala Asia dan mempertahankan kejuaraan Piala AFF tahun depan.

Rekod Rajagopal sedikit tercalar bila pasukan negara tersingkir di Kelayakan Piala Dunia setelah
tewas ditangan Singapura.

Dalam beberapa perlawanan persahabatan selepas
itu pun tidak menunjukkan sebarang peningkatan.
Harimau tewas dengan pasukan Australia 0-5 dan seri 1-1 dan tewas 2-3 pada pasukan India.

Rajagopal perlu membuat persiapan rapi  dari sekarang bagi menghadapi dua kejohanan  penting tahun depan. Beliau tidak boleh terlalu banyak bereksperimen dengan mencuba pemain-pemain baru. Malah beliau  harus memperkemaskan skuad yang ada.

Prestasi  Rajagopal dalam mempertahankan kejuaraan Piala AFF dan Piala  Asia adalah penting kerana ia akan menentukan nasib masa depannya sebagai  jurulatih negara.

Sekiranya beliau gagal membawa pasukan Harimau mencapai kejayaan sudah tentu kontraknya dengan FAM tidak akan disambung. Misinya tahun depan bakal menentukan nasibnya sebagai jurulatih negara.