Memaparkan catatan dengan label Haron Din. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haron Din. Papar semua catatan

Isnin, 29 April 2013

Antara Anwar dan Haron Din

LANGKAH Anwar Ibrahim memperalatkan nama ulama besar, Dr. Yusuf al Qaradawi, kononnya ulama itu menyokong beliau sebagai orang yang layak memimpin negara ini membuktikan dia sebenarnya sudah kehilangan sokongan orang-orang melayu dan Islam sebelum hari mengundi 5 Mei ini.

Anwar tahu kebanyakan orang melayu, terutama ahli PAS adalah terdiri dari mereka yang berfikiran lembab.  Mereka mudah sahaja menerima apa sahaja yang disogokkan pemimpin Pakatan Rakyat kerana ianya semua benar.
Dr.Haron dan Anwar

Dengan hanya sekeping surat kononnya dari ulama itu, Anwar mengira ia boleh membersihkan imejnya yang tidak bersih itu. Namun segala bukti dan pendedahan melalui video dan sebagainya yang melibatkan dirinya sebelum ini telah dinafikan mentah-mentah dan dianggap sebagai fitnah.

Anwar sehingga kini enggan bersumpah laknat di masjid bahawa beliau tidak bersalah. Apakah susah sangat untuk bersumpah sekiranya ia tidak benar bagaikan yang dituduh ? Apa kelebihan sepucuk surat dengan klip video bergambar yang telah disahkan oleh pakar sebagai tulen ?

Tak apalah. Semua bukti dari sebelah sini semuanya tertolak dan tidak boleh dipakai kerana ia besi. Ini termasuklah dalam kes Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang sampai hari ini tidak mahu komen serta tidak berani repot pada polis.

Inilah dua kes yang serupa tetapi jelas dan mudah. Tidak ada apa yang kabur dan tidak jelas. Hanya sindrom penafian dari para pentaksub dan bukan dari tertuduh secara menyakinkan.

Anwar boleh berbohong pada Nik Aziz. Anwar juga boleh memperalatkan Yusuf Qaradawi. Tetapi Anwar jangan lupa para pimpinan ulama Syura PAS yang diketuai Datuk Dr. Haron Din tidak boleh menerimanya sebagai calon Perdana Menteri.

Kes Anwar dan Dr. Haron Din bukan lagi satu rahsia. Dalam satu pertemuan antara keduanya, Dr. Haron telah menyampaikan pendiriannya dan Syura PAS yang tidak bersetuju dengan sikap Anwar dalam isu kalimah Allah. Ia juga melibatkan isu-isu lain termasuk isu peribadi Anwar.

Yang mengejutkan dalam kes ini para pendokong PAS lebih rela menyebelahi Anwar dan menganggap Haron Din sebagai penghalang impian Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Dengan itu selepas PRU 13 nanti banyak lagi yang akan berlaku dan terbongkar antara dua tokoh ini; Anwar Ibrahim dan Haron Din.

Selasa, 23 April 2013

Dr. Haron Din : Pertandingan kali ketiga

TIMBALAN Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din akan bertanding di kawasan Parlimen Arau, Perlis dalam PRU 13. Beliau akan ditentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Shahidan Kassim.

Inilah pertandingan kali ketiga buat Dr. Haron Din dalam pilihan raya. Dalam dua PRU terdahulu beliau kalah keduanya. Pertamanya pada PRU 11, 2004 beliau tewas pada calon BN, Syed Razlan Syed Putra Jamalullail (adinda Raja Perlis) dengan lebih tiga ribu undi.
Dr. Haron Din

Pada PRU 12, 2008, Dr. Haron Din dikalahkan lagi oleh calon BN, Ismail Kassim (adik Shahidan Kassim) dengan majoriti tipis 300 undi. Apakah kali ketiga ini beliau akan berjaya dan dipilih para pengundi Arau untuk ke Parlimen ?

Berdasarkan kekalahannya pada 2008 dengan hanya 300 undi kemungkinan besar kali ini beliau mempunyai harapan terpilih menjadi wakil di Parlimen dalam percubaannya kali ketiga berturut-turut.

Sebenarnya pada PRU 10 tahun 1999, Dr. Haron Din telah dicalonkan oleh parti Pas bertanding di Kubang Pasu, Kedah menentang mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia telah menjadi tumpuan besar seluruh negara kerana melibatkan dua tokoh besar yang secara kebetulan bergelar Dokter. Satu itu dokter perubatan dan satu lagi dokter bomoh air jampi.

Namun pertandingan itu tidak menjadi kenyataan. Dr. Haron telah menarik diri di saat-saat akhir disebabkan masalah teknikal. Khabarnya, beliau telah menjadi penjamin pada seseorang yang sedang menghadapi tindakan mahkamah ekoran soal pinjaman bank.

Justeru itu Pas telah menggantikannya dengan mencalonkan bekas wartawan veteran Subky Latif bagi menentang Dr. Mahathir di Kubang Pasu. Ketika itu Subky adalah anggota AJK Pas Pusat merangkap Ketua Penerangan.
Subky Latif

Bagi Dr. Mahathir dan BN khususnya amat kecewa penarikan diri Dr Haron itu. Pada BN calon pengganti, Subky Latif bukanlah lawan yang seimbang. Dan Subky pula boleh dianggap sebagai calon bidan terjun Pas. Kesediaan Subky bertanding juga lebih ke arah mencari publisiti peribadi bagi menghadapi seorang tokoh besar dan negarawan.

Akhirnya Dr. Mahathir menang mudah dengan kelebihan majoriti yang besar. Penyertaan Subky hanya sebagai pelengkap syarat pertandingan.

Subky Latif juga mencatat sejarah sebagai bekas wartawan yang kalah dalam semua pertandingan yang disertainya. Bermula sejak 1982 beliau mewakili Pas di Parlimen Kemaman, Parit Buntar dan Gunung Semanggol, Perak. Semuanya tewas pada calon BN. Dan juga dalam satu pilihan raya kecil di Pelabuhan Kelang, Subky dikalahkan oleh calon MIC, V. Govindaraj.

P/S : Kejayaan Dr. Haron Din ke Parlimen merunsingkan calon PM Pakatan Rakyat, 
        Datuk Seri Anwar Ibrahim -  ulasan posting akan datang.