SELESAI Muktamar PAS ke 57 lalu bermakna semua jawatan yang dilantik bagi sesi 2009-2011 terlucut dengan sendirinya. Jawatan-jawatan berkenaan ialah setiausaha agung, ketua penerangan, bendahari dan pemilihan enam anggota jawatankuasa pusat sebagai tambahan kepada 12 kerusi yang terpilih.
Jawatan yang menjadi tumpuan sekarang ialah Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan, yang merupakan jawatan kanan dan penting kepada Presiden parti dalam mengurus perjalanan parti. Kedua jawatan tersebut disandang Datuk Mustapha Ali dan Ustaz Idris Ahmad.
Kebiasaannya perlantikan dua jawatan penting ini ditentukan oleh Presiden parti. Datuk Mustapha Ali sudah diketahui merupakan tokoh paling rapat dengan Datuk Seri Abdul Hadi, tambahan pula asal dari negeri yang sama Trengganu. Manakala Ustaz Idris Ahmad adalah calon dari kem ulama yang tewas pada jawatan Naib Presiden yang lalu.
Persoalannya, adakah mereka berdua akan dikekalkan ? Jika Haji Hadi ingin mengekalkan dua tokoh tersebut, tidakkah ini akan ditentang oleh tiga Naib Presiden yang baru ?
Apa yang pasti Datuk Husam Musa tidak dapat menerima Datuk Mustapha Ali sebagai Setiausaha Agung. Bagi Sallahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar tidak dapat dipastikan dengan jelas. Namun secara andaiannya, mereka juga menolak Cikgu Pa.
Di sini kita akan melihat adakah kuasa Presiden lebih "dominan" atau dia terpaksa tunduk dengan Timbalan Presiden yang baru bersama dengan tiga Naib Presiden yang datang dari kem profesional.
Sekiranya Datuk Mustapha Ali dikekalkan ia menunjukkan "kuku" Haji Hadi Awang masih tajam. Tetapi ini rasanya hampir mustahil berlaku. Sebelum Mustapha Ali jawatan Setiausaha Agung dipegang oleh Datuk Kamaruddin Jaafar. Sepanjang Kamaruddin memegang jawatan tersebut, beliau telah menunjukkan prestasi yang baik dan tidak menimbulkan kontroversi dalam parti.
Berbeza dengan Cikgu Pa diselubungi dengan isu panas berkaitan kerajaan perpaduan dan kerjasama dengan UMNO. Dan beliau juga dikecam hebat secara terbuka oleh Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam isu berkaitan. Cikgu Pa juga diketahui tidak begitu "ngam' dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perlantikan Setiausaha Agung parti cukup penting dan memberi kesan dan pengaruh yang cukup besar pada keseluruhan organisasi parti dan halatujunya. Tidak mungkin sikap dan pendirian politiknya bertentangan dengan sebahagian besar kepimpinan tertinggi.
Kuasa melantiknya berada ditangan Presiden secara mutlak. Tetapi apakah Presiden mampu menolak pandangan Timbalan dan Naib-Naibnya yang baru terpilih secara demokrasi ?
Semua orang sedang memerhatikan. Apakah Datuk Seri Abdul Hadi benar-benar seorang Presiden yang mempunyai kuasa atau beliau sudah tidak relevan lagi dengan perkembangan dalam PAS yang menolak kepimpinan ulamak.
Bakal Setiausaha Agung yang baru ini jika dipilih dikalangan profesional, maka lengkap dan sempurnalah agenda golongan profesional untuk menguasai parti. Dan Haji Hadi bakal terpinggir keseorangan.

Dato MustaphaAli |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan