Memaparkan catatan dengan label Putrajaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Putrajaya. Papar semua catatan

Isnin, 29 April 2013

Dr. Mahathir nasihat Husam jual pisang goreng dulu

TUN Dr. Mahathir Mohamad seperti biasa bercakap secara selamba dan rileks dalam setiap ucapan dan ceramah yang disampaikannya. Dua hari lepas Tun telah menyampaikan ceramahnya di Putrajaya yang dihadiri lebih tujuh ribu orang termasuk kakitangan kerajaan serta para pengundi di situ.

Sehari sebelum itu parti Pas telah pun mengadakan himpunan yang disertai Mursyidul Pas, Nik Aziz Nik Mat dan calonnya di Putrajaya, Husam Musa yang dihadiri sejumlah besar orang dari luar Putrajaya. Kehadiran ramai orang itu bagi Pas ia telah berjaya menawan Putrajaya ! Tak apalah.
Dr.Mahathir ...malam ceramah di Putrajaya

Apa yang menarik dalam ucapan Dr. Mahathir malam itu ialah cara beliau sampaikannya dengan bahasa yang mudah, jelas dan berkesan. Inilah tabiat beliau dari dahulu lagi sehingga sekarang. Begitu juga bila beliau menulis di blog, akhbar dan mengarang buku. Penyampaiannya tidak berbunga dan begitu kompleks dalam menghuraikan sesuatu. Orang mudah faham.

Bukan seperti setengah pemimpin yang suka menggunakan bahasa bombastik dan berpusing-pusing dalam memberikan hujah. Ada juga yang bercakap sampai berpuluh minit namun isinya entah apa. Tetapi cara Dr. Mahathir lebih bersifat "direct to the point" dan bukan bersembunyi "behind the bush".

Orang yang kena sindiran tajam dari Dr. Mahathir malam itu adalah Nik Aziz dan calon Pas, Husam. Bagi negarawan itu usianya kini sudah 86 tahun, tetapi alhamdullilah, beliau masih mampu bergerak ke sana ke sini termasuk memberikan ceramah.

Bukan seperti seorang pemimpin itu yang kini berusia 82 tahun sering sakit dan jatuh, malah tidak mampu berdiri lama, namun masih bernafsu untuk bertanding dan memegang kuasa.  "Nyanyuk barangkali', sindirnya.

Kepada Husam yang diibaratkannya masih budak jika dibandingkan dengan beliau dinasihatkan agar membetulkan dahulu keadaan di Kelantan sebelum hendak menawan Putrajaya. Kerana Putrajaya telah berjaya dibina dan dibangunkan kerajaan BN dengan jayanya. Tetapi Pas datang dengan mudah dan senang untuk mengambil alih apa yang telah dilakukan BN. Yang paling anehnya, Pas pernah berhasrat untuk lelong Putrajaya ketika ia masih dalam pembinaannya.

Nasihat beliau lagi pada "budak" Husam agar belajar sedikit demi sedikit mencari ilmu dan pengalaman dahulu sebelum berhasrat mentadbir Putrajaya. Maksudnya di situ Husam masih mentah dan tidak berpengalaman.

Memang pun jika dikaji latarbelakang Husam sebelum dia dijulang begitu tinggi oleh Pas dan penyokongnya pada hari ini dia tidak mempunyai apa-apa pengalaman dan track rekod yang mengkagumkan. Dia tidak pernah bekerja atau bertugas dalam sektor kerajaan dan swasta. Tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan korporat. Tidak pernah menjadi usahawan atau pendidik dan sebagainya.

Selepas tamat belajar di Universiti Malaya, dia mengambil kursus bahasa Arab di Jordan. Selepas itu kerja pertamanya ialah menjadi wartawan cabuk akhbar Harakah. Setelah menjadi wartawan Harakah untuk seketika dengan secara kebetulan Pas mula memerintah Kelantan pada 1990, dia dilantik menjadi Setiausaha Akhbar, Nik Aziz. Kemudian dia dinaikkan pangkat dengan menjadi Setiausaha Politik, Menteri Besar.

Dan seterusnya...seterusnya dia naik dengan begitu mendadak baik dalam parti dan kerajaan negeri. Dalam parti dari Ketua Pemuda Pas Negeri sehinggalah menjadi ADUN, wakil Parlimen dan lain-lain lagi. Jawatan paling kemuncak ialah sebagai Exco merangkap Pegawai Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan.

Satu soalan "common sense" untuk difikirkan; apakah dengan latar belakang, pengalaman dan pendidikannya Husam layak memegang jawatan sebagai Pegawai Perancang Ekonomi dan Kewangan ? Apakah pengalaman dan track rekodnya ? Pernahkah dia menjadi usahawan berjaya ? Atau sekurang-kurangnya membina sekolah sendiri seperti yang berjaya dilakukan Datuk Hassan Harun, Pengarah Pilihan Raya BN Kelantan ?

Jawabannya: Husam tidak pernah buat apa-apa. Apa yang disebar luaskan sekarang semua projeknya hanya tinggal batu asas dan batu nesan. Batu asas apa pula yang hendak diletakkannya di Putrajaya ?

Justeru itulah Dr. Mahathir dalam ceramahnya dua malam lalu memberi nasihat pada Husam agar belajar berniaga dan membuka gerai jual pisang goreng dahulu sebagai mencari pengalaman sebelum berkhayal untuk menawan Putrajaya. Tajam sungguh sindiran Tun pada budak Husam itu.




Rabu, 24 April 2013

Misi pertahankan Putrajaya

UMNO dan Barisan Nasional akan mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Putrajaya
Pakatan Rakyat pula ke Putrajaya ibarat seperti misi "impossible".


Ahad, 21 April 2013

Putrajaya : Husam bawa isu remeh

CALON Pas di Putrajaya, Datuk Husam Musa belum apa-apa lagi sudah mengaku kalah bila dia membuat kenyataan pada Harakah Daily; sekiranya kalah dia akan terus membuka pusat khidmatnya selama enam bulan bagi membantu menyelesaikan masalah dan rungutan yang dihadapi penduduk Putrajaya.
Husam Musa

Husam juga berjanji akan menyelesaikan masalah tidak cukup parking dan lain-lain yang remeh temeh. Nampaknya, Husam tidak ada isu dan agenda besar yang ingin diperjuangkannya. Ini dapat difahami kerana Umno dan BN melalui wakilnya, Tengku Adnan Tengku Mansor telah melakukan yang terbaik untuk
Putrajaya.

Sekiranya ada beberapa kelemahan kecil yang disentuh Husam berkaitan dengan prasarana dan kemudahan untuk penduduk di situ tentunya ia boleh diperbaiki dan dipertingkatkan. Isu-isu remeh yang ditimbulkan Husam tidak memberi alasan kuat pada para pengundi Putrajaya untuk bertukar angin.

Ini ditambah lagi dengan rekod Husam selaku exco Kelantan yang bertanggungjawab hal ehwal Kewangan dan Ekonomi negeri tidak menunjukkan sebarang kejayaan. Banyak projek yang digembar-gemburkan hanya tinggal batu nisan dan janji kosong.

Segala projek yang dijanjikannya di negeri itu hanya tinggal tahi. Sekarang dia cuba buat tahi pula di Putrajaya. Justeru itu Husam sendiri melalui kenyataannya menyedari peluangnya untuk menewaskan Tengku Adnan adalah tipis sekali.

Langkahnya bertanding juga di kerusi DUN Salor membuktikan dia tidak begitu yakin menang di Putrajaya. Oleh itu nyawanya dalam politik masih ada kerana peluangnya di Salor lebih baik berbanding kerusi Putrajaya.

Apa yang merunsingkan Husam sekarang ialah adanya beberapa bekas rakan rapatnya termasuk blogger, Kickdefella yang pernah bersamanya dahulu akan turut berkempen di Putrajaya bagi mendedahkan kepada para pengundi siapa sebenarnya Husam.

Ini termasuklah segala urusan berkaitan projek membabitkan Husam yang menemui kegagalan. Mereka tahu banyak perkara kerana terlibat sama.

Di Kelantan, Husam boleh kelentong tok guru Nik Aziz Nik Mat yang memang tidak tahu apa-apa tentang pentadbiran dan pengurusan kewangan. Begitu juga dengan para penyokong Pas yang menyokongnya secara membuta tuli.

Di Putrajaya yang sebahagian besarnya terdiri dari kakitangan awam kerajaan, mereka lebih bijak memilih dan menilai seseorang pemimpin atau wakil rakyatnya. Mereka bukan boleh dibodoh-bodohkan dengan segala retorik dan janji yang tidak akan tertunai.

Sekiranya Husam bertanding di Putrajaya hanya sekadar mahu menyelesaikan masalah parking dan hal-hal remeh yang lain dia sepatutnya selesaikan dahulu masalah sebegitu di Kota Bharu dahulu. Sudah 22 tahun Pas memerintah Kelantan, apa ideanya bagi mengurangkan segala masalah tersebut.

Sehingga kini baik Husam mahu pun para pemimpin tertinggi Pas belum lagi mengeluarkan kenyataan secara rasmi bahawa mereka tidak akan melelong Putrajaya sekiranya ditakdir mereka berkuasa kelak seperti mana pernah dijanjikan mantan Presidennya pada 1990an.

Rabu, 10 April 2013

Morsidol yang sering senak perut

APALAH tujuan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya dalam PRU 13 ini. Putrajaya yang terdiri dari kakitangan awam kerajaan adalah kubu kuat BN melalui wakilnya Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Setiausaha Agung Umno dan BN.

Husam sendiri mengakui dia mungkin "mati" di situ. Tetapi dia ingin mencuba kerana Putrajaya adalah kota pentadbiran strategik bagi membuka laluan mentadbir kerajaan pusat. Menurut sumber lagi, Husam turut bertanding kerusi DUN Kelantan.
Nik Aziz

Ertinya, dia bertanding di Putrajaya ibarat untung sabut timbul, untung batu tenggelamlah.  Sekiranya dia kalah kerusi Parlimen Putrajaya, dia masih ada harapan jadi wakil rakyat di Kelantan. Jika Husam serius dia patut bertanding satu kerusi sahaja. Ia itu di Kelantan.

Dia tidak payah bersusah payah ke Putrajaya kerana setakat ini tidak ada kekurangan dan cacatnya kota pentadbiran yang diasaskan Tun Dr. Mahathir Mohamad itu. Segalanya berjalan licin dan berkembang pesat di bawah pentadbiran Umno dan BN.

Kenapa dia nak kacau kerja Tengku Adnan dan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak selama ini. Putrajaya kini semuanya lengkap dan moden serta gah pada pandangan dunia luar. Kalau takdir Husam jadi wakil rakyatnya nanti, dia hanya goyang kaki kerana semua kerja di situ telah dilaksanakan dengan sempurna kerajaan BN. Macam orang terima harta pesaka.

Begitu juga apa yang berlaku di Kelantan. Bangunan Kota Darul Naim yang menjadi pusat pentadbiran negeri dan pejabat Menteri Besar Kelantan selama 22 tahun itu dibina dan didirikan oleh kerajaan BN dibawah bekas MB Kelantan, Allahyarham Tan Sri Mohamad Yaacob.

Kerajaan Isle Pas di bawah Morsidol Nik Aziz Nik Mat masuk ke bangunan itu hanya dengan cek kosong diiringi laungan takbir !

Selepas itu apa yang berlaku ? Di bawah ajaran Morsidol semua adalah kafir dan murtad. Ajaran Isle yang sebenar adalah Pas Pis Pus. Segala dosa pahala manusia ditentukan oleh Morsidol. Pas adalah Isle. Isle itu Pas.Tolak Pas bererti tolak Isle. Terima Pas bererti masuk Isle seluruhnya.
Husam

Inilah ajaran Morsidol yang mendapat ijazah dari Universiti Deoband India dan Universiti Lahore, Pakistan.

Nampak sangat parti Isle Pas ini hanya mampu mengambil hasil kerja orang lain tanpa ia berusaha dan bertungkus lumus. Apa yang dikhuatiri segala susah payah kerajaan BN membangun Putrajaya akan dilelong pada pihak asing sebagaimana ikrar pimpinan Pas satu masa dahulu.

Jadi dalam PRU 13 rakyat negara ini khususnya di Putrajaya harus berwaspada dengan dakyah dan sandiwara Pas dalam meraih undi semata-mata kerana kepentingan politik.

Bukan mustahil Putrajaya akan jatuh ke tangan kuasa asing dan dilelong diiringi laungan takbir dari seluruh penyokong Pas Pis Pus. Morsidol pula terus bertekad akan bertanding dalam pilihan raya walaupun bertongkat. Dia sendiri sering uzur dan tidak sihat. Selalu kena senak perut.




Selasa, 26 Mac 2013

Putrajaya bandar strategik

HAMPIR satu dekad kota Putrajaya dibina dan didirikan menjadi sebuah bandar antara yang moden dan menarik di dunia. Putrajaya telah berjaya menjadi ibukota pentadbiran yang menjadi contoh dan ikutan negara-negara lain di dunia.

Ia adalah hasil ilham dan perancangan 100 tahun ke hadapan oleh Perdana Menteri ke 4 Tun Dr. Mahathir Mohamad. Peringkat awal pembinaannya sehingga siap telah mendapat kritkan dan cemuhan dari parti pembangkang terutama parti Islam, Pas.
Putrajaya

Antara kritikan itu ialah ianya adalah satu projek pembaziran wang rakyat dan kerajaan pimpinan Dr. Mahathir telah melakukan satu pemborosan dari segi kewangan negara. Bekas Presiden Pas, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pernah berjanji akan melelong Putrajaya sekiranya pembangkang diberi mandat oleh rakyat.

Tetapi kini setelah satu dekad dungu-dungu pemimpin Pas baru sedar dan lihat betapa Putrajaya adalah satu bandar strategik dan canggih. Maka berpakatlah para dungu ini dengan mengadakan 'road to Putrajaya'.

Makanya, pemimpin muda Pas yang separuh matang dan ambisius, Datuk Husam Musa kini sudah berangan-angan untuk bertanding di Putrajaya dalam PRU 13 ini. Kata Husam, Putrajaya adalah satu bandar strategik. Dia baru sedar hari ini. Sedangkan Dr. Mahathir telah berfikir dan merealisasikannya satu dekad yang lalu.
Dr. Mahathir



Inilah satu bukti tahap dan jurang kualiti pemikiran seorang yang tidak masak dengan orang yang matang serta genius. Pemimpin tidak boleh dinilai dari segi retorik dan bentuk rupa. Yang penting pengisian dan daya fikir jauh ke depan.

Dalam konteks ini, Dr. Mahathir telah buktikan beliau seorang bertaraf negarawan. Bukannya pemimpin yang berkhayal, nyanyuk atau tidur. Beliau tidak sempurna dan mempunyai kelemahannya. Itu biasa sebagai seorang manusia. Namun serba kelemahannya tidak dapat menimbus segala jasa dan kecemerlangannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Justeru seruan Datuk Seri Najib Razak pada seluruh ahli Umno agar mempertahankan Putrajaya dalam PRU 13 ini  dengan apa cara sekali pun hatta dengan nyawa. Putrajaya tidak boleh ditawan oleh para dungu yang belum teruji kemampuan dan kebolehan mereka.

Putrajaya perlu kekal sebagai simbol kemegahan dan kebanggaan bangsa, agama dan negara.


Jumaat, 27 Julai 2012

Jalan ke Putrajaya

INI cerita sahih dan fakta. Jauh sekali satu fitnah. Bekas Presiden Pas, Allahyarham Ustaz Fadhil Nor pernah membuat kenyataan sekiranya parti pembangkang berkuasa mereka akan melelong Putrajaya kerana dianggap sebagai satu projek membazir wang rakyat.

Lagi sahih kebenarannya ialah Putrajaya diilhamkan, diasaskan dan dibina oleh Mahafiraun, Mahazalim dan Mr. 10 persen.

Negara bernasib baik sepanjang Pas dibawah pimpinannya, Barisan Nasional terus memperolehi majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum termasuklah semasa isu 'mata lebam' Anwar Ibrahim yang menjadi fokus utama dalam kempen. Kalau tidak mungkin hari ini Putrajaya sudah pun terlelong dan menjadi aset orang asing.

Apakah itu satu amanat bekas Presiden Pas untuk ahli-ahlinya ? Namun setelah pemergiannya, amanat itu sudah tidak terpakai lagi. Kini penggantinya Datuk Seri Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mengambil langkah bertahaluf siasi dengan DAP untuk menawan Putrajaya. Satu sikap yang bertentangan dengan pendirian Allahyarham.

Pimpinan Pas mencemuh dan menghina Mahafiraun dan Mahazalim. Tetapi mereka tidak tahu malu untuk merampas dan menawan sesuatu yang dibina dan diilhamkan oleh orang yang dicemuhnya.

Hakikat sahih lagi benar, Mahafiraun dan Mahazalim yang membina bandar pintar ini hanya sempat mendiaminya dalam waktu yang singkat sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003. Lebih singkat dari tempoh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak sendiri mendiami Sri Perdana di Putrajaya.

Justeru sahih lagi benar, Putrajaya dibina bukan untuk kepentingan Mahafiraun dan Mahazalim sebagaimana tuduhan parti pembangkang, terutama Pas.

Sahibul hikayat yang sahih dan benar hanya datang dari Pas ! Lain semuanya adalah fitnah !

Sabtu, 17 Disember 2011

Putrajaya menjadi idaman

PUTRAJAYA akan menjadi idaman semua parti politik dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 yang semakin hampir.

Nama asal kawasan Putrajaya ialah Perang Besar. Orang yang mengilhamkan dan mengasaskannya ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Putrajaya adalah bandar pintar dan bersifat futuristik. Kini ia merupakan lambang kemegahan pusat pentadbiran negara yang dikagumi oleh negara-negara lain di dunia.

Semasa pembinaannya ia dikecam hebat oleh parti pembangkang sebagai satu projek pembaziran wang rakyat. Bekas Ketua Pembangkang dan Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Nor, pernah menyuarakan akan melelong Putrajaya sekiranya parti pembangkang dapat menguasai tampuk pemerintahan negara.

Tetapi kini setelah beliau kembali ke rahmatullah, para penggantinya menjadikan Putrajaya sebagai matlamat dan sasaran. Tidak ada lagi ungkapan agar Putrajaya yang dianggap satu projek membazir wang rakyat mahu dilelongkan.

Anwar Ibrahim juga tidak terkecuali kerana ia menganggap Mahathir membina Putrajaya untuk kepentingan bekas mentornya itu. Ternyata semua itu tidak benar kerana sesudah Putrajaya siap dibina
Mahathir telah mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri.

Kini Najib Razak telah berikrar akan mempertahankan Putrajaya sedaya upaya dari jatuh ke tangan pembangkang yang suatu masa mahu melelongnya !