Tidak dipengaruhi kerajaan
DATUK Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin pembangkang sentiasa meragui kebebasan mahkamah dan sistem keadilan di negara ini.
Dari dahulu hingga sekarang mereka tetap beranggapan para hakim akan menyebelahi dan mengikut telunjuk kerajaan. Ertinya, hakim, mahkamah dan sistem perundangan negara ini telah dikuasai oleh pihak eksekutif.
Dalam kes liwat 2, Datuk Seri Anwar telah melakukan beberapa permohonan agar hakim yang mengendalikan kes tersebut digugurkan dan diganti dengan hakim yang lain. Ini dibuat kerana beliau tidak yakin bahawa hakim tersebut akan bersikap adil terhadapnya.
Namun diakhir perbicaraan dalam kes liwat 2, beliau dibebaskan di atas faktor bukti tidak mencukupi. Tetapi setelah keputusan mahkamah dan beliau dibebaskan tidak ada pun sungutan dan kecaman seperti kedengaran di awalnya. Tidak ada yang buruk tentang hakim dan mahkamah setelah beliau bebas mahu pun dari pemimpin tertinggi pembangkang hingga pada para pengikutnya.
Begitu juga dalam kes liwat pertama dahulu yang melibatkan Azizan Abu Bakar. Sayugia diingatkan Datuk Seri Anwar masuk penjara Sungai Buloh selama enam tahun dahulu adalah bersabit dengan penyalahgunaan kuasa. Dalam kes liwat Azizan Abu Bakar; mahkamah rayuan telah membebaskan beliau berdasarkan sudut teknikal.
Pada hal di awal perbicaraan Anwar, isterinya serta para penyokong telah mempertikai dan meragui kebebasan mahkamah dalam mengendalikan kes tersebut.
Jelaslah segala tanggapan dan persepsi mereka terhadap sistem kehakiman negara adalah tidak benar dan meleset. Inilah trend pembangkang bila sesuatu itu berpihak pada kerajaan maka berbagai tuduhan dilemparkan. Tetapi bila ia berpihak pada pembangkang - mereka hanya mendiamkan diri.
Para pemimpin pembangkang dan pengikutnya tidak pula mengecam sistem kehakiman kononnya tidak adil bila Datuk Seri Anwar dibebaskan dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.
Dalam semua keputusan hakim dalam kes liwat; mahkamah tidak pernah menolak kejadian itu benar berlaku - namun tidak dapat mensabitkan kesalahan pada tertuduh berdasarkan ianya mengatasi keraguan yang munasabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan