Isnin, 7 Mei 2012

Teori R.A.H.M.A.N

Anwar sudah terlepas...
PADA suatu masa ahli nujum politik telah mencipta satu teori politik yang menarik perhatian ramai termasuk para pengkaji dan pemerhati bidang itu.

Teori itu disebut Teori RAHMAN; satu susunan huruf abjad yang meramalkan siapa bakal calon Perdana Menteri mengikut giliran.

Tidak pasti dengan tepat bila teori ini muncul, tetapi ia begitu popular sekitar bermulanya era Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (PM).

R.A.H.M.A.N yang memberi maksud R-Rahman (Tunku Rahman)
             A-Abdul Razak
             H-Hussein Onn
             M-Mahathir
             A-Abdullah
             N-Najib

Pada dasarnya teori itu lengkap dan menepati ramalan dan andaian pencipta teori tersebut. Semasa Dr. Mahathir menjadi PM, Timbalannya ialah Tun Musa Hitam yang namanya juga bermula huruf M. Tetapi setelah Musa letak jawatan gugur satu huruf M dan diganti dengan Abdul Ghafar Baba - huruf A. Ini bermakna Abdul Ghafar (Tun) masih dalam ramalan teori tersebut.

Namun bila Tun Ghafar berundur dan tidak mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Umno, penggantinya ialah huruf A juga iaitu Anwar Ibrahim. Dan Anwar masih menepati maksud teori itu. Bila nasib Anwar juga sama dengan Musa dan Ghafar; bukan calon pengganti PM - muncul pula Abdullah Ahmad Badawi - juga huruf A.

Nasib Tun Abdullah lebih baik dari Tun Musa, Tun Ghafar dan Anwar kerana menjadi Timbalan Perdana Menteri yang berjaya jadi PM. Seterusnya teori RAHMAN terus menepati dan betul mengikut huruf abjadnya bila Najib pula sebagai huruf N menggantikan Tun Abdullah.

Lengkap sudah teori RAHMAN yang menjadi ' pegangan ' ramai peminat dan pemerhati politik tempatan. Persoalannya; apakah N akan berhenti setakat di situ ? Atau huruf N akan kekal untuk sementara waktu selepas PRU 13 ?

Apakah barangkali huruf N masih milik Najib Razak atau Nik Aziz Nik Mat ? Tetapi yang pasti dan "confirm" ia bukan giliran huruf A - Anwar Ibrahim. Huruf A sudah terlepas...




3 ulasan:

  1. jgn percaya, boleh jatuh syirik kalo percaya....

    BalasPadam
  2. masa rasulullah dulu di gelar junjungan besar tuhan muhammad rasulullah, akhir zaman imam mahdi dari keturunan ahlul bait berdarah raja di gelar junjungan besar dymm tuhan amirul mukminiin, dia akan datang sendiri berseorangan terus mengambil alih pemerintahan Malaysia terus di sambut semua negara negara Islam yang lain dibawah panji panjinya. Bila dia tertabal secara automatik hanya Allah jua lah yang mengetahuinya.

    BalasPadam
  3. RAHMAN
    ABDUL RAZAK
    HUSSEIN
    MAHATHIR
    ABDULLAH
    NAJIB
    MUHYIDIN
    ISMAIL
    A
    H

    BalasPadam