Jumaat, 27 Februari 2015

Penyokong Anwar Ibrahim mogok lapar ?

PARA penyokong Anwar Ibrahim akan mengadakan perhimpunan haram di Kuala Lumpur esok sebagai tanda sokongan pada pemimpin itu yang kini meringkuk dalam penjara Sungai Buloh.

Polis telah memberi amaran keras pada orang awam agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram itu. Mereka yang ingkar akan diambil tindakan undang-undang.

Kenapalah para penyokong Anwar suka tunjuk keras kepala dan menyusahkan orang ramai dengan menimbulkan masalah pada mereka yang berniaga. Para pemandu teksi yang terpaksa mengalami kesesakan jalan raya dan menjejaskan pendapatan mereka dan sebagainya.

Adalah lebih baik mereka mencari kaedah lain sebagai alternatif yang tidak menyusahkan kerja dan aktiviti orang awam.

Kalau mereka sayangkan sangat dengan Anwar mengapa perlu menyusahkan orang lain ?

Salah satu cara simbolik sebagai tanda dan bukti pengorbanan dan kasih sayang pada Anwar adalah dengan mengambil tindakan mogok lapar. Ini adalah satu kaedah yang tidak terlibat dengan orang ramai dan menyusahkan banyak pihak.

Semua penyokongnya boleh mogok lapar dengan berbaring dan tidur di depan Ibu Pejabat PKR atau pun mereka berkhemah di hadapan penjara Sungai Buloh. Mereka boleh mogok lapar sampai bila-bila pun asalkan mereka masih mampu dan tetap Lawan !

Saya percaya kaedah ini tidak akan menyusahkan sesiapa hatta pihak polis. Sebab tidak ada sesiapa kena bagi mereka makan dan sebagainya. Mereka boleh mogok lapar sesuka hati mereka selama sebulan atau dua bulan atau sampai habis nyawa sekali pun. Kerana ini semua urusan mereka sendiri. Orang ramai tidak perlu campur.

Kepada para penyokong Anwar, saya sarankan kalau sayangkan sangat dengan Anwar tidak payahlah menyusahkan orang lain. Mogok lapar adalah satu tindakan simbolik tahap tinggi sebagai tanda kesetiaan dan pengorbanan.

Jadi besok tak payahlah berhimpun ya ? Berpuasa dan bermogok lapar aje lah ya ??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan