BLOGGER pro Najib dan Umno sering menunggu apa saja berita untuk di spin terhadap Dr Mahathir Mohamad.
Yang terbaru ada komen entah daripada siapa dalam FB menulis perkataan Wali sebagai gelaran pada Dr Mahathir. Tentunya pengomen itu seorang yang memuja Dr Mahathir.
Kita tidak pasti apa latarbelakang si pengomen itu dan apa taraf pendidikkannya sehingga mengangkat Dr Mahathir bertaraf wali.
Biasanya kalau komen yang bertaraf separuh matang atau kurang masak tidak perlulah dilayan. Apa lagi ditulis seorang yang kita tidak tahu level pemikirannya.
Tetapi dalam kes ini sungguh melucukan kerana ia mendapat respons dan reaksi balas daripada pegawai khas JASA(Jabatan Hal Ehwal Khas) . Dan disambut oleh para pro blogger Umno.
Kes si polan ini yang komen menggunakan perkataan wali adalah satu isu remeh temeh. Pertama, dia bukan ada jawatan apa-apa dan bukan ahli politik. Mungkin dia seorang pemuda berniaga di pasar malam atau sebagainya. Buat apa layan tulisannya itu?
Nampak sangat rendahnya standard dan level pegawai JASA dan para blogger pro Umno. Tidak ada isu lainkah yang lebih utama dan serius untuk beri pencerahan isu-isu semasa yang lebih relevan?
Kalau begini lah level para cyber trooper Najib, maka sah lah tuduhan selama ini bahawa mereka semua tidak kompeten dan hanya pemakan dedak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan