Rabu, 27 Jun 2012

Presiden PKR perlu berundur


Dr. Wan Azizah tidak berkesan
TIDAK ada dalam dunia politik seorang pemimpin atau Presiden sebuah parti politik yang pegang jawatan ibarat seperti "patung" atau boneka selain dari Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Tidak ada apa-apa peranan yang dilakukannya sebagai seorang Presiden parti melainkan banyak membisu dan berdiam diri. Tugasnya kelihatan diambilalih oleh orang lain. Tidak ada sidang akhbar yang dikendalikannya. Tidak juga mampu memberi apa-apa kenyataan.

Dr. Wan Azizah kelihatan seorang Presiden parti hanya pada nama  dan lebih bersifat seperti pak turut sahaja. Justeru kedudukannya sebagai pemimpin parti boleh dipersoalkan. Kenapakah beliau tidak melepaskan jawatannya itu dan memberi laluan pada orang lain ?

Lebih malang beliau juga tidak mempunyai sebarang kerusi di parlimen dan DUN. Kerusi asalnya di Permatang Pauh telah pun diserahkan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR. Anaknya Nurul Izzah adalah Naib Presiden parti. Dalam keadaan tertentu, Anwar dan Nurul Izzah kelihatan lebih berpengaruh dan berperanan berbanding dengan ibunya.

Dengan berbagai isu yang timbul berkaitan dengan parti dan dirinya, Dr. Wan Azizah hanya mampu membisu dan berdiam diri telah mengukuhkan lagi alasan betapa kedudukannya sebagai Presiden terus dipertikai dan dipersoalkan. Lebih lama dia kekal sebagai Presiden akan lebih bercelaru dan berserabut masalah dalam parti. Jelas dia tidak mampu dan berperanan mengendalikan struktur organisasi parti.

Dalam konteks PKR hanya Anwar Ibrahim seorang yang menguasai segalanya. Wan Azizah hanyalah sebagai "rubber stamp". Adalah sesuai sekiranya dia melepaskan sahaja jawatan Presiden dan memberi laluan pada calon lain. Kalau Anwar enggan, boleh serahkan sahaja pada Azmin Ali atau Nurul Izzah.

Sifat dan perwatakannya itu sudah tidak sesuai dengan segala perkembangan yang berlaku di dalam dan di luar parti. Beliau seharusnya lebih menumpukan perhatian pada anak-anaknya dan keluarga sesuai dengan sifatnya yang lemah dan lembut.

Namun tidak pasti apakah kedudukannya sekarang adalah di atas kemahuan dirinya atau desakan kuat dari suaminya, Anwar Ibrahim demi kepentingan politik. Hanya Anwar dan Wan Azizah sahaja yang tahu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan