Rabu, 6 Jun 2012

Politik Umno - Pas

Tiada kaitan dengan akidah
DATUK Nik Aziz Nik Mat telah membuat kenyataan bahawa Umno adalah sebuah parti yang salah akidah kerana mengambil kebangsaan ciptaan Inggeris sebagai dasar parti itu.

Oleh kerana beliau seorang ahli politik yang bergantung pada peti undi maka kenyataannya itu harus dilihat dalam konteks politik.

Memang beliau bertaraf ulama dan orang menghormati kerana ilmunya. Namun apa sahaja pandangannya bukanlah seratus peratus betul.

Hakikatnya seluruh Pondok pengajian agama di Kelantan tidak menyokong Datuk Nik Aziz. Mufti Kelantan dan sebahagian besar ulama pondok tidak sependapat dengan beliau dalam isu-isu politik Pas dan Umno. Mereka mempunyai pendirian dan pegangan mereka sendiri.

Intelektual Islam Profesor Datuk Dr. Mahmud Zuhdi pernah berkata, kenyataan atau pendapat Datuk Nik Aziz boleh mengelirukan masyarakat Islam yang tidak dapat membezakan antara fatwa politik dan fatwa agama.

Soal akidah ialah satu persoalan besar dan bukan beliau seorang yang boleh menentukannya. Hakikatnya beliau sendiri menolak mentah-mentah segala fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan jika fatwa itu tidak menguntungkan parti Pas. Dia menganggap Majlis Fatwa dan semua Mufti telah diperalatkan oleh kerajaan.

Datuk Nik Aziz menolak semua Mufti dan fatwa yang dikeluarkan disebabkan politik. Umno juga perlu menolak pandangannya mengenai parti itu kerana ia juga adalah politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan