Rabu, 13 Jun 2012

Konflik di Syria

AS - Russia saling menuduh
HAMPIR empat belas bulan krisis di Syria berlalu tanpa kelihatan ia akan pulih malah semakin teruk.

Korban nyawa orang awam semakin meningkat terutamanya kanak-kanak. Dunia mengutuk sekerasnya tindakan regim Bashar Al Assad mensasarkan tempat dan kediaman awam sebagai sasaran serangan tenteranya.

Namun pihak kerajaan menafikan mereka bertanggungjawab di atas kematian ramai kanak-kanak. Pihak regim menuduh ada anasir luar dan asing melakukan serangan yang bertujuan memburukkan imej regim itu.

Presiden Bashar mengakui negaranya tidak mempunyai masalah. Yang menimbulkan konflik dan mengeruhkan lagi keadaan kerana adanya campurtangan asing yang menyusup masuk bagi memperondakkan Syria.

Perkembangan terbaru Russia yang menjadi sekutu kuat Syria melalui Menteri Luarnya, Sergey Lavrov telah menuduh Amerika menghantar bekalan senjata kepada puak pemberontak. Lavrov mengecam tindakan Amerika itu yang baginya tidak akan membantu menyelesaikan konflik di negara itu.

Manakala Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton pula membidas sikap Russia yang terus mengirim senjata pada regim Assad. Bagi Menteri Luar Russia itu sokongan negaranya bukan untuk mempertahankan Assad, tetapi demi kepentingan Syria seluruhnya.

Dengan suasana negara itu yang semakin bergolak dan terus mengorbankan banyak nyawa orang awam, Syria kemungkinan akan terdedah pada perang saudara. Usaha damai yang diusahakan oleh Kofi Annan sebagai wakil PBB dan Liga Arab telah menemui jalan buntu.

Apakah Syria dan Bashar Al Assad akan mengalami nasib sama seperti Muammar Gaddafi di Libya ?  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan