Isnin, 4 Jun 2012

Amerika fokus rantau Asia

Tingkatkan kehadiran armadanya di rantau ini

SETIAUSAHA Pertahanan Negara Amerika Syarikat, Leon Panetta berkata dalam satu persidangan antarabangsa di Singapura bahawa AS akan meningkatkan jumlah kehadiran armadanya di rantau Asia menjelang 2020.

Ini termasuklah penempatan kapal induk, kapal perang, kapal pemusnah, kapal gempur pesisir dan kapal selam.

Menurut Panetta, AS akan meningkatkan peranan dan pengaruhnya di Asia pada masa hadapan kerana ianya penting buat kuasa besar itu. Ini ditambah lagi dengan kebimbangan AS terhadap pengaruh China yang semakin kuat berhubung tuntutan isu wilayah maritim di Laut China Selatan.

Dengan Singapura yang merupakan sekutu setia AS di rantau ini akan banyak membantu dan memudahkan kuasa besar itu melaksanakan strategi ketenteraannya. Kota Singa itu kini telah pun menjadi pangkalan yang amat strategik.

Segala perkembangan politik dan pemerintahan di negara-negara rantau ini akan terus diikuti dan diawasi sepanjang masa. AS tentunya tidak mahu melihat kedudukan pengaruhnya di rantau ini terjejas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan