Khamis, 7 Jun 2012

Lee Kuan Yew

Antara BN dan PR
SUDAH menjadi rahsia umum pengasas PAP dan mentor Singapura, Lee Kuan Yew tidak mempunyai hubungan mesra dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam memoirnya Dr. Mahathir ada menjelaskan bahawa mereka mempunyai hubungan sebagai pemimpin kedua negara, tetapi tidak secara personal dan istimewa.

Sepanjang 22 tahun Malaysia dibawah pimpinan Mahathir, Kuan Yew mengakui ia adalah satu tempoh sukar buat Singapura kerana stail pimpinan Dr. M dianggapnya sebagai "tough" dalam semua  perundingan dan pendekatannya.

Ini terbukti sejak Dr. M mengambilalih kepimpinan negara pada 1981 Malaysia terus menjadi antara pesaing terdekat Singapura dalam pelbagai bidang.

Dr. M telah berjaya meletakkan dirinya setanding dengan Lee Kuan Yew sebagai antara negarawan yang disegani di rantau ini. Kedua tokoh kini telah pun bersara dan kini hanya memainkan peranan dibelakang tabir.

Lee kini sudah tentu sedang memerhati dengan penuh minat tentang prospek Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam PRU 13 ini. Minat ini tentunya ada kaitan dengan DAP sebagai salah satu anggota PR yang asal pecahan dari PAP.

Lee telah mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tidak berapa lama dulu sebagai tinjauan dan mempereratkan hubungan. Beliau pasti menjadi orang pertama yang gembira sekiranya PR berjaya menumbangkan BN kali ini.

Yang pasti bagi beliau kerajaan PR tidaklah "tough" sebagaimana istilah yang digunakannya terhadap Dr. M dalam hubungan kedua negara.

Dr. M dan Kuan Yew adalah bertaraf negarawan dan dikenali dunia antarabangsa. Manakala Nik Aziz dan Guan Eng hanyalah politikus biasa.

Sudah tentu kerajaan yang ditadbir PR lebih mudah dan menyenangkan negara jiran yang sekangkang kera itu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan