Khamis, 21 Jun 2012

Perlawanan persahabatan

QPR pilih Kelantan
TAN SRI Tony Fernandes, pemilik kelab Queen Park Rangers (QPR) mengumumkan akan mengadakan lawatan dan perlawanan persahabatan di Malaysia tidak lama lagi.

Menurut Tony, kali ini beliau berhasrat membawa kelabnya, QPR bermain di luar Kuala Lumpur tidak seperti amalan biasa. Langkah ini sebagai memenuhi permintaan para peminat di luar KL.

Sabah bertuah kerana menjadi pilihan destinasi QPR ke negara ini. Selain pasukan Sabah, QPR akan juga mengadakan perlawanan dengan pasukan Harimau Malaya. Dalam pada itu Tony juga berhasrat mengatur perlawanan dengan pasukan Kelantan - baginya sebuah pasukan yang mempunyai para peminat dan penyokong yang mengkagumkan.

Beliau begitu teruja ingin melihat suasana kemeriahan dan kehangatan yang sering ditunjukkan para peminat The Red Warriors dalam setiap perlawanan dapat diperlihatkan dalam pertemuan dengan QPR nanti.

Kelantan dan para penyokongnya harus berasa bangga dengan pilihan dan penghormatan yang diberikan pemilik kelab QPR itu. Selain Sabah, Kelantan menjadi satu-satunya pasukan pilihan QPR dalam siri lawatannya ke negara ini.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan