Rabu, 27 Jun 2012
Presiden PKR perlu berundur
Dr. Wan Azizah tidak berkesan
TIDAK ada dalam dunia politik seorang pemimpin atau Presiden sebuah parti politik yang pegang jawatan ibarat seperti "patung" atau boneka selain dari Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Tidak ada apa-apa peranan yang dilakukannya sebagai seorang Presiden parti melainkan banyak membisu dan berdiam diri. Tugasnya kelihatan diambilalih oleh orang lain. Tidak ada sidang akhbar yang dikendalikannya. Tidak juga mampu memberi apa-apa kenyataan.
Dr. Wan Azizah kelihatan seorang Presiden parti hanya pada nama dan lebih bersifat seperti pak turut sahaja. Justeru kedudukannya sebagai pemimpin parti boleh dipersoalkan. Kenapakah beliau tidak melepaskan jawatannya itu dan memberi laluan pada orang lain ?
Lebih malang beliau juga tidak mempunyai sebarang kerusi di parlimen dan DUN. Kerusi asalnya di Permatang Pauh telah pun diserahkan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR. Anaknya Nurul Izzah adalah Naib Presiden parti. Dalam keadaan tertentu, Anwar dan Nurul Izzah kelihatan lebih berpengaruh dan berperanan berbanding dengan ibunya.
Dengan berbagai isu yang timbul berkaitan dengan parti dan dirinya, Dr. Wan Azizah hanya mampu membisu dan berdiam diri telah mengukuhkan lagi alasan betapa kedudukannya sebagai Presiden terus dipertikai dan dipersoalkan. Lebih lama dia kekal sebagai Presiden akan lebih bercelaru dan berserabut masalah dalam parti. Jelas dia tidak mampu dan berperanan mengendalikan struktur organisasi parti.
Dalam konteks PKR hanya Anwar Ibrahim seorang yang menguasai segalanya. Wan Azizah hanyalah sebagai "rubber stamp". Adalah sesuai sekiranya dia melepaskan sahaja jawatan Presiden dan memberi laluan pada calon lain. Kalau Anwar enggan, boleh serahkan sahaja pada Azmin Ali atau Nurul Izzah.
Sifat dan perwatakannya itu sudah tidak sesuai dengan segala perkembangan yang berlaku di dalam dan di luar parti. Beliau seharusnya lebih menumpukan perhatian pada anak-anaknya dan keluarga sesuai dengan sifatnya yang lemah dan lembut.
Namun tidak pasti apakah kedudukannya sekarang adalah di atas kemahuan dirinya atau desakan kuat dari suaminya, Anwar Ibrahim demi kepentingan politik. Hanya Anwar dan Wan Azizah sahaja yang tahu.
Isnin, 25 Jun 2012
Ummi Hafilda Ali
Terus menghantui Anwar
HINGGA kini Ummi Hafilda Ali terus bersikap berani dan konsisten mendedahkan segala hipokrasi Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang digambarkan sebagai alim dan warak.
Dalam setiap ceramahnya Ummi terus membongkar siapa sebenarnya Anwar. Beliau boleh dianggap sebagai orang dalaman yang banyak mengetahui hal-hal sulit yang tidak diketahui ramai.
Ummi jugalah orang yang bertanggungjawab menghantar surat kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang salah laku Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga Anwar dipecat dari parti dan kerajaan.
Dari dahulu hingga sekarang Anwar tidak pernah berani bersemuka dengan Ummi, malah tidak pun mencabar segala cabaran dan tuduhan Ummi terhadap dirinya. Siapakah diantara mereka yang berdusta ?
Semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau telah mengarahkan pihak polis mengugut Ummi supaya menarik balik segala tuduhan dan isi kandungan surat yang dihantar kepada Dr. Mahathir. Justeru tindakannya itulah beliau meringkuk di penjara Sungai Buloh selama enam tahun di atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.
Kini Ummi menyerangnya kembali di pentas-pentas ceramah mendedah dan membongkar segala rahsia untuk pengetahuan rakyat agar tidak salah pilih orang yang bakal memimpin negara ini.
Namun sekiranya ditakdirkan Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya dan Anwar Ibrahim dinobatkan sebagai Perdana Menteri, maka Ummi Hafildalah orang pertama yang akan dihantarnya ke Sungai Buloh !
Kalau semasa menjadi TPM, Anwar boleh menggunakan polis mengugut dan menahan Ummi, apatah lagi beliau telah jadi Perdana Menteri. Dia akan lakukan kerana Ummi ibarat " duri dalam daging" dalam mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Bagi diri Ummi, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, beliau bolehlah menempah segera pesawat ke luar negara !

Khamis, 21 Jun 2012
Perlawanan persahabatan
QPR pilih Kelantan
TAN SRI Tony Fernandes, pemilik kelab Queen Park Rangers (QPR) mengumumkan akan mengadakan lawatan dan perlawanan persahabatan di Malaysia tidak lama lagi.
Menurut Tony, kali ini beliau berhasrat membawa kelabnya, QPR bermain di luar Kuala Lumpur tidak seperti amalan biasa. Langkah ini sebagai memenuhi permintaan para peminat di luar KL.
Sabah bertuah kerana menjadi pilihan destinasi QPR ke negara ini. Selain pasukan Sabah, QPR akan juga mengadakan perlawanan dengan pasukan Harimau Malaya. Dalam pada itu Tony juga berhasrat mengatur perlawanan dengan pasukan Kelantan - baginya sebuah pasukan yang mempunyai para peminat dan penyokong yang mengkagumkan.
Beliau begitu teruja ingin melihat suasana kemeriahan dan kehangatan yang sering ditunjukkan para peminat The Red Warriors dalam setiap perlawanan dapat diperlihatkan dalam pertemuan dengan QPR nanti.
Kelantan dan para penyokongnya harus berasa bangga dengan pilihan dan penghormatan yang diberikan pemilik kelab QPR itu. Selain Sabah, Kelantan menjadi satu-satunya pasukan pilihan QPR dalam siri lawatannya ke negara ini.
Rabu, 20 Jun 2012
Larangan wanita menyertai musabaqah
Bukti Pas tidak pernah konsisten
PAS menarik balik larangan yang dikeluarkannya dahulu bahawa wanita tidak dibenarkan menyertai pertandingan musabaqah membaca Al Quran kerana suara wanita adalah aurat.
Tetapi setelah larangan itu berjalan begitu lama kini mereka menarik balik dan membenarkannya pula dengan berbagai alasan remeh.
Ini adalah satu contoh dari banyak sikap dan tindakan Pas sebelum ini yang tidak pernah konsisten dalam dasar dan perlaksanaan parti itu. Ia boleh mengatakan sesuatu dan kemudian mengubahnya bila-bila ia suka asalkan memberi keuntungan pada parti.
Lihat sahaja tindakan Pas satu masa dahulu yang mengeluarkan fatwa bahawa kerjasama Umno dengan parti MCA dan MIC adalah haram dan boleh jatuh kafir. Sehingga kini fatwa itu tidak pernah ditarik balik. Ertinya ia masih berkuatkuasa dan diguna pakai.
Tetapi anehnya kini Pas sendiri sanggup bersekongkol dan bersubahat dengan parti cauvinis Cina, DAP untuk menjatuhkan Umno. Ia bukan sahaja bersahabat dan bersubahat dengan DAP, malah ia sanggup diperalat dan diperkudakan oleh parti perkauman itu semata-mata ingin menawan Putrajaya.
Dari parti yang memperjuangkan negara Islam berpuluh tahun lamanya boleh bertukar dasar menjadi negara kebajikan kerana ingin menyesuaikan diri dengan rakan-rakannya PKR dan DAP. Seperti biasa bila ia melibatkan Umno berbagai fatwa dan hukum dikenakan. Namun bila terkena pada diri sendiri berbagai alasan dan hujah diberikan.
Dengan kata lain, semua tindakan Pas adalah menurut Islam dan halal. Bagi Umno pula semua tidak kena dan haram. Inilah isi dan rupa bentuk Pas yang sebenarnya. Mereka tidak pernah konsisten dan tidak mengkaji sesuatu itu dengan mendalam sebelum dilaksanakan.
Pas menuduh Umno sebagai sekular. Tetapi hakikatnya Pas lah yang mengamalkan dasar sekular iaitu dengan mengamalkan dasar yang berubah-rubah mengikut keadaan demi keuntungan politik.
Orang-orang melayu perlu sedar dan membuka mata dengan sikap dan pendirian Pas ini. Pas hanyalah sebuah parti bersifat "form" dan bukan "substance". Tidak boleh bergantung dan berharap padanya.
Sabtu, 16 Jun 2012
A.Kadir Jasin
Dari wartawan senior
DATUK A. Kadir Jasin (AKJ) dalam entri terbaru blognya menceritakan sedikit perihal bermulanya beliau sebagai seorang wartawan sejak 1969.
AKJ bukanlah orang asing dalam dunia persuratkhabaran di negara ini. Pada satu masa pernah menjadi orang kanan di akhbar Berita Harian semasa diterajui Dr. Nordin Sopiee dan Adibah Amin.
Tetapi kini walaupun sebagai pengarang paling kanan beliau hanya memangku jawatan di bahagian penerbitan majalah kumpulan NST.
Akhbar Berita Harian di mana tempat asalnya sebagai wartawan kini diterajui oleh pengarang yang lebih junior daripadanya. Sedangkan dari segi senioriti beliaulah paling layak menjadi Ketua Pengarang akhbar itu.
Sekiranya dibandingkan dengan Datuk Johan Jaafar, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan yang kini menjadi orang kuat Media Prima, AKJ ternyata mempunyai lebih pengalaman dalam bidang akhbar dan kewartawanan.
Namun hakikatnya kedudukannya sekarang hanyalah sebagai pengarang di majalah dan bukannya akhbar. Barangkali ini ada kaitan dengan sikap dan pendirian politiknya yang kadangkala kritikal terhadap pucuk pimpinan parti dan kerajaan.
AKJ tidak senasib seperti ZAM atau Johan Jaafar yang mencapai ke tahap puncak dalam kerjaya kewartawanan mereka masing-masing. Tetapi satu keistimewaan AKJ ialah beliau mampu menulis dalam dwi bahasa iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik.
Dalam konteks dunia kewartawanan AKJ tidak kurang hebat jika diukur dengan ZAM atau Johan.
Rabu, 13 Jun 2012
Konflik di Syria
AS - Russia saling menuduh
HAMPIR empat belas bulan krisis di Syria berlalu tanpa kelihatan ia akan pulih malah semakin teruk.
Korban nyawa orang awam semakin meningkat terutamanya kanak-kanak. Dunia mengutuk sekerasnya tindakan regim Bashar Al Assad mensasarkan tempat dan kediaman awam sebagai sasaran serangan tenteranya.
Namun pihak kerajaan menafikan mereka bertanggungjawab di atas kematian ramai kanak-kanak. Pihak regim menuduh ada anasir luar dan asing melakukan serangan yang bertujuan memburukkan imej regim itu.
Presiden Bashar mengakui negaranya tidak mempunyai masalah. Yang menimbulkan konflik dan mengeruhkan lagi keadaan kerana adanya campurtangan asing yang menyusup masuk bagi memperondakkan Syria.
Perkembangan terbaru Russia yang menjadi sekutu kuat Syria melalui Menteri Luarnya, Sergey Lavrov telah menuduh Amerika menghantar bekalan senjata kepada puak pemberontak. Lavrov mengecam tindakan Amerika itu yang baginya tidak akan membantu menyelesaikan konflik di negara itu.
Manakala Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton pula membidas sikap Russia yang terus mengirim senjata pada regim Assad. Bagi Menteri Luar Russia itu sokongan negaranya bukan untuk mempertahankan Assad, tetapi demi kepentingan Syria seluruhnya.
Dengan suasana negara itu yang semakin bergolak dan terus mengorbankan banyak nyawa orang awam, Syria kemungkinan akan terdedah pada perang saudara. Usaha damai yang diusahakan oleh Kofi Annan sebagai wakil PBB dan Liga Arab telah menemui jalan buntu.
Apakah Syria dan Bashar Al Assad akan mengalami nasib sama seperti Muammar Gaddafi di Libya ?

Ahad, 10 Jun 2012
Komen Awang Selamat tentang Anwar Ibrahim
Suka heret dan kait tokoh luar
AWANG SELAMAT dalam ruangannya "Bisik-Bisik", Mingguan Malaysia, 10 Jun 2012, mengulas tentang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang gemar mengaitkan dirinya dengan tokoh dan negarawan luar dalam setiap ceramahnya.
Tokoh-tokoh yang sering disebut dan dikaitkan dengan dirinya ialah seperti negarawan India, Mahatma Ghandi, pemimpin Turki, Recep Tayyep Erdogan, pemimpin Hamas, Khalid Mesyal dan tokoh Islam Dr. Yusof Qaradhawi.
Nama-nama besar ini disebut seolah mereka menyokong dan bersama dengannya dalam suasana politik di negara ini. Ianya adalah satu usaha psikologi bagi menarik minat ramai rakyat menyokong perjuangannya.
Tetapi Awang Selamat lupa bahawa Anwar juga telah berjaya mengaitkan dirinya dengan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam muslihat politiknya. Dia pernah menyatakan bahawa Nik Aziz adalah Tok Gurunya. Dalam masa yang sama Nik Aziz adalah satu-satunya tokoh ulama yang sentiasa berada dibelakang Anwar dalam menghadapi apa sahaja isu berbangkit.
Tidaklah keterlaluan jika dikatakan kedudukan Anwar kini agak selesa hasil sokongan dan dukungan Nik Aziz. Sudah pasti tanpa Nik Aziz - Anwar tidak dapat bertahan dan berada seperti hari ini. Tokoh-tokoh ulama lain seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Dr. Haron Din, Datuk Harun Taib dan lain-lain tidak segagah Nik Aziz dalam mempertahankan Anwar.
Sedangkan semasa Anwar berada dalam Umno beliau pernah menggelarkan Nik Aziz sebagai ulama terompah. Namun hari ini jelas beliau banyak bergantung pada bayangan Nik Aziz dari serangan Umno dan BN.
Sekiranya ditakdirkan Nik Aziz mengambil pendirian sederhana sebagaimana tokoh-tokoh ulama lain terhadap Anwar - sudah pasti kedudukan Anwar disudut politik akan goyah. Inilah kunci dan kelebihan Anwar. Selagi dia dapat mempengaruhi Nik Aziz, selagi itulah kedudukannya tidak akan terjejas.

Calon MB Kelantan
Datuk Seri Mustapa lebih layak
DATUK NIK Aziz Nik Mat telah menjadi Menteri Besar Kelantan sudah lebih dua dekad. Dalam usianya 80an beliau sering uzur dan kekadang sebagai orang tua dia agak emosi.
Dalam menjalankan tugasnya mentadbir beliau banyak dibantu oleh orang disekelilingnya. Beliau boleh dianggap hanya sebagai simbol dan lambang kekuatan parti di negeri itu.
Hakikatnya beliau bukanlah seorang pentadbir yang cekap dan seorang yang tahu dengan mendalam masalah kewangan dan ekonomi.
Bidang dan kepakaran beliau adalah mengajar dan menyampaikan tazkirah sesuai dengan ilmunya, tetapi bukannya mengurus atau mentadbir sebuah organisasi apatah lagi sebuah kerajaan negeri. Orang menghormati ilmu dan kewarakannya. Tetapi dalam urusan pentadbiran ia adalah lain dan berbeza sama sekali.
Tugas dan kerja Datuk Nik Aziz kini hanya layak dipegang oleh orang seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed atau Tok Pa. Rakyat Kelantan semua tahu kualiti yang ada pada Tok Pa. Dari segi kebolehan tidak siapa boleh pertikaikan kemampuannya dalam bidang pengurusan ekonomi dan pentadbiran. Memang itu bidangnya sejak menjadi ahli politik.
Dan semua tahu Tok Pa punya rekod bersih dan jauh sekali dari mempunyai apa-apa skandal. Akhlak dia pun bagus. Sudah pasti dialah orang paling layak mentadbir dan membangunkan negeri Kelantan.
Datuk Nik Aziz seharusnya menumpukan lebih pada soal kesihatannya dan sambil terus mengajar agama sebagaimana biasa dan ini tentu tidak akan dihalang oleh sesiapa. Serahlah tugas ini kepada yang lebih layak dan sesuai.
Kalau Tok Pa menjadi MB sudah tentu masalah kos lebuhraya KB-Kuala Krai yang memerlukan 1.8 billion itu dapat diselesaikan dengan mudah. Dia tahulah caranya bagaimana untuk mencari dana tersebut. Tidak perlulah sampai rakyat Kelantan kena menderma kerana hanya untuk dapat pahala bagi sebuah lebuhraya !

Sabtu, 9 Jun 2012
Khamis, 7 Jun 2012
Lee Kuan Yew
Antara BN dan PR
SUDAH menjadi rahsia umum pengasas PAP dan mentor Singapura, Lee Kuan Yew tidak mempunyai hubungan mesra dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dalam memoirnya Dr. Mahathir ada menjelaskan bahawa mereka mempunyai hubungan sebagai pemimpin kedua negara, tetapi tidak secara personal dan istimewa.
Sepanjang 22 tahun Malaysia dibawah pimpinan Mahathir, Kuan Yew mengakui ia adalah satu tempoh sukar buat Singapura kerana stail pimpinan Dr. M dianggapnya sebagai "tough" dalam semua perundingan dan pendekatannya.
Ini terbukti sejak Dr. M mengambilalih kepimpinan negara pada 1981 Malaysia terus menjadi antara pesaing terdekat Singapura dalam pelbagai bidang.
Dr. M telah berjaya meletakkan dirinya setanding dengan Lee Kuan Yew sebagai antara negarawan yang disegani di rantau ini. Kedua tokoh kini telah pun bersara dan kini hanya memainkan peranan dibelakang tabir.
Lee kini sudah tentu sedang memerhati dengan penuh minat tentang prospek Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dalam PRU 13 ini. Minat ini tentunya ada kaitan dengan DAP sebagai salah satu anggota PR yang asal pecahan dari PAP.
Lee telah mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tidak berapa lama dulu sebagai tinjauan dan mempereratkan hubungan. Beliau pasti menjadi orang pertama yang gembira sekiranya PR berjaya menumbangkan BN kali ini.
Yang pasti bagi beliau kerajaan PR tidaklah "tough" sebagaimana istilah yang digunakannya terhadap Dr. M dalam hubungan kedua negara.
Dr. M dan Kuan Yew adalah bertaraf negarawan dan dikenali dunia antarabangsa. Manakala Nik Aziz dan Guan Eng hanyalah politikus biasa.
Sudah tentu kerajaan yang ditadbir PR lebih mudah dan menyenangkan negara jiran yang sekangkang kera itu.

Rabu, 6 Jun 2012
Politik Umno - Pas
Tiada kaitan dengan akidah
DATUK Nik Aziz Nik Mat telah membuat kenyataan bahawa Umno adalah sebuah parti yang salah akidah kerana mengambil kebangsaan ciptaan Inggeris sebagai dasar parti itu.
Oleh kerana beliau seorang ahli politik yang bergantung pada peti undi maka kenyataannya itu harus dilihat dalam konteks politik.
Memang beliau bertaraf ulama dan orang menghormati kerana ilmunya. Namun apa sahaja pandangannya bukanlah seratus peratus betul.
Hakikatnya seluruh Pondok pengajian agama di Kelantan tidak menyokong Datuk Nik Aziz. Mufti Kelantan dan sebahagian besar ulama pondok tidak sependapat dengan beliau dalam isu-isu politik Pas dan Umno. Mereka mempunyai pendirian dan pegangan mereka sendiri.
Intelektual Islam Profesor Datuk Dr. Mahmud Zuhdi pernah berkata, kenyataan atau pendapat Datuk Nik Aziz boleh mengelirukan masyarakat Islam yang tidak dapat membezakan antara fatwa politik dan fatwa agama.
Soal akidah ialah satu persoalan besar dan bukan beliau seorang yang boleh menentukannya. Hakikatnya beliau sendiri menolak mentah-mentah segala fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan jika fatwa itu tidak menguntungkan parti Pas. Dia menganggap Majlis Fatwa dan semua Mufti telah diperalatkan oleh kerajaan.
Datuk Nik Aziz menolak semua Mufti dan fatwa yang dikeluarkan disebabkan politik. Umno juga perlu menolak pandangannya mengenai parti itu kerana ia juga adalah politik.

Pakatan Rakyat
Misi tawan Putrajaya
PEMIMPIN Pakatan Rakyat (PR) percaya mereka akan dapat menawan Putrajaya dalam PRU 13 ini.
Parti PAS pula sudah menyatakan yang mereka telah bersedia menggantikan UMNO sebagai parti utama orang melayu dan Islam di negara ini.
Sekiranya andaian ini menjadi kenyataan dan benar berlaku, maka akan berlaku satu perubahan besar dalam landskap politik negara.
Kalau selama ini UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional begitu berpengaruh dan berperanan besar dalam pemerintahan, tetapi kali ini siapakah akan mengambilalih peranan itu ?
PAS kata ia akan menggantikan UMNO. Namun PR telah sepakat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon Perdana Menteri jika Putrajaya dapat ditawan. Berapa jumlah kerusi yang akan diperolehi PKR, DAP dan PAS dalam PRU 13 nanti belum dapat dipastikan. Tetapi parti yang mempunyai lebih banyak kerusilah yang akan menguasai dalam PR.
Dalam konteks kerajaan PR, parti mana yang dominan tidak penting lagi. Yang pastinya susunan kabinet kerajaan akan mengalami banyak pembaharuan. Kalau sekarang UMNO menguasai di Kementerian atau portfolio penting seperti, Keselamatan Dalam Negeri, Kewangan, Pendidikan, Pertahanan dan sebagainya, namun kali ini penguasaan ini akan pecah.
PAS yang bersedia menggantikan UMNO sudah pasti akan tunduk dan bertolak ansur dengan PKR dan DAP dalam menentukan pembahagian jawatan dan kementerian. PAS tidak mungkin dapat lakukan atau mengekalkan apa yang telah dilaksanakan UMNO sepanjang 54 tahun negara mencapai kemerdekaan.
Adalah menarik perhatian; apakah PAS akan diberi peranan di kementerian yang penting dan strategik ? Selama ini pun dalam banyak isu parti itu terpaksa mengalah dan bertolak ansur dengan kerenah PKR dan DAP. Kejayaan PR menawan Putrajaya bererti dominasi UMNO sebagai parti melayu akan pecah.

Isnin, 4 Jun 2012
Amerika fokus rantau Asia
Tingkatkan kehadiran armadanya di rantau ini
SETIAUSAHA Pertahanan Negara Amerika Syarikat, Leon Panetta berkata dalam satu persidangan antarabangsa di Singapura bahawa AS akan meningkatkan jumlah kehadiran armadanya di rantau Asia menjelang 2020.
Ini termasuklah penempatan kapal induk, kapal perang, kapal pemusnah, kapal gempur pesisir dan kapal selam.
Menurut Panetta, AS akan meningkatkan peranan dan pengaruhnya di Asia pada masa hadapan kerana ianya penting buat kuasa besar itu. Ini ditambah lagi dengan kebimbangan AS terhadap pengaruh China yang semakin kuat berhubung tuntutan isu wilayah maritim di Laut China Selatan.
Dengan Singapura yang merupakan sekutu setia AS di rantau ini akan banyak membantu dan memudahkan kuasa besar itu melaksanakan strategi ketenteraannya. Kota Singa itu kini telah pun menjadi pangkalan yang amat strategik.
Segala perkembangan politik dan pemerintahan di negara-negara rantau ini akan terus diikuti dan diawasi sepanjang masa. AS tentunya tidak mahu melihat kedudukan pengaruhnya di rantau ini terjejas.

Ahad, 3 Jun 2012
Safee Sali - Norshahrul Idlan
Hilang sengat dan perlu masa
DALAM perlawanan persahabatan Malaysia dan Filipina yang berkesudahan seri tanpa jaringan mendedahkan betapa lemahnya jentera serangan pasukan negara. Banyak peluang untuk menghasilkan jaringan telah dipersiakan begitu sahaja.
Tetapi dalam bolasepak yang penting ialah kita tidak tewas. Datuk K. Rajagopal masih mempunyai tempoh enam bulan dari sekarang bagi memperbaiki segala kelemahan dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF pada November ini.
Malaysia sekali lagi akan turun ke Stadium Jalan Besar pada 8 Jun ini berdepan dengan Singapura dalam satu lagi siri perlawanan persahabatan.
Apa yang jelas bahagian serangan pasukan negara yang dibarisi Safee Sali dan Norshahrul Idlan perlu menajamkan lagi tendangan dan percubaan mereka didepan pintu gol.
Dalam perlawanan dengan Filipina jelas mereka kehilangan sengat dan bisa sebagaimana pernah mereka pamerkan semasa Piala AFF di Jakarta dulu. Persembahan hambar kedua penyerang ini mungkin disebabkan beberapa faktor. Seperti Norshahrul, ia baru sahaja pulih dari kecederaan dan berehat panjang dalam perlawanan Liga Super. Setakat ini beliau belum lagi menemui rentaknya yang sebenar. Manakala Safee Sali pula sejak beraksi di Liga Indonesia masih mencari keserasian dengan rakan-rakan lain dalam pasukan.
Pada pertemuan dengan Singapura minggu ini kedua penyerang ini perlu membuktikan sesuatu. Pertama; mereka perlu menjaringkan gol untuk pasukan negara. Dan kedua mereka mesti buktikan yang mereka masih lagi penyerang kembar yang disegani di rantau ini.

Jumaat, 1 Jun 2012
Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat ?
Tiada pihak perolehi dua pertiga
DATUK MUSTAFA ALI, Setiausaha Agung PAS telah meramalkan keputusan PRU 13 kali ini akan diperolehi secara majoriti mudah; sama ada BN atau PR. Tidak ada pihak yang akan mendapat majoriti dua pertiga.
Beliau yakin sokongan rakyat terhadap PR semakin meningkat dan tidak akan ada calon yang akan hilang deposit seperti 2008.
Pandangan Datuk Mustafa itu adalah serius dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Sekiranya senario itu benar berlaku maka negara ini akan menempoh satu era baru dalam pemerintahan sejak negara merdeka.
Jika ditakdirkan PR yang memerintah dengan kelebihan majoriti mudah atau kecil; apakah mereka yang tidak mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan pusat mampu bertahan dan mengurusnya dengan baik ?
Apa yang pasti kerajaan pusat yang memerintah dengan hanya bersandarkan kelebihan kerusi yang kecil boleh mengundang berbagai masalah dan kesulitan. Yang tentunya berlaku kemungkinan ahli-ahli yang melompat ke pihak lawan. Keadaan akan bertambah kalut dengan pendirian DAP dan PAS yang sering mempunyai pendirian berbeza dalam ideologi masing-masing seperti yang telah berlaku.
Akhirnya kita akan melihat sebuah kerajaan yang akan menghabiskan banyak masa dalam soal politik dan politiking. Dalam sebuah negara demokrasi; sebuah kerajaan yang lemah dan pembangkang yang terlalu kuat tidak akan memberi sebarang kebaikan pada rakyat.
Kerajaan yang lemah akan hanya menumpukan perhatian terhadap kritikan dan serangan dari pembangkang dan sedaya upaya cuba mempertahankan kerajaan agar tidak tumbang dan diambilalih pihak pembangkang.
Manakala jika BN berjaya kekal memerintah tetapi dengan majoriti kecil ia juga akan menimbulkan masalah yang sama. Tidak ada apa yang boleh dilakukan dengan kuasa yang terbatas dan terhad. Ini bertambah buruk sekiranya UMNO sebagai tunjang BN kehilangan banyak kerusi di parlimen.
Dengan hilang banyak kerusi - UMNO sudah pasti akan menerima berbagai tekanan dan tuntutan dari parti-parti komponen bukan melayu dalam BN. Justeru soal perkauman akan semakin menebal dan mempengaruhi suasana politik negara.
Apa sahaja keputusan PRU 13 nanti semestinya kemenangan yang besar buat BN atau PR - walaupun tidak mencapai majoriti dua pertiga - sebagai satu jaminan kerajaan yang ditubuhkan adalah kuat dan stabil bagi kesejahteraan seluruh rakyat. Yang penting ia tidak akan tumbang sekiranya ada satu atau dua ahli yang melompat parti.

Langgan:
Catatan (Atom)