Sabtu, 8 Julai 2017

Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah

PM Najib Razak melihat Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang tidak ada prinsip dan panik bila negarawan itu menyatakan sokongannya pada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri(PM).

Dikatakan  tidak ada prinsip kerana Dr Mahathir telah memecat Anwar dari jawatan TPM, kerajaan dan Umno pada 1998. Selepas itu kedua mereka menjadi seteru politik.

Najib kata Dr Mahathir kini panik kerana siasatan RCI dalam skandal Forex Bank Negara semasa dia berkuasa yang melibatkan kerugian berbillion.

Soal Dr Mahathir tiada prinsip dan panik adalah subjektif seperti yang dijawabnya mengenai pendiriannya menyokong Anwar sebagai PM.

Hujahnya adalah jelas sekiranya Anwar mendapat pengampunan Yang DiPertuan Agong maka Anwar layak menjadi PM. Dan ini jelas tiada isu disini kerana Anwar telah menjalani hukuman dan sekiranya mendapat pengampunan dia layak menjadi ahli parlimen dan bertanding.

Soal sejarah dahulu antara Mahathir -Anwar tidak perlu dibangkitkan kerana ia boleh menimbulkan masalah Pakatan Harapan menghadapi PRU14.


Fokus utama adalah menjatuhkan Najib Razak yang telah terpalit dalam skandal 1MDB yang cuba dialihkan isunya pada isu Forex Bank Negara.  Isunya sama sahaja ia berkait dengan soal penyelewengan.

Soalnya siapa sebenarnya yang panik?  Dr Mahathir sudah tidak berkuasa sekarang dan sudah hilang kukunya.  Pihak berkuasa boleh mengambil tindakan sekiranya dia bertanggungjawab kerugian Bank Negara. Tidak ada siapa boleh menghalang tindakan pihak berkuasa.

Namun bagaimana dengan isu 1MDB dimana Najib mempunyai kaitan secara langsung sebagai Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. Semua urusan syarikat itu berada dalam pengetahuan dan arahannya.

Yang sebenarnya Najib lah yang berada dalam panik dengan langkah Dr Mahathir bergabung dengan Anwar bagi mengalahkan Umno dan BN dalam PRU14 ini.

Sekiranya Najib dan Umno-BN tumbang sudah pasti skandal 1MDB akan disiasat dan dibongkar sehingga lubang cacing dan mereka yang bersalah diheret ke mahkamah.

Semua ini bakal terjadi kerana kesilapan dan kelemahan kerajaan sendiri kerana tidak mengambil sikap tegas dan telus menyiasat 1MDB. Kerana kelihatan seolah ada mereka yang terlibat mahu dilindungi.

Tempoh masa kerajaan Najib berkuasa sekarang akan tamat paling lewat Ogos 2018. Selepas itu PRU mesti diadakan.

Mulai dari sekarang tempoh itu tidak panjang dan semakin hampir.  Tidak banyak yang dapat dibetulkan oleh sesiapa pun dalam tempoh tersebut sekiranya ada pihak ingin membetulkan keadaan yang semakin berterabur dan kabur.

Seperti kata pepatah berani kerana benar.  Takut kerana bersalah. Jadi yang tidak bersalah tidak perlu lah panik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan