DALAM era "reformasi" Dr. Mahathir digelar dengan berbagai gelaran. Antaranya, MahaFiraun, MahaZalim dan sebagainya. Pelukis karikatur politik sering melukis gambarnya yang berhidung besar dan lain-lain yang berbentuk sinikal.
Semuanya itu tidak pernah mengganggu tumpuan beliau sebagai seorang pemimpin dan negarawan. Kadang-kadang beliau tersenyum dan biasa saja tentang lukisan kartun gambarnya yang berhidung besar itu.
Dr. Mahathir bukanlah seorang yang sempurna tanpa cacat celanya. Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah mengakui bahawa Dr.Mahathir adalah seorang yang bijak.
Sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun banyak jasanya dan tidak kurang mencetuskan berbagai kontroversi.
Tetapi suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa , sumbangan dan jasa beliau begitu banyak pada negara keseluruhannya.
Teknologi internet dan segala kaitan dengannya adalah hasil inisiatif beliau melalui Koridor Multi Media. Tanpanya Malaysia tidak akan maju dan ketinggalan. Putrajaya, nama asalnya Perang Besar, kini menjadi sebuah bandar pintar yang mampu menyesuaikan kedudukannya sehingga 100 tahun lagi.
Kini Thailand dan Pakistan ingin mecontohi Malaysia mendirikan bandarnya persis seperti Putrajaya. Putrajaya adalah lambang pemikiran Dr. Mahathir yang jauh ke depan. Anehnya, beberapa tahun dulu para pemimpin pembangkang telah berjanji dalam pilihanraya umum, sekiranya mereka memerintah, mereka akan "lelong" Putrajaya yang dianggap mereka sebagai membazir wang rakyat.
Ironinya , kini pakatan pembangkang sedang berusaha menuju ke Putrajaya!!
Satu tindakan dan keputusasn Dr.Mahathir yang saya tidak akan lupa ialah beliau telah menyelamatkan negara dan rakyatnya dari jatuh ke tangan IMF. IMF dalam bahasa yang mudah ialah ALONG, yang sering kita baca dalam akhbar di mana kerjanya memburu dan menyeksa mangsanya yang liat bayar hutang.
Pada 1990an Asia Tenggara telah mengalami krisis kewangan yang teruk. Nilai mata wang Asia jatuh merudum berbanding US dollar. Barang-barang keperluan harian naik dan mahal, meresahkan golongan rakyat yang berpendapatan rendah. Non Performing Loan (NPL) jatuh dari enam bulan hingga ke tiga bulan.
Semuanya tidak membantu, banyak syarikat bangkrap dan muflis, para peniaga kecil terasa perit dan terkepit. Fenomena ini berlaku juga di Indonesia, Thailand dan Korea Selatan. DAEWOO sebuah konglomerat terbesar di Korea Selatan tidak dapat "bernyawa" ekoran "bunga" pinjaman bank naik tiga kali ganda. Akhirnya, DAEWOO jatuh ke tangan pemodal barat.
Tidak cukup dengan itu, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan akhirnya melutut dan menyerahkan diri pada badan kewangan antarabangsa IMF.
Tetapi Malaysia di bawah "MahaFiraun" telah mengambil langkah yang bijaksana dengan menambat ringgit RM3.50 bersamaan dengan satu US dollar. Ia adalah satu langkah di luar konvensional dan telah mendapat kritikan terutamanya dari negara-negara barat.
Dengan itu Malaysia telah selamat dari jerat IMF dan dapat membangun ekonominya dengan acuan sendiri.
Dr. Mahathir bukan seorang ulamak, jauh sekali seorang mujahid. Tetapi di bawah pimpinan beliau negara telah terselamat. Seperti pernah beliau katakan, "I do it my way", sempena tajuk lagu Frank Sinatra, yang menjadi lagu kegemarannya. Begitulah sentuhan Dr. Mahathir."my way" yang menjadi amalannya dalam setiap langkah dan tindakan.
Beliau tidak sempurna, malah banyak menimbulkan kontroversi sepanjang berkuasa. Tetapi beliau telah membuktikan yang beliau adalah tokoh politik, ahli ekonomi, penulis, pentadbir dan negarawan yang "extraordinary" dan sering kali berfikir di luar kotak.
Puisi beliau, "Melayu mudah lupa", barangkali, melahirkan isi hatinya tentang kekecewaannya terhadap bangsanya sendiri.
Namun beliau tidak perlu kecewa kerana beliau telah, "I DO IT MY WAY.

Dr Mahathir |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan