SAYA terbaca satu tulisan pendek dalam akhbar NST beberapa bulan dulu tentang kaedah Feng Shui. Penulisnya seorang berbangsa Cina dan memang pakar dalam bidang tersebut.
Saya cuma ingin berkongsi tentang apa yang beliau tuliskan. Tujuan tidak lain hanya sebagai "knowledge" dan seronok-seronok saja.
Antara lain penulis tersebut mengatakan, memelihara ikan emas ada "tuah" dan "ong" kepada pemiliknya dengan syarat -syarat yang mesti dipatuhi. Sama ada ikan emas itu dipelihara dalam kolam atau aquarium, ianya mestilah berada di kedudukan sebelah kiri bila kita berada di dalam rumah.
Ertinya, bila kita berada di dalam rumah menghadap ke pintu pagar, kolam atau aquarium tersebut mestilah berada di sebelah kiri. Sekiranya kedudukannya di sebelah kanan maka ada alamat kurang baik untuk si penghuninya.
Menurutnya lagi, air di dalam kolam atau aquarium mestilah sentiasa dalam keadaan bersih dan jernih. Di tambah pula dengan "filter" atau pam air yang sentiasa berpusing dengan bunyi percikan air yang menenangkan.
Biasanya ikan emas berwarna merah - lambang kemewahan. Manakala ikan emas yang berwarna hitam boleh menghalau iblis dan syaitan.
Katanya lagi, sekiranya ada ikan yang mati, mestilah dibuang dengan segera. Tetapi jika ikan itu sering mati, maka ada tanda yang kurang baik pada pemiliknya.
Hmm...mmm.... begitulah antara tulisan ringkas tersebut adanya.
Saya yang kebetulan mempunyai beberapa ekor ikan emas, hanya mampu tersenyum....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan