Selasa, 7 Julai 2026

Antara Zahid Hamidi dan Onn Hafiz

 Semasa dalam kempen PRN Johor dalam satu majlis warga Felda, PMX Anwar Ibrahim berada di pentas bersama dengan TPM Zahid Hamidi. Mereka berdiri bahu membahu, tersenyum dan tersengeh antara satu sama lain. Orang tengok pun jadi pening.

Macam mana tidak pening dibawah akar umbi para penyokong Umno dan PH saling balun membalun, sindir menyindir kerana hendak mempengaruhi para pengundi. 

MB Onn Hafiz mengecam DAP dan Pakatan Harapan. Anwar juga turut memperleceh Onn Hafiz sebagai MB Johor yang tidak matang dan sebagainya. 

Tetapi disisi lain pula Anwar dan Zahid kelihatan seperti berada dalam satu parti. Manakala Onn Hafiz adalah musuh yang mesti dijatuhkan. Jadi apa sebenarnya kedudukan antara Zahid Hamidi dan Onn Hafiz?

Apakah Zahid Hamidi ini bukan Ketua parti yang diwakili MB Johor itu? 

Nampaknya orang dibawah bergaduh dan berhentam sedangkan ketua di atas boleh duduk sebaris, tersenyum dan tersengeh antara satu sama lain. 

Inikah yang dikatakan Anwar garu belakang Zahid. Zahid garu belakang Anwar? 

Pelik sungguh drama Anwar dan Zahid sebagai PM dan TPM. 

Onn Hafiz sebagai MB Johor tidak terkilan kah dengan cara politik Presiden partinya itu??

Sebab itu saya sejak dari dulu lagi menyarankan agar Zahid disingkirkan dari jawatan Presiden Umno baru selesai masalah. 

Kalau tidak beginilah jadinya. Antara Presiden parti dan para pemimpin dibawahnya mempunyai pendirian dan prinsip yang bertentangan dan tidak sehaluan. 

Belum ada dalam sejarah parti Umno, seorang Presiden parti bercakap dan bertindak kontradik dengan para ahli akar umbi.

Apakah Zahid Hamidi sudah tidak mampu mengawal haluan dan perjalanan parti?? 

Kalau tidak kenapa tindakan dan gerak gerinya bercanggah dengan Onn Hafiz sebagai pemimpin Umno Johor? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan