Pada tahun 1982 hingga 1983 semasa Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Tun Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri berlaku permusuhan politik yang tajam antara parti Umno dan Pas.
Permusuhan politik ini lebih terarah pada isu kafir mengkafir antara dua pihak. Pas menuduh Umno kafir kerana bekerjasama dengan parti Cina MCA.
Ketika itu Presiden Pas adalah Fadzil Noor. Timbalannya, Hadi Awang.
Isu tersebut menjadi panas sehingga tahap cabar mencabar bagi mempertahankan pendirian masing-masing. Sehingga pada suatu ketika timbul cadangan agar diadakan debat secara terbuka dalam tv antara wakil Umno dan Pas.
Akhirnya cadangan debat itu menjadi kenyataan. Tajuk perdebatan itu lebih kurang berkaitan soal kafir mengkafir.
Format debat tersebut adalah Umno menamakan tiga orang pemimpin tertinggi parti sebagai pendebat. Begitu juga Pas - tiga orang.
Wakil Umno tersebut adalah Menteri Besar Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad yang juga merangkap Naib Presiden parti, Ketua Pemuda Umno, Anwar Ibrahim dan Ustaz Ibrahim Azmi, seorang pemimpin Umno Terengganu.
Manakala pendebat Pas tiga orang adalah Timbalan Presiden parti, Hadi Awang, Naib Presiden, Nakhaei Ahmad dan Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Harun Taib.
Mengikut rancangan dan perkiraannya debat tersebut hampir seratus peratus menjadi kenyataan. Kerana pihak Umno dan Pas memang cukup bersedia dan menantikan hari yang telah ditetapkan.
Seluruh negara memberi tumpuan serius pada program debat tersebut kerana isu kafir mengkafir telah menjadi isu besar dan serius yang telah mengheret rakyat dan negara ke satu tahap yang merbahaya.
Namun apakah yang berlaku seterusnya selepas segala persiapan program itu dimuktamadkan??
Dua hari sebelum tarikh debat tersebut diadakan - YDP Agong telah mengeluarkan titah agar debat tersebut dibatalkan.
Antara titah dan hujah Agong adalah debat tersebut akan memecahkan lagi perpaduan orang-orang melayu. Dan ia tidak memberi apa apa manfaat pada rakyat dan negara.
Saya tidak pasti apakah Umno dan Pas terutamanya para pendebat seramai enam orang itu berasa bersyukur kerana dibatalkan atau sebaliknya.
Antara enam pendebat tersebut, tiga masih hidup lagi. Tiga lagi sudah pun almarhum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan