Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini hampir dua tahun berkuasa di Putrajaya setelah menumbangkan Umno dan Barisan Nasional dalam Pru 14 yang mengejutkan dunia.
Hampir 62 tahun sejak merdeka, negara buat pertama kali dikuasai parti pembangkang dan bukan lagi tradisinya dikuasai Umno dan BN.
Rakyat telah memilih melalui peti undi kerana mereka mengharapkan pembaharuan dan pembaikan secara menyeluruh dari apa yang dilalui sepanjang 62 tahun.
Pada peringkat awal pemerintahan PH kelihatan semua berjalan baik dan harapan rakyat begitu tinggi pada kerajaan yang baru. Lebih-lebih lagi segala perkara yang bersangkutan dengan kehidupan seharian majoriti rakyat.
Nampaknya semakin waktu bergerak pantas semakin bergolak dan keluh kesah hati rakyat melihat kerajaan PH tidak ubah seperti kerajaan BN terdahulu. Banyak kelemahan dan janji-janji pilihanraya tidak dilaksanakan. Ertinya, keadaan keseluruhan tidak lebih baik dari masa BN berkuasa. Malah dalam keadaan tertentu ia kelihatan lebih buruk.
Bagi saya mudah sahaja kenapa perkara ini berlaku. Pertama, kerajaan PH yang dikepalai Dr Mahathir telah sanggup bekerjasama dengan bekas musuh-musuh politiknya dengan satu tujuan dan matlamat iaitu menumbangkan Najib Razak.
Apabila Najib tumbang, Umno dan BN ikut sama tersungkur. Dr Mahathir (Bersatu), Anwar Ibrahim (PKR), Lim Kit Siang (DAP) dan Mat Sabu (Amanah) bergabung hanya satu matlamat iaitu Najib Razak!!
Matlamat sudah pun tercapai kerana mereka bersatu dalam PH.
Namun selepas pencapaian itu, masalah mula timbul.
Dr Mahathir dan partinya Bersatu mempunyai agenda tersendiri. Bersatu parti orang melayu.
Anwar Ibrahim dan partinya PKR adalah parti berbilang kaum. Dan agenda utamanya adalah Anwar mesti menjadi PM ke 8 menggantikan Dr Mahathir.
DAP pula telah menjadi rahsia umum sebuah parti memperjuangkan kepentingan kaum Cina - walaupun ia mengakui sebagai parti semua kaum !
Tiga parti besar dalam PH yang mempunyai matlamat dan agenda masing-masing setelah Najib Razak tersungkur.
Inilah faktor sebenar kerajaan PH semakin tidak popular di kalangan rakyat setelah hampir dua tahun berkuasa.
Bersatu pada hakikatnya tidak sebulu dengan PKR dan DAP. Mereka mungkin tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Parti Amanah pula sebahagian bersama Bersatu dan sebahagian bersama PKR.
Kerajaan PH kelihatan bersatu namun hakikatnya mereka berpecah di dalam kerana masing-masing mempunyai agenda dan idealisma tersendiri.
Dan isu terbesar sekarang adalah Dr Mahathir tidak akan serah jawatan PM kepada Anwar Ibrahim. Ini hampir pasti dan tiada keraguan lagi terutama sikap Dr Mahathir berklu klek mengenai tarikh penyerahan jawatan PM ke 8.
Umno mempunyai peluang dan harapan untuk kembali ke Putrajaya dengan masalah yang di hadapi PH ini.
Tetapi dengan syarat Umno mesti jauhkan parti dari mempunyai kaitan dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi.
Selagi dua tokoh ini bersabit dengan parti, Umno tetap terkena tempiasnya.
Ertinya, Umno mesti mempunyai barisan kepimpinan baru yang bersih dan berwibawa.

Najib dan Zahid...berilah laluan pada pemimpin baru memimpin parti... |