Para petugas media online dan media cetak telah berpuluh kali malah beratus kali menyoal Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, apakah dia akan menyerahkan jawatannya pada Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Maka Tun juga telah menjawab berpuluh kali benda yang sama pada soalan yang hampir sama berulang-ulang.
Jawabannya tetap sama iaitu dia tidak akan mungkir janji dan akan serahkan jawatan PM pada Anwar pada masa yang belum dimuktamadkan lagi.
Saya ingin bertanya pada semua wakil media dan wartawan, kenapa mereka bertanya soalan yang sama dan menerima jawaban yang sama berkali-kali. Mereka masih lagi-lagi menyoal perkara yang sama juga?
Kenapa mereka tidak menyoal Tun Mahathir soalan yang lebih penting dan relevan dalam konteks masa depan kepimpinan negara.
Misalnya, apakah Tun masih berpegang pada kenyataannya dahulu bahawa seorang peliwat tidak layak menjadi PM?
Sekiranya Anwar bukan peliwat dan dia difitnah, apakah Tun tidak akan memohon maaf di atas kenyataan Tun itu?
Dan jika Anwar benar difitnah, apakah selama ini Tun turut terlibat dalam kerja memfitnah itu??
Lebih penting lagi sekiranya Tun tetap berpegang pada kenyataannya itu, kenapa dia sanggup menyerahkan jawatan pada orang yang pernah dituduhnya?
Siapa sebenarnya yang berbohong?
Apakah Tun berbohong bila menuduh Anwar sebagai seorang peliwat?
Atau Anwar sendiri berbohong??
Tidak mungkin keduanya betul. Salah seorang tentu bercakap bohong.
Pada para wartawan, lain kali ada sidang media tanyalah soalan-soalan ini pada kedua tokoh tersebut.
Tidak perlulah terus berulang bertanya bila Tun hendak serahkan jawatan pada Anwar? Buang masa sahaja dan ia tidak relevan.
Sama ada Tun atau Anwar yang bercakap benar. Itu yang penting kerana kedua tokoh ini banyak menyumbang dan mempengaruhi perpecahan bangsa melayu kira-kira lebih 20 tahun dahulu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan