Pemangku Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata parti akan memilih calon Ketua Pembangkang yang baru di Parlimen menggantikan Zahid Hamidi yang sedang bercuti sebagai Presiden Umno sejak Disember lalu.
Setakat ini tidak jelas siapakah calon yang sesuai dan layak memikul tugas sebagai Ketua Pembangkang.
Mantan PM Najib Razak telah pun menolak cadangan setengah pihak untuk memilihnya sebagai pengganti. Kerana baginya yang utama sekarang beliau mahu menumpukan perhatian membersihkan namanya di mahkamah ke atas semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Pemangku Presiden Mohamad Hasan pula terkeluar dari senarai calon kerana beliau bukan ahli Parlimen.
Apa pun isu calon Ketua Pembangkang yang baru ini sekaligus memberi gambaran masa hadapan politik Zahid Hamidi semakin suram.
Walaupun sebelum ini Zahid ada memberi bayangan bahawa dia akan kembali sebagai Presiden Umno sekiranya Mohamad Hasan mengira sudah sampai masa dia menyerahkan kembali jawatan Presiden parti yang dipangkunya sekarang.
Tetapi memandangkan suasana dan perkembangan politik negara sekarang ia tidak mungkin berlaku.
Sejak Mohamad Hasan mengambil alih tugas Presiden, Umno kelihatan menemui rentak ke arah kebangkitan semula selepas teruk dipukul dalam Pru 14 lalu.
Dan Zahid dilihat gagal sebagai pemimpin parti yang bertanggungjawab memimpin dan menerajui Umno kembali bangkit setelah kehilangan kuasa di Putrajaya. Zahid gagal membawa parti dan ahli ke arah haluan dan tujuan yang jelas. Dia banyak mendiamkan diri dan kurang dalam tindakan bagi memulihkan parti.
Justeru itu adalah pasti Zahid tidak mungkin akan kembali sebagai Presiden Umno semula. Malah saya kira, Zahid tidak ada pilihan melainkan meletakkan jawatan dan menyerahkan pada Mohamad Hasan sebagai Presiden Umno dan bukan lagi sebagai Pemangku Presiden.
Dari sejak Zahid menyerahkan tugasnya pada Mohamad Hasan bulan Disember lalu, nampaknya imejnya Umno mulai ada peningkatan ke arah positif.
Jadi ini perlu diteruskan oleh Mohamad Hasan yang dikira mampu memikul tanggungjawab sebagai Presiden parti.

Zahid Hamidi |

Mohamad Hasan |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan