Khamis, 7 November 2019

PRK Tanjung Piai Mesej Pada PH Dan Dr Mahathir

Pilihan Raya Kecil (PRK)  Tanjung Piai pada 16 November ini akan ditandingi enam calon. Calon-calon adalah dari parti Bersatu, MCA,  Gerakan, Berjasa dan dua calon Bebas.

Namun persaingan hanyalah tertumpu pada dua calon Bersatu dan MCA. Calon-calon lain hanya sebagai pelengkap bagi memeriahkan PRK tersebut.

Calon Bersatu adalah melayu dan MCA sebagai kerabat BN mewakili kaum Cina.

Keputusan BN meletakkan calon MCA di Tanjung Piai adalah betul dan tepat berdasarkan situasi politik nasional yang telah hampir dua tahun diperintah Pakatan Harapan.


Tanjung Piai adalah kawasan majoriti melayu. Pada PRU 14 lalu calon PH (Bersatu)  hanya menang dengan majoriti 500 undi. Satu jumlah yang kecil.

Dengan segala perkembangan selepas PRU 14 lalu, Bersatu tidak mungkin dapat mengekalkan kerusi dan kemenangan dahulu.

Apa lagi dalam PH, parti Bersatu, PKR dan DAP mengharungi pelbagai masalah dalaman antara satu sama lain. Mereka kelihatan bersatu pada pandangan umum, namun hakikatnya mereka saling siku menyiku kerana ingin mempertahankan ideologi masing-masing.

Misalnya, Bersatu dengan DAP,  banyak isu yang saling bertentangan mereka hadapi seperti isu bahasa, kaum, janji manifesto dan lain-lain. Di mana masing-masing pihak mempunyai agenda berlainan.

Lebih terserlah adalah isu LTTE, di mana beberapa pemimpin DAP ditahan dibawah akta Sosma.

Para pemimpin DAP tidak berpuashati pemimpin mereka ditahan dengan Akta Sosma.

Dan Bersatu dengan PKR pula lebih fokus pada isu peralihan kuasa antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim. Dalam kes ini, ia tetap tegang kerana sehingga kini Mahathir masih berklu-klek dan berbelit-belit mengenai isu serah kuasa PM pada Anwar.

Tidak keterlauan jika dikatakan PRK Tanjung Piai kali ini Bersatu berada keseorangan menghadapi Umno, MCA dan Pas.

Mungkin para pemimpin PKR dan DAP memperlihatkan sokongan pada calon Bersatu pada PRK ini. Tetapi apakah sikap dan sentimen serupa akan turun hingga ke akar umbi???  Ertinya para pengundi yang berbagai kaum di Tanjung Piai.

Yang pasti pengundi melayu akan berpecah dua. Manakala sebahagian besar pengundi Cina dan India akan berpihak pada calon BN.

Para pengundi ramai yang tidak berpuas hati dengan kerajaan PH kini. Lebih-lebih lagi terhadap Dr Mahathir, seolah-olah beliau tidak mampu mengatasi segala masalah: ekonomi yang merosot, isu pendidikan, isu agama dan lain-lain yang sering timbul dan menjadi kontroversi.

Dalam PRK Tanjung Piai, para pengundi akan menghantar mesej yang jelas pada kerajaan PH dan Dr Mahathir khasnya dengan apa yang berlaku sejak PH berkuasa !!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan